Budiey kira anda masih ingat lagi dengan kempen anjuran Volkswagen iaitu Think Blue. – National Challenge 2013. Kalau ingat-ingat lupa, mari kita imbas balik apa itu Think Blue. ni.
Think Blue. adalah hala tuju Volkswagen dalam menghasilkan produk yang mesra alam. Selain itu, ia mengalakkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan membantu mencipta masa depan yang lebih baik. Budiey kira, kempen ini sangat bagus untuk kita semua sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Tahniah Mr Ong Lin Kern Wakil Malaysia Think Blue. – National Challenge 2013
[dropcap]P[/dropcap]ada 1 Julai yang lalu, seorang pemenang telah dipilih untuk mewakili Malaysia melalui satu pemilihan yang berlangsung di Melaka. Budiey nak ucapkan tahniah buat Mr Ong Lin Kern yang telah berjaya bersaing dengan 29 orang peserta lain. Saingan yang cukup hebat. Apa tak hebatnya, Mr Ong berjaya mengumpul markah paling tinggi di mana semua peserta perlu menempuh lima jenis ujian. Antaranya, salah satu ujian paling penting ialah ‘Fuel efficient driving’, di mana peserta perlu memandu kereta Volkswagen Golf 1.4 TSI dengan cara penggunaan bahan api paling cekap.
[pullquote align=”right”]Tahukah anda bahawa terdapat 245 model kereta Volkswagen yang mengeluarkan bawah daripada 120g/km karbon dioksida dan 36 model Volkswagen lagi yang mengeluarkan bawah 100g/km karbon dioksida?[/pullquote]
Budiey difahamkan, kereta ini didatangkan dengan penggunaan minyak yang sangat rendah iaitu hanya menggunakan 1 liter minyak sahaja untuk 20km perjalanan. Namun, semasa cabaran ini, kita dapati ia boleh mencatatkan sehingga 27km bagi penggunaan minyak sebanyak 1 liter. Wow, sangat mengkagumkan juga ni.
Sebagai hadiahnya, Mr Ong Lin Kern atau boleh kita gelarkan dia… nation’s most fuel efficient driver ni telah diterbangkan ke Jerman untuk mengharungi cabaran Think Blue. World Championship 2013 pada 6 hingga 10 September lalu. Fuhhh… seronoknyaaa…
Budiey kira, Mr Ong sangat layak dengan kriteria yang diperlukan oleh Volkswagen iaitu peserta mestilah cukup dengan ilmu pemanduan yang menjimatkan minyak ketika memandu dengan lebih berkesan, dan memahami konsep Think Blue. ciptaan Volkswagen ini. Selain itu, peserta juga diuji dengan menjawab soalan kuiz, memasak masakan tempatan dengan menggunakan bahan yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
Menurut Encik Ong Lin Kern, beliau sangat tak sangka beliau berjaya mengharungi segala cabaran dengan lancar dan selamat.
“Saya tak sangka dengan menyertai Cabaran Think Blue. Challenge ini dapat mengajar saya tentang gaya pemanduan yang memberi kesan kepada alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan minyak. Saya ingat, sebagai pemandu biasa, kita tak berapa kisah tentang isu alam sekitar ni. Saya sangat gembira sebab dengan adanya event seperti ini dapat memberikan pengalaman berharga dan pengajaran berguna kepada saya dan semua wakil dari negara yang terlibat.”
Menyentuh tentang pengalaman semasa memandu di Jerman, Encik Ong berkata, beliau sangat seronok dan teruja sebab dapat melihat sendiri bagaimana suasana dan budaya pemanduan di negara Jerman.
“Saya sangat teruja dan mencabar diri saya sendiri untuk buat yang sehabis baik. Untuk itu, saya cuba belajar dan kena tahu tentang papan tanda di jalan raya, tentang keadaan jalan di sana, tentang kesibukan jalan raya kat sana yang sememangnya tak sama dengan keaadaan di Malaysia. Keseluruhan cabaran sangat hebat dan inilah pengalaman yang tak akan saya dapat kat mana-mana. Sekali seumur hidup. Selain itu, saya dapat bertemu dan berkenalan dengan peserta negara lain dan kami sempat berkongsi tips bagaimana nak menjimatkan minyak petrol semasa memandu kereta.”
Cabaran Sengit Think Blue. World Championship 2013
[dropcap]B[/dropcap]udiey dengar, cabaran yang dilalui oleh peserta di Jerman bukanlah sesenang yang kita bayangkan. Semasa pertandingan di Melaka hari tu pun, Mr Ong Lin Kern yang memandu Golf 1.4 TSI, hanya menggunakan 4.2 liter minyak untuk pemanduan sejauh 100 kilometer. Penggunaan minyak paling rendah sepanjang pertandingan ini direkodkan pada 3.7 liter. Wow, jimat minyak betul. Memang mantap habislah!
[pullquote]Selepas memandu dengan jarak 592km dari Berlin via Wolfsburg ke Frankurt, Think Blue. World Championship 2013 yang melibatkan 17 kumpulan ini pun tamat.[/pullquote]
Untuk info, wakil Malaysia, Encik Ong Lin Kern telah mendapat tempat ke-13. Wow, itu sudah bagus! Syabas! Beliau telah membuktikan rakyat Malaysia pun boleh lakukan sesuatu dalam penjimatan minyak kereta.
Budiey dapat tahu, pemenang utama dimenangi oleh ayah dan anak dari Jerman iatu Volker Müller-Tönnissen 52 tahun dan pembantu pemandu, Jörn-Luca Müller- Tönnissen berusia 16 tahun dari Dusseldorf. Congrats!
Pasangan duo ini memberikan persembahan pemanduan yang lebih efisen dengan memandu kereta terbaru Golf TDI BlueMotion. Pemenang utama ini mencapai purata penggunakan minyak lebih kurang 3.48 liter per 100 km sepanjang laluan 592 km dari Berlin melalui Wolfsburg dan Weimar ke Frankfurt. Kesemua kereta yang bertanding ini dilengkapi dengan 3 orang penumpang agar menjadikan kesemua adalah seimbang dan saksama untuk menjadi berat kesemuanya 294.4kg.
Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh wakil dari Canary Islands (3.36 liters) dan Russia pula di tempat ketiga dengan penggunaan minyak sebanyak (3.67 liters). Kalau kita lihat, perbezaan penjimatan minyak antara pemenang taklah banyak. Memang satu persaingan yang sengit, kan?
Perkara yang paling penting sekali, Budiey rasa pertandingan ini memberikan inspirasi kepada Budiey untuk melestarikan alam sekitar dengan mengurangkan pengeluaran minyak petrol. Kalau ada rezeki dan peluang, Budiey pun mahu menyertai cabaran ini pada tahun depan. Jadi, kenalah bersedia dari sekarang.
Untuk info lanjut, sila layari laman sesawang ThinkBlue. Volkswagen Malaysia dan Facebook Volkswagen Malaysia. Anda semua juga boleh menang macam Encik Ong, yang penting, kena usaha, tambahkan ilmu pengetahuan, barulah berjaya. Jumpa anda di Think Blue. – National Challenge 2014 tahun depan! Budiey cabar anda!