in

Pengembaraan di Hong Kong Disneyland Penuh Keseronokan

PENGALAMAN DI HONG KONG DISNEYLAND – HARI PERTAMA

Rasa teruja dan berkobar-kobar memang bergolak dalam hati apabila Budiey dapat terbang sekali lagi ke Hong Kong sebagai pembuka gerbang travel untuk tahun 2012. Maklumlah, kali pertama bertandang di Hong Kong tidak pernah cukup untuk meneroka semua tempat-tempat menarik di taman tema terkenal itu.

VIDEO BUDIEY DI HONG KONG DISNEYLAND PART 1

Hakikatnya, Hong Kong adalah sekadar another place sahaja tapi nak tak nak, ada juga destinasi menarik yang WAJIB untuk dijejaki. Tahun ini, 2012 adalah tahun permulaan bagi format baru di budiey.com iaitu TRAVEL. Walaupun tahun lepas Budiey asyik mengembara di luar negara, namun kali ini Budiey berazam untuk menerokai tempat-tempat yang baru pula.

Pastinya, pada masa-masa akan datang, Budiey akan cuba melancong bersama dengan selebriti pula di Hong Kong Disneyland ini.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Seawal 3 pagi lagi kami turun dari rumah membelah ke KL Sentral untuk naik bas ke LCCT. Suasana agak dingin dan sunyi. Cukup mendamaikan. Namun, selagi tak sampai di Hong Kong, jiwa kami memang tak akan damai.

Flight kami pukul 6.25 a.m, jadi perlu juga kami bersiap sampai awal di LCCT. Masa perlu diawasi agar tidak menjadikan travel kali ini huru-hara. Gila lah kalau tertinggal flight nanti.

Bertolak dari LCCT pukul 6.25 pagi dan kami tiba di Hong Kong International Airport lebih kurang 10.45 pagi. kira-kira dalam 4 jam tempoh perjalanan gak la. Nasib baik dibawa iPad untuk menemani kebosanan semasa dalam flight.

Keluar je dari airport untuk ambil teksi ke Hotel, ooo makk aihhh sejuknya. Terus teranglah, Budiey memang an excited traveller. Setiap kali ada peluang untuk merasai udara di luar negara, Budiey jenis yang hyper-excited. Tapi apa yang penting masa mengembara ialah kena tahu bahasanya, makanan di tempat tu, halal ke tidak? Senang ke nak cari makanan halal. Dan satu lagi yang paling penting bagi Budiey, kena tahu di mana ada pusat untuk bersantai.

Disneyland

Destinasi Hong Kong Disneyland ditujui, satu-satunya tarikan di Hong Kong yang buat kita rasa happening! Bertepatan dengan itu, Budiey ingin berkongsi pengalaman merasai keseronokan tahap maksima di sana. Ya, tak perlu nak sangkal lagi, Hong Kong Disneyland memang adalah lokasi yang paling happening untuk bersantai dan bergembira.

Disneyland

Well, sebenarnya Budiey tak sempat nak survey langsung tentang Hong Kong Disneyland sebab segalanya dalam kepala. Tapi satu perkara yang dilupa ialah cuaca di sana. Ya, ia sangat sejuk ya. Tidak seperti yang disangka ya, sejuk memang mencapai paras yang mencucuk tulang.

ADVERTORIAL hong kong disneyland

Dari Airport kami kena pergi ke hotel tanpa ditemani pemandu pelancong. Hanya panduan dihantar melalui WhatsApp. Oh, dunia bukan macam dulu lagi. Dah tak main la SMS ni ya.

Kami boleh ambil teksi untuk ke hotel. Untuk info pembaca yang belum datang ke Hong Kong, dari lapangan terbang untuk ke ke mana-mana destinasi kat Hong Kong ada 3 jenis mengikut warna teksi iaitu merah, biru & hijau.

