Kalau pembaca semua ada mengikuti Budiey di Instagram, pasti dapat melihat perubahan ketara pada berat badan Budiey yang dah makin susut. Memang Budiey nak kurangkan berat badan pun. Fobia gemuk, takut gemuk dan memang Budiey tak nak gemuk. Maaflah kalau ada yang terasa dengan entri ini. Tapi anda semua perlu memandang pada sisi yang positif dan membakar semangat anda semua untuk nampak kurus sekaligus kita semua dapat menjaga kesihatan dengan baik.
Bagi Budiey la kan, gemuk ke, kurus ke… yang penting kita semua sihat kan? Okay, cakap pasal penurunan berat badan Budiey, yang dulunya 85kg tapi kini dah susut hingga 69kg, ramai yang bertanyakan Budiey apakah rahsia Budiey boleh kurus dalam masa yang singkat.
[dropcap]B[/dropcap]aiklah, di sini Budiey nak bocorkan rahsia. Ada beberapa petua dan tips untuk anda amalkan. Untuk kekal sihat dan nampak fit, selain pemakanan yang teratur dan seimbang, anda juga perlu mengeluarkan peluh. Dalam erti kata lain, kita perlu bersenam untuk membakar lemak yang ada. Tiada jalan yang singkat untuk membakar lemak selain kita perlu selalu jogging atau mengayuh basikal atau melakukan aktiviti jasmani.
[pullquote] Bercakap pasal mengayuh basikal ni, Budiey seakan tertarik untuk membeli sebuah mountain bike. Bukan apa, asyik berlari dan jogging di atas treadmill ni pun bosan juga. Kalau ada aktiviti luar yang lebih mencabar iaitu dengan berbasikal ni, memang best.[/pullquote]
Budiey ada juga tengok beberapa orang selebriti dah mula memupuk minat menaiki mountain bike ni. Antaranya, Faizal Ismail, Azhan Rani dan Puan Seri Tiara Jacquelina. Wah, apabila melihat mereka sangat seronok dengan hobi ber-mountain bike ni. Budiey pun terliur dan terasa nak cuba.
Kebetulan, ada seorang kawan rapat Budiey sudah memiliki sebuah mountain bike dan menyarankan Budiey untuk cuba dulu mountain bike miliknya sebelum ke kedai untuk membeli. Minggu lalu, Budiey dengan ditemani kawan tadi pun pergi ke Tasik Titiwangsa untuk cuba mountain bike. Fuh! Nak cerita pengalaman di sini, agak banyak juga ceritanya. Tapi, apa yang Budiey boleh katakan, memang BEST!
Dalam hati, alangkah seronoknya dapat memlliki sebuah mountain bike sendiri. Budiey pun buat survey brand apa, harga dan kat mana nak beli mountain bike ni. Nasib baik, sahabat Budiey tadi ada mencadangkan kepada Budiey. Haa, tak perlulah Budiey membazir masa untuk buat survey tu semua. Yelah, bukan semua tempat ada jual basikal jenis mountain bike ni, kan?
[dropcap]K[/dropcap]habarnya, tak susah nak beli mountain bike ni sebab basikal ni boleh didapati di senQ. Menurutnya, kat senQ banyak pilihan dengan harga berpatutan dan yang penting semuanya berkualiti tinggi.
Tanpa membuang masa, Budiey terus bergegas ke senQ yang terletak di Klang Parade di mana pada ketika itu senQ ada mengadakan satu jualan promosi iaitu SENQ KICK START CYCLING yang berlangsung dari 7 hingga 16 November 2014. Selain basikal, di sini juga ada menjual aksesori untuk anda yang mempunyai hobi mengayuh basikal.
[dropcap]S[/dropcap]esampainya Budiey di Klang Parade, Budiey terus naik ke tingkat atas menuju ke senQ. Budiey lihat di pintu masuk senQ dah ada pameran basikal dan ternyata membuatkan Budiey rambang mata nak pilih basikal mountain bike yang mana satu.
Bukan apa, kat senQ ni banyak sekali pilihan basikal dengan harga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. Lagi pun, Budiey dapat info, untuk setiap pembelian dengan AEON Easy Payment ni kita akan dapat cash voucher tambahan dan boleh buat installment kad credit sehingga 36 bulan.
Nasib baiklah ada jurujual senQ yang banyak membantu Budiey. Ye lah, Budiey ni bukannya tahu sangat pasal basikal ni. Jadi, sebelum kita beli, kita kena tahu serba sedikit tentang ciri-ciri pembuatan, spesifikasi yang kita mahukan dan basikal yang sesuai untuk kita. Bukan main redah je nak beli yang mana, kan?
Budiey pun apa lagi, dengan muka tak malunya Budiey mencuba beberapa buah basikal jenis mountain bike kat senQ Klang Parade Bicycle Roadshow ni. Haha, tapi takde la tebal muka sebab Budiey memang berminat nak beli pun. Walhal di situ, ramai juga mata yang melihat Budiey kayuh basikal. Haa, peduli apa kan?
Menurut jurujual, Budiey kena pilih yang lasak memandangkan Budiey nak mengayuh basikal ni di permukaan yang berbukit-bukit. Untuk menjamin keselesaan, Budiey disarankan untuk memilih basikal jenis full-suspension bikes di mana ia memberikan kawalan yang baik dan keselesaan yang maksima.
