in , ,

Pengalaman Makan Sepuasnya di Eat MAKAN FOOD FIESTA Setia City Mall

EAT MAKAN FOOD FIESTA diadakan mulai 19 hingga 21 Julai 2019 dan 26 hingga 28 Julai dari 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Petang Jumaat itu cukup tenang tapi hangat. Perut lapar sebab tengaharinya Budiey hanya makan sedikit sahaja. Memang nak kosongkan sedikit bahagian perut sebab jam 4 petang, Budiey akan berada di Setia City Mall. Seperti yang Budiey maklumkan sebelum ini, kat Setia City Mall ada Food Carnival yang diberi nama EAT MAKAN FOOD FIESTA.

EAT MAKAN FOOD FIESTA diadakan mulai 19 hingga 21 Julai 2019 dan 26 hingga 28 Julai dari 4.00 petang hingga 10.00 malam. Ayuh! Tonton vlog GILA MAKAN di IG TV Budiey yuk!

Kat sini terdapat lebih daripada 20 vendor di Centre Court dan di luar East Entrance memaparkan kedua-dua makanan kegemaran halal dan bukan halal di zon berasingan. Fuh! Makan sampai kenyanglah kita kat sani. 20 gerai dan tempat makanan ada kat sana. Banyak tu!

Jadi, Budiey tak nak lepaskan peluang untuk usha-usha apa yang bestnya Food Carnival ni. Dengar citer, macam-macam makanan dijual di Setia City Mall.

Jam 4 petang, Budiey dah sampai di Setia City Mall. Perut kena isi secepat mungkin takut nanti kena gastrik pulak. Budiey pun bergegas ke bahagian concourse berdekatan dengan Starbucks. Khabarnya, kat situlah menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk makan-makan.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Kalau tanya Budiey, makanan kegemaran Budiey ialah makanan Thai. Biasalah tu, orang Kelantan memang suka makanan dari Thailand. Suka makanan pedas dan masam-masam sikit. Selain makanan dari Thailand, Budiey suka makan satay. Tak kiralah satay lembu ke, satay perut ke, satay ayam ke. Semua Budiey suka. Of course, yang halal je kan.

Food Carnival kat Setia City Mall ni tak ketinggalan untuk menjual makanan dari Thailand.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Kat sini ada Mini Thai Desserts. Sah-sah yang wajib kena ada ialah Pulut Mangga. Harganya berpatutan iaitu cuma RM10 sahaja.

Colek buah mangga pun ada dijual kat sini.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Makanan lain yang Budiey jarang tengok ialah Thai Fish Cake. Harganya RM6.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall
Thai Fish Cake

Selain itu, ada beberapa jenis salad. Budiey suka makan salad dari Thai sebab dia punya sos tu lain sedikit sebab nak kena ada masam-masam pedas. Tak macam salad-salad lain yang ada di pasaran. Selain itu, makan salad ni memang sihat untuk badan sebab takde banyak karbohidrat. Ia mengandungi serat yang menyihatkan badan dengan menjauhkan diri kita dari macam-macam penyakit.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Membeli belah di Food Carnival ni anda tak perlu nak bawa duit tunai banyak-banyak sebab kat sini, kita boleh shopping dengan menggunakan aplikasi Boost. Haa, hanya tunjuk barang kita nak tu, kemudian, scan barcode. Terus duit ditolak dari akaun Boost kita. Jadi, tragedi duit tercicir atau rasa tak selesa sebab bawa duit banyak dalam poket tu akan dapat dihindari. Yang penting, kita akan dapat RM8 cashback. Sikit sebanyak dapat menjimatkan kita, betul tak?

