Pada 27 Ogos lalu, Budiey telah menghadiri KL CONVERGE! 2015 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen KLCC. Seharian kat sana, memang tak puas. Rasa nak pergi lagi esoknya. Tipulah kalau Budiey cakap tak teruja nak hadir di event tahunan yang menampilkan tentang persidangan dan pameran maklumat yang terkini dunia digital ini.
Kalau tahun lepas, acara ini mendapat sambutan semua golongan masyarakat terutama pelajar dan penuntut universiti. Tahun ini, Budiey kira berkali ganda orang ramai datang sebab semua golongan ada datang. Memang happening! Tak caya korang boleh tengok gambar kat bawah ni.
Memang jelas terbukti semasa kunjungan Budiey di hari pertama. Ramainya orang datang. Bukan semata-mata nak tengok malah mereka yang datang tak malu dan segan untuk mencuba dan ‘participate’ dalam pelbagai acara.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang gaya hidup digital, Budiey lihat mereka telah mengambil bahagian dalam Pameran Gaya Hidup Digital Malaysia dan myMaker. Ia menampilkan ciptaan bidang robotik, pengaturcaraan, pembangunan aplikasi dan banyak lagi. Jika anda ingin melihat robot dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih, perghhh, pasti anda akan teruja melihat pameran ini.
Untuk mengembangkan kemahiran bakat tempatan, beberapa aktiviti diadakan seperti Hari Pemaju Malaysia, yang menyaksikan pencipta dan usahawan muda membina aplikasi mudah alih dalam masa 24 jam. Dengan tema “Internet Segala-galanya (IOT)â€, pemenang telah menerima hadiah wang tunai USD1,000 (~RM3800). Pemenang juga berpeluang membentangkan aplikasi mereka di makan malam gala KL Converge! 2015, dan satu pasukan telah membawa pulang hadiah utama bernilai USD10,000 (~RM38,000). Tahniah buat semua pemenang!
Antara acara kemuncak KL Converge! 2015 adalah Simposium dan Pameran Gaya Hidup Digital. Penceramah dari industri dan sektor awam diberi peluang membincangkan unsur-unsur utama untuk memperkasa sebuah negara pintar digital termasuk Ekonomi Digital, Pembelajaran Digital, Digital Inovasi dan Tadbir Urus Digital.
Sejurus selepas pelancaran, KL CONVERGE! 2015 telah memanggil Budiey untuk mendengar sesi perkongsian dari penyanyi hip hop terkenal Joe Flizzow. Sebelum masuk ke dalam dewan, Budiey diberi peluang oleh penganjut dan sempat bertemu dengan Joe Flizzow untuk sessi Meet & Greet.
Joe Flizzow memang terkenal dengan sikapnya yang sempoi walaupun agak serius bila berjumpa… namun, apa yang membanggakan kita apabila Joe Flizzow berkongsi cerita tentang kejayaan beliau semasa sesi Kemajuan Muzik di Zaman Dunia Digital. Terlintas di hati, segala usaha dan cabaran yang ditempuhi oleh beliau rasanya memang berbaloi dengan kejayaan yang dikecapi. Pencapaian yang dikecapi sekarang ini bukanlah mudah yang disangka. Tambahan pula apabila peredaran masa yang sentiasa berubah seiring dengan perkembangan teknologi yang sentiasa pesat.
Kini, Joe Flizzow telah membina empayarnya sendiri. Ada syarikat label dan juga pengurusan artis. Bukan itu sahaja, Joe Flizzow berjaya meletakkan dirinya antara usahawan muda yang berjaya dan disegani. Dengan adanya jenama merchandise sendiri dengan pakaian seperti baju T, sweater dan sebagainya menjadikan Joe Flizzow lebih komited untuk berjaya dan melangkah lebih jauh.