Walaupun teksi mereka nampak klasik tapi ia bersih & selesa juga. Jauh lebih baik dengan teksi di Malaysia.

Disneyland

Yang paling mahal teksi warna merah. Hempas punggung je dah 20HKD. Teksi warna hijau bermula dengan 16.50HKD & biru 15HKD. Jadi apa beza ek? Perbezaannya adalah jumlah penumpang yang boleh naik teksi tu dalam satu masa. Ada 5 orang dan ada yang 4 sahaja. Jadi kami mengambil keputusan untuk yang tengah-tengah tu, iaitu teksi hijau. Taklah mahal sangat pun.

Tak sampai 45 minit pun, kami selamat sampai di tanah Disney yang terbentang luas. Di Hong Kong Disneyland ada 2 buah hotel, iaitu Hong Kong Disneyland Hotel dan Disney’s Hollywood Hotel.

Disneyland

Ikut perancangannya, kami akan menetap di Disney’s Hollywood Hotel. Sampai hotel dalam pukul 11.30 pagi (lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang). Kami terus ke reception untuk check in walaupun masa untuk check in sebenarnya pukul 3 petang. Suka betul dengan reka bentuk, dekorasi serta suasana hotel ni. Macam betul-betul berada di AS je rasanya.

Trip To Hong Kong Disneyland Day 2

Kami dibenarkan check in tapi tanpa nombor bilik. Luggage boleh ditinggalkan di tempat simpanan khas yang telah disediakan oleh pihak hotel. Memang begitu prosedur hotel kat sana.

Disneyland

Pukul 12 tengahari, sementara menunggu untuk makan tengahari, kami meninjau sekeliling hotel yang dilatari warna dinding yang lembut, mendamaikan rasa jiwa. Sempat snap pic kenangan untuk teman-teman di twitter dan Fanpage Budiey.com. Jangan risau ya sebab anda boleh guna WiFi yang disediakan oleh pihak hotel. Namun, ia terhad di ruang legar lobi.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Dari hotel, kami dibawa menaiki shuttle bas ke Hong Kong Disneyland Hotel untuk makan tengahari. Shuttle bas ni runs on a cycling route every 10 minutes between the two hotels and the theme park. Jadi, takdelah terbatas pergerakan kita. Jadi, pendek kata, dari dua hotel ni untuk ke theme park, memang kena naik shuttle bas ni.

Disneyland

Disneyland

Kami makan tengahari di Crystal Lotus, the award-winning restaurant yang terletak di dalam Hong Kong Disneyland Hotel di mana kami sungguh terpesona dengan keindahan interior designnya. Wow, mulut masing-masing memang terlopong tengok suasana dekorasi dewan makan ini.

Disneyland

Yang paling menarik akhir sekali, kami dihidangkan dengan Disney Character dim sum iaitu “Duffy” Steamed Lotus Red Bean Puree Bun.

ADVERTORIAL hong kong disneyland

Fuh, so cute sangat hingga tak sampai hati nak makan.

Lepas menikmati hidangan makan tengahari secara ala carte, kami dijadualkan untuk menyertai tour sekitar Hong Kong Disneyland. Tumpuan utama kami ialah Toy Story Land yang baru sahaja dibuka pada 18 November tahun lepas.

Disneyland

Kami bertolak dengan shuttle bas ke Theme Park. Terdetik dalam hati kami, “Haa… inilah detik-detik yang kami tunggu-tunggu. Keseronokan bakal menunggu kami.”

Sampai je kat entrance Theme Park tu, bermulalah sesi fotografi masing- masing. Ada sahaja yang mahu diabadikan dalam kenangan. Segenap penjuru pasti ada ruang untuk bergambar.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Bukan main best lagi dapat snap-snap. Sampai pukul 3 petang kerana pukul 3.15 petang kami dah kena perlu berada di area Main Street USA untuk menyaksikan Flight of Fantasy Parade yang boleh dikatakan a must see show untuk sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Ini kali kedua Budiey menyaksikan persembahan penuh meriah dan happening. Memang sekali je tak puas. Tengok kali kedua, rasa dan suasana pun dah lain. Maklumlah, angle tempat kami duduk pun memang di tempat yang lain.