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Selain dari makanan dan juga pencuci mulut, Budiey juga dapat melihat beberapa makanan yang fresh dari oven disediakan juga. Contohnya, Budiey sempat singgah di gerai ni yang diberi nama The Skinny Bakers. Kat sini ada jual beberapa jenis biskut buatan sendiri. Kat sini juga dijual aiskrim-sandwich pertama di Malaysia. Budiey dah rasa, memang sedap sangat. Ia menyegarkan dan dapat menyejukkan badan yang diserang rasa panas akibat mentari membahang kat luar.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall
Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall
Food truck yang disediakan di bahagian luar Setia City Mall
Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Pelbagai jenis kek lapis turut dijual kat sini. Menurut kata penjual makanan popular di Sarawak ini, kek ini memang laris dan mendapat permintaan yang menggalakkan dari penggemar kek. Ia diperbuat dari bahan yang bermutu. Patutlah rasanya sangat sedap.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Di sini juga ada pelbagai snek.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Ada beberapa snek yang tak pernah dan jarang kita dapat lihat dijual di pasaraya kat Kuala Lumpur. Harganya juga turut murah dan ada harga promosi. Memang berbaloilah beli banyak-banyak kat Food Carnival ni.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Okay, jika tak nak bawa balik, anda boleh makan kat sini jugak sebab kerusi dan meja atau tempat makan disediakan. Memang sangat selesa sebab korang boleh makan apa yang dibeli tu secara segar dan panas-panas lagi kan?

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Semasa Budiey sampai di sini, Budiey dapat lihat dah ramai orang kat sini. Walaupun hari bekerja, dah ramai pengunjung yang datang dari kawasan berdekatan mahu pun dari kawasan yang jauh.

Kalau penat sangat shopping, bolehlah singgah di Food Carnival ni.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall
Kat sini ada tempat atau photo booth untuk bergambar.

Okay, puas ronda-ronda dan mundar mandir di bahagian dalam, Budiey nak hirup udara di luar East Entrance ni pulak. Khabarnya, di luar East Entrance Setia City Mall juga ada disediakan food truck dan juga gerai buah-buahan. Haa, durian pun ada dijual kat sini. Fuh! Memang best kalau pekena durian time-time macam ni.

Kepada anda yang suka berselfie atau bergambar di Instagram tu, apa kata singgah kat photo booth tu dan ambik la gambar puas-puas. Memang setup kat photo booth ni memang mantap. Siap ada lampu-lampu neon bagai dah.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Kalau dah makan tu, mestilah dahaga kan? Kat luar Setia City Mall ini juga ada food truck menjual minuman. Macam-macam perisa ada kat sini. Boleh pilih!

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Kat sini juga disediakan tempat makan. Ada kerusi dan meja bagi keselesaan orang ramai.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Jadi, apa tunggu lagi, kepada anda yang takde apa nak buat hari ni dan esok, masih ada lagi masa untuk singgah di EAT MAKAN FOOD FIESTA yang diadakan mulai 19 hingga 21 Julai 2019 dan 26 hingga 28 Julai dari 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Eat Makan Food Fiesta Setia City Mall

Para pengujung Islam boleh menikmati makanan halal dari Boat Noodle, Sushi King, Gigi DIY, Row Six dan Shabu X, sementara hidangan kegemaran dari Go Noodle dan D’Legends Bar dihidangkan untuk pengunjung bukan Islam. 

Terdapat jugak hidangan seperti Inside Scoop dan Skinny Bakers. Di samping gerai-gerai, terdapat gerai yang menjual snek juga seperti snek Jepun oleh Nimaco. Promosi buffet durian all-you-can-eat bakal menjadi kegemaran peminat durian sekali, so jangan lepaskan peluang. 

Jomlah Menjamu Selera di FOOD CARNIVAL Di SETIA CITY MALL

Karnival ini juga menampilkan persembahan hiburan di sepanjang hari oleh Yamaha, Fitness First, SK Setia Alam, Persatuan Percinta Muzik Ukulele Malaysia (PPMUM) dan Studio Tarian Moon Walker. 

Pengunjung juga boleh menikmati beberapa permainan yang menyeronokkan di stesen permainan atau mengambil bahagian dalam pertandingan foto “Strike a Pose” dan boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Snapchat Creator Shows Now Available In Malaysia

Yang Menarik dalam Drama ATIN, ATAN & MAK CUN