in

Pengalaman Sambut Hari Jadi Ke-39 di Dinner in The Sky Malaysia

Pada 1 Ogos lepas, adalah satu tarikh yang cukup nostalgik bagi Budiey. 1 Ogos adalah hari jadi Budiey yang ke-39. Pastinya satu hadiah yang paling bermakna apabila mendapat peluang untuk makan malam di ruang udara di sempena Grand Launch Dinner in The Sky Malaysia yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur. Ditemani sahabat Budiey iaitu Cyrill Hassan, kami sampai seawal jam 6 petang untuk menyaksikan acara ini.

Kepada yang belum tahu tentang satu cara makan malam yang unik dan terkenal dari luar negara sudah memulakan tarikannya di Kuala Lumpur iaitu ‘Dinner In The Sky’ atau makan malam di udara.

Jam 6.30 petang, Budiey dah pun mendaftar di meja pendaftaran media. Budiey turut diminta untuk mengisi borang tentang persetujuan untuk mengecapi Dinner in The Sky. Dalam hati masa tu, ada debar dan ada juga seronok sebab ini kali pertama mencuba. Sesuatu yang sukar untuk dilepaskan, apatah lagi dapat lepak-lepak bersama penyanyi pujaan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza di lounge yang disediakan. Sambil minum, sambil borak-borak seketika dengan Dato’ Siti Nurhaliza yang hadir bersama suami tercinta, Datuk K.

Bersama Dato' Siti Nurhaliza di Grand Launch of Dinner In The Sky Malaysia di Menara KL. Best sangat dapat dinner di atas awan sambil celebrate Hari Jadi. Thanks @ctdk #DinnerInTheSkyMalaysia. Info lanjut di www.budiey.com

Menurut Dato’ Siti, beliau begitu teruja dan tidak takut langsung dengan tempat tinggi. Malah beliau begitu suka untuk mencuba dan berkongsi momen bersama peminat di Instagram milik beliau @ctdk. Boleh Budiey katakan, Dato’ Siti Nurhaliza seorang yang suka sesuatu yang mencabar dan lasak. Tapi Dinner in The Sky ni takde la lasak mana pun. Malah, Budiey rasa ianya cukup santai kerana dapat menikmati sajian dari Hotel lima bintang dengan sentuhan bayu lembut dingin di malam hari jadi yang cukup indah.

Ia adalah satu cara anda menikmati makan malam di atas sebuah platform yang boleh berputar dengan saiz 5 meter panjang dan 9 meter lebar dengan tiada pintu atau tingkap memisahkan anda.

Seramai 22 orang pelanggan, seorang Chef dan seorang pelayan akan berada pada satu sesi makan malam dengan digantung dengan kren setinggi 50 meter di udara.

Personaliti badminton tanah air Lee Chong Wei merupakan antara yang terawal merasai pengalaman ini bersama penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Beliau memuatnaikkan gambar sesi makan malam itu di laman sosial Facebooknya pada hari sama pelancaran Dinner In The Sky di Kuala Lumpur itu.

Acara menakjubkan ini sudah pun menjelajah ke serata dunia dan telah disenaraikan sebagai 10 restoran paling luar biasa di dunia oleh Majalah Forbes.

Ambil perhatian, Dinner In The Sky hanya terbuka untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Ia memberikan maknya yang amat berbeza dalam cara menikmati makanan bagi golongan kaya dengan menikmati makan malam dengan menggunakan kren di sebelah Menara Kuala Lumpur.

Para tetamu diikat dengan selamat di kerusi mereka dengan tali pinggang keselamatan dan meja makan itu akan berpusing memberikan mereka pandangan tanpa had ke pada bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk anda yang berminat, harganya ialah RM599 untuk seorang dan jika cuaca buruk, bayaran anda akan hangus sebegitu sahaja dan sesi makan malam akan dilakukan di dalam kawasan tertutup.

Biarpun mahal, dikhabarkan ia sudah pun habis dijual dalam masa hanya 48 jam selepas dilancarkan dan pihak penganjur tarikan itu terpaksa menambah sesi bagi memenuhi permintaan.

Ia dibawa ke Kuala Lumpur, oleh syarikat penganjur acara 2Spicy Entertainment dan Kuala Lumpur merupakan bandaraya pertama di Asia Tenggara yang mula didatangi oleh tarikan ini.

KL Dinner In The Sky akan berada di Kuala Lumpur untuk tempoh sebulan dengan dua sesi makan malam iaitu pada pukul 6.30 malam dan 8.30 malam melibatkan lima menu.

Ia dikenali sebagai Modern European dan disediakan oleh Chef De Cuisin Hilton KL Marc Fery.

Nantikan video vlog kami di www.youtube.com/budiey27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Mukriz Kesal Sikap Teman Sharifah Shahora

Carly Rae Jepsen Bakal Perform di MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2015