Disneyland

Sementara menunggu tu sempat juga la kami memerhatikan gelagat-gelagat pengunjung tak kirala yang dari kanak-kanak sampaila dewasa semuanya ada karakter masing-masing terutama dari segi pakaian ala-ala mengikut tema disneyland itu sendiri.

Untuk pengetahuan, dalam Hong Kong Disneyland Theme Park ni ada 5 lands based on stories of Toy Story Land, Adventureland, Tomorrowland, Fantasyland & Main Street USA.

Disneyland

In each land, we can enjoy the high quality rides, meet our favourite disney characters and watch amazing broadway-styles show.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Pukul 3.30 bermula la pertunjukan Flight of Fantasy Parade…Pergh, happening giler!

Disneyland

Dalam 20 minit menyaksikan show, kami terus dibawa masuk ke Toy Story Land.

Toy Story Land adalah tarikan terbaru dalam Hong Kong Disneyland. Pada yang nak datang, jangan lupa luangkan masa menikmati laman Woody yang sungguh real.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Dalam ni, ada Slinky Dog Spin, RC Racer (Andy’s speediest toy car-to get your adrenaline pumping), Toy Soldier Parachute Drop, Barrel of Fun dan banyak lagi.

Dalam banyak-banyak ni, kami dapat priority untuk try slinky dog spin, RC racer & Toy Soldier Parachute Drop.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Yang paling mencabar dan best tentunya RC Racer. Paling best apabila isteri Budiey yang sebelum ni memang tak pernah cuba pun permainan-permainan ni sebab takut. Tapi kali ini beria-ia pula dia nak cuba. Jadi, itu yang thrill nyer.

Disneyland

Kitaorang duduk kat depan sekali. Mula-mula cuba buka mata tapi bila dah start laju semacam Budiey tutup mata sambil jerit sampai habis suara. Perasaan Budiey masa tu memang susah nak gambarkan. Ada seronok, ada takut, macam-macam ada.

Tak tahu bagaimana nak diceritakan secara tulisan kat sini macamana perasaan bila dilambung oleh RC Racer nih. Rasa macam badan ni dilontar ke udara tanpa rasa apa-apa.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Habis je kat Toy Story, kami di bawa ke Fantasy Land untuk menonton The Golden Mickeys at Disney’s Storybook Theater. ala-ala penyampaian awards. Ada red carpet bagai. untuk meraikan great Disney classics like Mulan, Beauty & The Beast, Disney-Pixar’s Toy Story & Lilo and Stitch. Bak kata mereka, “This moving musical experience reminds us all to believe in the power of our dreams”.

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Kat Hong Kong ni, pukul 6 petang dah mula gelap walaupun masa mereka lebih kurang sama dengan Malaysia.

Lepas dinner, kami bersiap sedia untuk melihat fireworks show in front of Sleeping Beauty Castle bermula pukul 8.00 malam selama 15 minit.

Pertama kali melihat pertunjukan bunga api berwarna warni dalam masa yang agak lama. Diiringi dengan lagu-lagu tema filem Disney. Memang sungguh indah pemandangan di ruang angkasa pada waktu ini.

Disneyland

Tamat sahaja pertunjukan bunga api, kami bersiap-siap untuk pulang ke hotel. Penat sangat-sangaat! Bersedia untuk cabaran hari esok yang menanti penuh debaran.

Disneyland

Disneyland

Disneyland

Disneyland

Trip to Hong Kong Disneyland - Day 1

Hong Kong Trip - Disneyland

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Najwa Latif & Syamkamarul di Pekan Frinjan

Naz Habibur Rahman Hos Program Jom Ke Panggung