in , ,

Pengasas Diamond Gold Terima Kecaman Sebab Perasan Muka Mirip Jue Aziz

Kebelakangan ini macam-macam isu sensasi yang dibangkitkan oleh netizen yang juga merupakan hulubalang papan kekunci. Daripada isu politik, hiburan sehinggalah kepada pengasas-pengasas atau founder produk yang diletakkan di bawah radar netizen. Terbaharu, berkaitan dengan Pengasas Diamond Gold, Nur Nazirah Aleeya Zakaria, 34, yang diusik dengan pepatah pelanduk dua serupa, katanya nak sama atau mirip dengan pelakon Jue Aziz.

Kebelakangan ini, nama pelakon Jue Aziz tiba-tiba je jadi viral di Twitter selepas dia dikatakan sudah berniqab? Meskipun wajah dalam video kat Twitter itu kelihatan kurang jelas, namun berdasarkan perbandingan yang dibuat segelintir daripada netizen mendakwa kening dan warna kulit wanita itu seakan sama dengan Jue Aziz.

Nampak sama tapi bukan dia. Sebenarnya, orang lain. Gara-gara mendakwa dirinya memiliki wajah hampir sama dengan Jue Aziz, seorang wanita berniqab itu telah teruk dikecam netizen. Wajah beliau disamakan mirip artis Jue Aziz dan bermula dengan gurauan daripada kalangan kakitangan Diamond Gold terhadap majikan mereka, kini gurauan itu mengundang kecaman netizen yang menggunakan Twitter untuk menghentam sesuka hati.

JUE AZIZ

Dalam satu video tular, dia yang melayan gurauan seorang pekerja, kononnya sedang ditemubual sebagai pelakon itu tidak menyangka akan menerima reaksi negatif di media sosial selepas ia tersebar.

Menurut ahli perniagaan dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya itu, dia terkejut apabila video berkenan dikongsi di Twitter sehingga menyebabkan dia menggigil ketakutan. Nur Nazirah Aleeya menggunakan akuan Instagram @nur_qasehaleeya merujuk kepada hantaran posting pada 8 Februari, baru-baru ini.

“Ia merupakan gurauan antara saya sebagai majikan dengan staf saya. Jujur cakap tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz.

“Cumanya saya biasa terima usikan staf yang memanggil saya Jue Aziz, saya layankan saja staf saya, Sarah yang rakam video berkenaan.

JUE AZIZ

Sebagai insan biasa, walaupun beliau adalah pengasas produk, apabila dicuit secara keterlaluan, pastinya Nur Nazirah Aleeya terpanggil untuk menjawab hantaran-hantaran yang ditulis mahupun diciap ke atas dirinya oleh netizen yang menggunakan pelbagai platform media sosial.

Mengakui jarang-jarang membuat hantaran atau posting, menurut Nur Nazirah Aleeya, beliau merasakan perlu tampil membuat kenyataan walaupun pada mulanya, beliau hanya mahu membiarkan kisah “Jue Aziz berniqab” berlalu atau mati begitu sahaja.

“Macam-macam komen netizen, ada yang mencuit hati ada juga yang sakit mata baca, perasan Jue Aziz lah dan macam-macam lagi.

“Sebelum saya menjelaskan secara lanjut, nama saya Nur Nazirah Aleeya dan saya bukanlah pelakon Jue Aziz sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold,” kata Nur Nazirah Aleeya.

“Dialog pun spontan saja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan staf. Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen.

“Senyap-senyap saya siasat, MasyaAllah menggigil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam,” ujarnya yang mesra disapa Nur.

Tambah Nur, tiada apa yang perlu dirisaukan netizen memandangkan dia suka bergurau dengan pekerjanya sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan.

Menurut wanita itu lagi, dia sedih apabila pemakaian Islamiknya turut menjadi bahan kritikan netizen.

Malah, ada individu di Twitter yang memberi komen kononnya dia berniqab sekadar mengikut trend semata-mata.

“Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab. Saya pakai stokin cuma warna skin colour.

Mungkin juga saya baru sebulan dua berniqab jadi niatnya nak bergurau,” jelasnya lagi.

JUE AZIZ

Menerusi posting di Instagram, Nur turut membuat permohonan maaf kepada pelakon itu atas kekeliruan yang timbul.

“Saya bukanlah pelakon Jue Aziz. Ada juga yang kata macam Datin Seri Zizie Ezette. Cantik sangat tu.

“Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami.

“Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri,”

“Apapun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa sahaja yang tersinggung dengan gurauan kami,”

– Nur Nazirah Aleeya

Menurut kata Nazirah, ramai yang salah sangka kerana ketika itu dia memakai stoking berwarna kulit sekaligus menolak dakwaan berkenaan. Di kesempatan itu, Nazirah turut memohon maaf kepada Jue dan mana-mana pihak yang tersinggung dengan gurauan antara mereka.

Jelas Nur lagi, dia juga dihujani banyak mesej dan panggilan daripada kenalan dan keluarga sejurus video itu tular di Twitter. Sehingga kini, video pendek itu menerima hampir 15,000 tontonan di Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aiman Tino Akui Salah Faham Antara Keluarga, Ada Yang Kata Semuanya Demi ‘Marketing’

Selepas Menteri Rina Harun Kurus Ramai Isteri Mula Salahkan Suami Sebab Tak Mahu Keluar Modal