“Jom Sahur” di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Pasar Seni dan Jalan Pudu
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Bersamaan dengan 8 Ramadan 2012 yang lalu, kumpulan tanggungjawab sosial korporat outLOUD Studios telah mengadakan program “Jom Sahur“ bersama- sama dengan Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Napsiah Omar juga selaku Ketua Pengerusi outLOUD Studios.
Aktiviti Program “Jom Sahur” ini dengan mengedarkan makanan dan minuman kepada golongan yang kurang mampu dan ketiadaan rumah di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Pasar Seni dan Jalan Pudu. Program Jom Sahur ini yang dikendalikan oleh syarikat ATCEN dan outLOUD Studios telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir sehingga ke 5.00pagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ATCEN dan outLOUD Studios, Ernie Chen berkata aktiviti amal tersebut merupakan julung kalinya diadakan sempena bulan Ramadan tahun ini. Ini sangat berbeza dengan tahun-tahun yang lain yang kebanyakkannya menjemput sekolah anak-anak yatim untuk majlis berbuka puasa. Program amal ini akan berterusan kepada mereka yang memerlukan bantuan di samping dapat berkongsi kegembiraan dengan mereka.
“Sikap bertanggungjawab korporat perlu ada dalam membantu mengubah nasib mereka yang kurang bernasib baik. Saya percaya pengaruh baik seperti ini akan menggembirakan mereka”, jelas Ernie Chen lagi.