Jadi, Budiey dicadangkan untuk membeli basikal jenama APOLLO model Xepert291/GR. Pastinya, jurujual di sini ada alasan yang kukuh mengapa mountain bike ini dikatakan sesuai dan elok sangat dengan citarasa Budiey.
Pertama sekali, ianya sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Tak nak cakap banyak, korang boleh tengok sendiri antara spec untuk basikal ni:
- Frame: Superlight triple butted 6061 alloy 29er frame. Tapered 1-1/8 to 1.5 head tube. Post mount dropout, direct mount front derailleur, improved clearance
- Fork: Rock Shox Recon Gold TK 29 with tapered steerer. Air spring 80mm travel, rebound adjust, mag lowers. 51mm offset
- Headset: Semi integrated, for tapered 1.8-1.5 head tube, cartridge bearings
- Handlebar: Easton EA50 wide alloy flat bar 31.8mm W: 685mm, sweep: 9°
- Grip: Ultra light foam grip with single alloy lock ring
- Headstem: Easton EA50 stem, 31.8mm 4 bolt stem, Ext: M=75mm, L/XL=90mm
- Cranket: Shimano M-615-10 38 x 24T L: S=170mm, M/L/XL=175mm
- Bottom Bracket: Shimano cartridge with external bearings
- Pedals: Low profile high impact Resin
- Front Derailleur: Shimano M610 Deore 2 x 10 direct mount
- Rear Derailleur:Shimano SLX M-675 DYNA-SYS shadow plus 10 speed
Keistimewaan mountain bike jenama Apollo ni adalah ianya versatile untuk semua keadaan dan permukaan. Ianya direka khas untuk memberikan kita keselamatan dan keseimbangan yang terkawal. Diperbuat daripada alloy yang cukup ringan, ketahanan, menyerap gegaran, kuat dan ia menjadikan tunggangan yang selesa dengan prestasi yang menyakinkan untuk semua keadaan. Mungkin sebab itu, Budiey tak disarankan untuk memilih basikal yang diperbuat daripada steel sebab ianya agak berat sedikit. Jadi, model APOLLO model Xepert291/GR ni adalah pilihan yang terbaik.
Budiey pilih model Xpert 291/GR ni sebab reka bentuknya ada gaya. Nampak sederhana tapi fungsinya memang ohsem habis! Budiey ada mencuba jenama Apollo ni, terasa seperti nak tunggang hari-hari pun ada sebab memang pertama kali cuba dah jatuh cinta.
Mungkin anda semua tertanya-tanya, kenapa perlu beli mountain bike di senQ ni. Korang pun boleh tengok bukan main bersungguh dan gigih Budiey sanggup datang dari Kuala Lumpur ke Klang Parade semata-mata nak dapatkan mountain bike ni.
Okay, pertama sekali, Budiey rasa shopping di senQ ni memang sangat selesa. Lagi pun, jurujualnya memang tak lokek untuk memberi kita tips cara nak beli basikal yang sesuai untuk kita. Itu yang penting sekali kan, sebab Budiey tak ada masa untuk google dan survey kat internet. Tahu-tahu, nak beli je basikal ni.
Lagi pun, di senQ ni kita dapat beli basikal dengan menggunakan kemudahan pembelian cara mudah dengan menggunakan AEON Easy Payment. Samada kita nak buat pembelian secara ansuran selama 12 hingga 36 bulan bergantung pada kemampuan anda. Haa, itu yang memudahkan sebenarnya. Bukan itu sahaja setiap pembelian pastinya ada free gift yang akan diberikan khas kepada pembeli di senQ ni.
Untuk belian basikal jenama Apollo yang Budiey pilih ni, Budiey dapat sebuah helmet dan juga sehelai jersey. Yeay, seronok la kan dapat free gift. Tak perlu lagi Budiey nak beli helmet lagi. Haa, penting tu untuk keselamatan diri semasa mengayuh basikal. Orang kata, benda yang wajib ada untuk setiap penunggang basikal mountain bike. Jika anda menjadi member senQ pula, lagilah jimat kerana untuk member anda diberi tawaran harga yang istimewa. Selain itu, sebagai pengguna AEON Easy Payment pula, Budiey mendapat cash voucher membeli belah sebanyak RM500. Wah, banyak tu!
Sempena roadshow pameran basikal ni, senQ ada menganjurkan Snap & Win Instagram Contest di mana menawarkan hadiah-hadiah lumayan berupa aksesori basikal yang pastinya ohsem! Alang-alang Budiey berada kat sana, Budiey pun cuba nasib join contest ni. Mana tahu, menang helmet ke, best gak nih. Tengok pada untung nasib juga la kan.
Di senQ, anda boleh membeli basikal dengan harga serendah RM51 sebulan dengan AEON Easy Payment. Yang penting sekali, kad kredit tidak diperlukan. Haaa… no credit card require. So tunggu apa lagi, kan. Jom dapatkan basikal mountain bike korang di senQ ni. Promosi ini sah sehingga 30 November 2014. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kena pi cepat sikit.
Untuk info lanjut, boleh layari sekarang: www.senq.com.my