in

Pengarah A. ARIS A. KADIR Graduan Tari dari ASWARA

A. ARIS A. KADIR Pengarah

Graduan Tari dari ASWARA, seorang freelance artist – penari dan koreografer. Merupakan tenaga pengajar di ASWARA dalam bidang tari.  Penerima Anugerah Datin Seri Endon Mahmood (2007) oleh YTL atas kecemerlangan dalam bidang seni yang melayakkan beliau menyambung pelajaran dalam bidang yang diceburi.

Pelajar terbaik Tari 2001, Akademi Seni Kebangsaan (kini ASWARA) ini turut menerima penghargaan Anugerah Graduan Cemerlang Tari 2007 oleh ASWARA. Hasil karyanya, Tari Kontemporari BERINAI memenangi Anugerah Best Choreographer dan Best Music dalam Boh Cameronian Arts Award (BCAA) 2006, dan Best Group Performance bersama CURFEW pada 2001, juga dalam BCAA.

Mendapat anugerah biasiswa dari Universiti California Los Angeles (UCLA) untuk Program Asia Pasifik Exchange 2004 di Bali, Indonesia dan Anuegrah Biasiswa Department Pendidikan Luar Negeri untuk program Darmasiswa 2005 di Institute Seni Indonesia, Yogyakarta.

Aris telah melibatkan diri dalam beberapa persembahan tari kontemporari di dalam dan di luar negera seperti Siri Jamu, My Dance Festival, Siri Tari, Sanggar Koreografi, Nanning International Arts Festival (China) dan Asian Japan Exchange (Bangkok & Japan). Antara sentuhan koreografi beliau dalam beberapa teater seperti OPERA LA GAHGO (Yogyakarta, Indonesia, arahan Ancha Ogel), Muzikal Tok Rimau 1 & 2, Opera Ayu Cendana, Dari Bintang Ke Bintang (Arahan Fauziah Nawi), Cyber J, Bangsawan Puteri Hang Li Po (arahan Aminah Rapor) dan Filem Paloh (arahan Adman Salleh).

Dalam bidang lakonan, Aris beraksi dalam beberapa teater seperti Muzikal Hang Li Po dan Tengku Anum (arahan Rosminah Tahir), Opera Ayu Cendana dan Dari Bintang Ke Bintang (arahan Fauziah Nawi) dan turut berlakon dalam Tunku the Musical di KLPac (2007).

Karya tari yang pernah dipentaskan adalah Berinai, Dari Diri Dewi, Ufuk, Golak, Alam dan Mencari Rama. Produksi tari yang penah diikuti adalah Cerfew (koreografer Judimar Monflis), Dance Histeria, Broadway Babies (koreografer Farah Sulaiman), Awas (Koreografer Joseph Gonzales), La La Li Tang Pong (koreografer Coo Tee Kuang).

Di Istana Budaya, selain bertindak sebagai koreografer Teater Muzikal Kanak-kanak Aladdin (2007), Aris turut diberi kepercayaan penuh oleh kompleks seni dan budaya negara itu sebagai koreografer Teater Kanak-Kanak Ali Baba yang mewakili Malaysia ke New Delhi, India sempena 8th International Children Festival for Performing Arts, dan telah meraih anugerah Persembahan Terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CERITA MAYA KARIN SETELAH BERGELAR ISTERI

Tahniah Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat Menang di Permatang Pauh