Budiey kagum dengan sikap dan karisma yang ada pada Joe Flizzow. Segala panduan untuk menjadi anak seni yang berjaya diambil oleh hadirin untuk dijadikan ilmu sebagai panduan. Bukan hanya menjadi artis yang sukses malah, Joe Flizzow juga sepatutnya dijadikan idola kepada usahawan yang ingin berjaya di luar sana.
Selesai sahaja sesi talk bersama Joe Flizzow, Budiey sempat dibawa oleh penganjur untuk tour di seluruh tapak pameran yang memenuhi ruang dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC. Pameran bukan sahaja disertai oleh syarikat utama telko di negara kita malah ia merangkumi syarikat-syarikat dari luar negara seperti dari Thailand, Jepun, Myanmar, India dan banyak lagi.
Sementara menunggu untuk mendengar sesi perkongsian dari Youtuber terkenal dari The Ming Thing, Budiey pun pergi makan tengahari dulu. Isi perut dulu sebelum isi minda dengan tips panduan untuk menjadi seorang Youtuber berjaya.
Jam 2 petang, Budiey bersama beberapa rakan blogger yang lain masuk ke Dewan 3 untuk mendengar taklimat dari The Ming Thing. Siapa yang tidak kenal dengan The Ming Thing, di mana video mereka pernah menjadi trending dan viral di media sosial. Dengar pada tajuk, Bagaimana Untuk Menjadi Youtuber… memang nampak mudah. Tapi sebenarnya, permulaan untuk menjadi Youtuber ni memang satu permulaan yang cukup mencabar juga. Tapi dengan penerangan ringkas, bersahaja dan diselang selikan dengan jenaka oleh The Ming Thing, semua yang hadir dah bersemangat untuk menjadi vlogger dan juga Youtuber.
Apa yang penting ialah semangat dan tahu apakah bidang yang kita minati untuk memulakan kerjaya sebagai Youtuber. Selepas mendengar tips dari The Ming Thing, Budiey dah makin berkobar-kobar untuk publish video travelogue di saluran Youtube Budiey.com. Korang jangan lupa untuk subscribe dan tonton vlog Budiey: www.youtube.com/budiey27.
Antara sebab Budiey tak nak lepaskan peluang untuk hadir adalah kerana KL CONVERGE! 2015 turut dihadiri oleh ramai artis dan selebriti. Pada jam 4 petang pada hari pertama itu, Budiey turut menyaksikan persembahan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Kalau dah ada Siti, pastinya ramai peminat beliau akan mengerumuni KL CONVERGE! 2015. Rata-rata yang hadir rasa sangat gembira sebab dapat berselfie dengan Dato’ Siti dan terhibur dengan persembahan beberapa buah lagu yang dinyanyikan.
Sepanjang tiga hari pameran, Budiey kira KL CONVERGE! 2015 menjadi penanda aras untuk penganjur melakukan yang lebih bagus, lebih hebat dan lebih mantap di masa akan datang. Tujuan event diadakan untuk mempamerkan gabungan komunikasi dalam memajukan gaya hidup digital untuk kita semua rakyat Malaysia. Pendek kata, jika korang ingin tahu dan berminat dengan dunia robot, pembangunan aplikasi, ekonomi digital, kemasyuran YouTube… korang WAJIB datanglah pada tahun pula ya?
Selain itu, pasukan terpilih di kalangan pelajar sekolah menengah akan turut hadir di KL Converge! 2015 untuk berkongsi idea berkenaan di pertandingan video Liga Remaja Kreatif. Sesi Game Jam 2015 pula akan memaparkan aplikasi yang dibangunkan oleh belia kreatif Malaysia. 60 pelajar dari 12 buah sekolah juga akan mengambil bahagian dalam Bengkel Pendidikan Lego yang memberi tumpuan kepada pengaturcaraan dan kemahiran penyelesaian massalah pro-aktif menggunakan Lego.
Infographic ini merumuskan aktiviti-aktiviti di KL Converge.
KL Converge! 2015 adalah percuma dan terbuka kepada khalayak ramai. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan, sila layari Facebook KL Converge dan juga Twitter @KLConvergeMY.