in ,

Pengalaman Pelanggan Maxis Di Midnight Express™ iPhone 6

Maxis Midnight Express™ yang pertama menyaksikan warga kerja Maxis termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Morten Lundal dan Pasukan Pengurusan Maxis menyampaikan iPhone secara peribadi kepada para pelanggannya di seluruh negara bermula tepat jam 12 tengah malam.

Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di negara dimana para pekerjanya menyampaikan iPhone baru secara peribadi pada tepat jam 12 tengah malam.

Pengalaman Yang Mengujakan Bagi Pelanggan Maxis Di Midnight Express™ Iphone 6

[dropcap]K[/dropcap]ira-kira 200 pelanggan yang dipilih secara rawak yang telah membuat tempahan awal bagi iPhone 6 atau iPhone 6 Plus melalui Maxis Online Store dari 31 Oktober dan seterusnya telah ditawarkan perkhidmatan penghantaran Maxis Midnight Express™, ke mana sahaja mereka berada.

[pullquote]Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di negara dimana para pekerjanya menyampaikan iPhone baru secara peribadi pada tepat jam 12 tengah malam. Midnight Express™ oleh menggariskan cita-cita berterusan kami untuk memberikan pelanggan pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Pelanggan yang telah mengambil telefon mereka dari Pusat Maxis di seluruh negara juga dapat mengambilnya dengan cepat dan lancar.[/pullquote]

Pelanggan Maxis, Alvin Lim Tao Keong, berada di Kota Damansara dengan rakan-rakannya pada tengah malam apabila menerima iPhone 6 dari Adzhar Ibrahim, Ketua Sumber Manusia & Organisasi Maxis. “Saya benar-benar teruja apabila saya mendapat panggilan mengenai ‘Midnight Express’ awal pagi tadi, tetapi tidak sangka mereka benar-benar muncul untuk menyampaikan telefon saya di sini!”

Sementara itu Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, telah menghantar iPhone 6 kepada Joe Liong, pengguna iPhone kali pertama.

“Saya tidak boleh percaya Maxis datang sejauh Genting Highlands dengan iPhone 6 di tengah-tengah malam. Mereka sempat sampai walaupun kereta mereka rosak dan terpaksa menumpang kereta lain.”

Pelanggan lain yang juga telah membuat tempahan awal melalui Maxis Online Store boleh mengumpul peranti mereka di enam Pusat Maxis di seluruh negara, iaitu KLCC, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching, antara jam 12 tengah malam dan 4.00 pagi hari ini.

“Midnight Express™ kami menggariskan cita-cita berterusan kami untuk memberikan pelanggan pengalaman yang tidak dapat ditandingi. Kami amat terharu apabila melihat kegembiraan pelanggan kami, dan kami menyedari bahawa apabila mereka menjadi antara yang pertama untuk memiliki iPhone ikonik seperti iPhone 6 ini, ia adalah satu perkara yang sangat istimewa. Oleh itu, kami sangat gembira bahawa kami dapat memberikan iPhone secara peribadi kepada mereka malam ini.

Sementara itu, pelanggan yang mengambil telefon mereka dari Pusat Maxis di seluruh negara juga dapat mengambilnya dengan cepat dan lancar, dan tidak perlu menunggu dalam barisan panjang. Ini mencerminkan aspirasi serius kami untuk menggembirakan para pelanggan kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Peranti-peranti ini kemudiannya akan ditawarkan kepada para pelanggan lain (walk-in customers) di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners – MEPs) di seluruh negara pada waktu operasi biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan kadar Maxis bagi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, sila layari www.maxis.com.my/iphone.

maxis

maxis

maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Lomas Super Duper Fc Bowling Tournament Havoc

Episod Istimewa Upin Ipin dan Ultraman Ribut