in , ,

Pengalaman Berbuka di De’ Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Seng

Sempena bulan Ramadan tahun ini, pasti ramai yang merancang untuk berbuka di luar dan tercari-cari lokasi untuk berbuka. Sememangnya rasa amat meriah bila dapat berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Pada 29 Mac lalu, Budiey berkesempatan untuk merasai pengalaman berbuka puasa di De’ Kenduri by Lutfi Yussof yang lokasinya terletak berhampiran menara berkembar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Yap Kwan Seng. 

Seperti lazimnya DeKenduri by Lutfi Yussof mengadakan Buffet Ramadhan buat kali ke-3 sejak penubuhannya. Sambutan yang sangat menggalakkan. Malah, ada yang terpaksa ditolak tempahan. 

Budiey kira Buffet Ramadan kali ini cukup berbeza dan boleh dikira sebagai sangat unik kerana konsepnya menampilkan pelbagai menu-menu menarik untuk setiap jenis kenduri di Malaysia. 

Kita semua sedia maklum dengan jenis-jenis kenduri yang terdapat di Malaysia. Setiap kenduri ada pilihan menu yang tersendiri. DeKenduri mengambil pendekatan untuk menyajikan menu-menu dari pelbagai jenis kenduri untuk setiap malam. 

Kita semua sedia maklum, terdapat pelbagai jenis majlis kenduri di Malaysia. Setiap majlis kenduri ini menyajikan hidangan yang berbeza, atau sesetengah kenduri mempunyai hidangan signaturenya yang tersendiri. Jom kita tengok hidangan-hidangan kenduri apa yang dihidangkan di De’ Kenduri by Lutfi Yussof nie.

De’ Kenduri menamakan setiap Stall atau Section makanan dengan nama mengikut jenis-jenis kenduri yang lazim dengan masyarakat. 

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 1 – Kenduri Kahwin

– Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato

– Ayam Merah/Ayam Grg Berempah

– Daging Rendang Hitam/Daging Kurma

– Kuzi Kambing/Kurma Kambing

– Kari Kambing

– Acar Buah

– Pajeri Nenas

– Ayaq Asam

– Acar Jelatah

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 2 – Kenduri Kesyukuran

– Nasi Putih

– Masak Lemak Ayam 

– Sambal Udang Petai

– Bawal Sweet Sour

– Siakap 3 Rasa

– Charu Belah Belakang

– Masak Lemak Nenas Ikan Masin

– Masak Tempoyak Patin

– Tauhu Jepun Tiram

– Chinese Mix Vege

– Sambal belacan

– Ulaman

– Pecal

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 3 – Kenduri Doa Selamat

– Nasi Putih

– Asam Pedas Daging Tetel

– Masak Lemak Telur Itik

– Masak Lmk Cili Api Ayam Pegaga

– Sambal Sotong Kering

– Masak lemak Udang Belimbing Buluh

– Masak Lemak Siput Sedut

– Masak Lemak Perut + Rebung

– Sambal Ikan Keli

– Sambal Tempoyak/Sambal Machang

– Cencaluk/Budu

– Ulaman rebus

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 4 – Kenduri Rumah Terbuka

– Lemang & Ketupat

– Rendang Ayam

– Satay

– Kambing Bakar

– Set Soto/Mee Kari/Laksa Johor

– Laksa Penang

– Set Lontong

– Kerabu Meggi

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng
Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 5 – Kenduri Majlis Hari Lahir

– Aneka Pastries

– Aneka Kuih Melayu

– Cendol & ABC

– Charkue Teow

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

STALL 6 – Kenduri Naik Pangkat

– Apam Balik Chruncy

– keropok Lekor dan cucur

– Aneka Bubur Manis

– Cucur Goreng Panas²

– Roti Jala + Kari Ayam

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

Menurut Encik Lutfi Yusoff, sebelum bulan Ramadan, De Kenduri banyak menerima tempahan majlis kenduri seperti perkahwinan, tahlil, hari jadi dan pelbagai lagi. Dengan kepakaran memasak untuk majlis-majlis tersebut maka tema untuk iftar di De Kenduri kali ini berdasarkan menu makanan yang ada untuk setiap kenduri.

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

Selain itu, Encik Lutfi turut menyatakan bahawa lokasi De’ Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini dalam proses pembinaan bangunan dan terletak di tengah-tengah bangunan tinggi serta baharu namun dia masih memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Kedudukan dewan ini juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta memarkir kereta mereka.

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

Sambil makan, sambil itu pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian dari live band yang disediakan. Memang feeling makan sambil didendangkan lagu-lagu raya. Jadikorang akan rasa tak sabar nak beraya gitu!

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

Budiey dapat rasai sendiri, Dewan De’ Kenduri by Lutfi Yussof ini sangat besar dan mampu memuatkan ratusan orang dalam khemah yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Suasana macam betul betul macam kenduri kahwin. Memang sangat cukup selesa. Ruangan solat juga Ruangan parkir pon banyak, cuma sekali masuk kena bayar RM7.

Makanan korang tak habis? Jangan risau sebab korang boleh bawa balik tapau.

Pengalaman Berbuka Puasa di De' Kenduri by Lutfi Yussof, Jalan Yap Kwan Sweng

Dewasa: RM70

Kanak-Kanak: RM40

Isnin : Tutup Setiap Isnin (dibuka untuk kumpulan Tempahan Khas minima 250 orang)

Selasa-Ahad : Individu biasa, keluarga dan kumpulan kurang dari 250 orang.

Tarikh Operasi: 25 Mac hingga 19 April 2023

Utk pertanyaan sila hubungi:-

http://www.wasap.my/60133862524

http://www.wasap.my/60133862524

Alamat DeKenduri

103 Persiaran Lidcol

Off Jalan Yap Kwan Seng

Kuala Lumpur

IG: DeKenduri Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TONY ROMA'S

Tony Roma’s Perkenalkan Roma’s Platters Terbaharu Untuk Raya Tahun Ini

KILL BOKSOON Ditayangkan Mulai 31 Mac, Kisah Tentang Pembunuh Upahan