Mendedahkan perkara itu dalam program MeleTOP baru-baru ini, Ernie Zakri berkata sebagai perempuan dia perlu berani meluahkan perasaan. Tidak hanya bertepuk sebelah tangan, Syamel juga menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Ramai netizen mengatakan Syamel agak susah nak luahkan perasaan kepada Ernie. Mungkin Syamel tak yakin cintanya itu berbalas.
“Sebenarnya Ernie yang confess suka kat dia. Kita perempuan kena berani. Saya rasa kalau saya tak ambil langkah pertama tu, takdenya.
“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,â€
– Ernie Zakri
Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.
Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.
Malah, netizen turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.