Yusuf Haslam, sutradara yang terkenal dengan filem-filem melelehnya dijangka akan dihadapkan ke mahkamah kerana menghina mahkamah, apabila salah satu episod dalam drama bersiri Gerak Khas, dikatakan meniru kes pembunuhan kanak-kanak hlang Nurin Jazlin Jazemin.
Gerak Khas dikatakan telah meniru modus operandi kes tersebut dan memperlihatkan barangan bukti sama yang terdapat dalam kes pembunuhan Nurin. Pihak keluarga Nurin dijangkakan akan mengambil tindakan apabila dalam episod Gerak Khas itu telah mengaitkan bapa Nurin, Jazemin dengan kegiatan Ah Long. Mereka juga dijangka akan mengambil tindakan ke atas RTM 1 kerana menyiarkan drama bersiri tersebut tanpa mengambil kira sentimen keluarga terbabit.
Jika tindakan diambil ke atas Yusuf Haslam, Skop production dan RTM, ianya merupakan satu langkah berani yang diambil bagi memastikan pihak penerbit yang terlibat dalam bidang hiburan lebih bertanggungjawab.
Semoga aksiden ini menjadi kita lebih sedar dengan perasaan insan lain dan tidak perlu untuk syok sendiri. Juga kepada penerbit dan pengusaha dunia filem dan drama, kaji selidik dahulu atau lakukan sedikit Quality Control bagi memastikan apa yang dilaksanakan itu berada di landasan atau track yang betul. Yesszaaaa!
[tags]yusuf haslam disaman, kes saman artis, mahkamah sosial, juvana, rtm, nurin jazlin jazemin case, hina, tips main bola, gossip liar, seni pertahanan diri[/tags]