Semasa sidang media AIFFA 2015 yang berlangsung pada hari Isnin lalu, Budiey ada mendapat info tentang beberapa pengarah terkenal termasuklah antara mereka menjadi pengarah program tersohor Runningman akan terbang ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri AIFFA 2015 yang berlangsung pada 9 hingga 11 April 2015. Dengarnya, lebih 10 orang pengarah akan tertumpu ke Kuching nanti. Wow, kira ramai dah tu, lebih ramai dari AIFFA sebelum ni la kan? Pastinya ramai peminat Runningman tertanya-tanya apa tujuan sebenar beliau turut hadir memeriahkan AIFFA kali ini.
Budiey mendapat khabar juga di mana pengarah Runningman ini berminat untuk mencari lokasi yang sesuai untuk pengambaran program realiti paling diminati Runningman musim terbaru. Kebetulan dia dijemput di AIFFA, sudah tentu ini satu-satunya peluang untuk beliau mencari lokasi yang unik. Budiey sebagai peminat program ini sudah tentu teruja mendengarnya dan kalau boleh mahu menemubual pengarah ini semasa di AIFFA nanti.
Lokasi yang dimaksudkan ialah di Bakun Lake yang cukup terkenal dengan pemandangan yang sangat cantik. Budiey rasa sesuai dengan konsep program ini. Apa-apa pun nanti, sama-sama kita nantikan adakah Bakun Lake ini sesuai dan elok pada kaca mata pengarah ini.
Kepada peminat filem dan anda yang berada di Kuching, Budiey ada beberapa tiket untuk anda menghadiri AIFFA ini nanti. Jangan lupa untuk sertai peraduan yang akan disiarkan nanti ya.