in

Penganjur Konsert K-pop Disenarai Hitam Gara-Gara Aksi Peluk-Cium

Ekoran kontroversi aksi peluk dan cium antara artis Korea Selatan, K-pop dengan remaja wanita bertudung awal tahun ini, penganjur konsert berkenaan, TGM Events disenarai hitam Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Memetik laporan mStar, Menteri Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan keras itu diambil setelah mendapati penganjur melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Kerajaan telah bertindak menyenarai hitamkan syarikat yang menganjur penganjur konsert K-pop (Fan Meeting B1A4 Acer Special) pada 10 Januari 2015 yang lalu di KL Live Kuala Lumpur kerana telah melanggar peraturan yang ditetapkan. Aktiviti penguatkuasaan bersama agensi lain yang berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan juga telah ditingkatkan untuk mengelakkan insiden seperti itu berulang,” kata Shabery.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berhubung kehadiran artis K-Pop ke negara ini yang merosakkan maruah remaja.

Awal tahun ini tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert yang berlangsung di KL Live Center.

Video berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan empat pe­rempuan yang memakai tudung bukan sahaja merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, penganjur konsert itu tampil dengan memohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati terutama dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama serta interaksi melibatkan peminat dan artis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dynas Mokhtar Kini Punya Teman Lelaki

Fesyen Hari Raya 2015 di ZALORA