Tetapi ramai juga yang membantah tindakan Will dengan alasan menolak keganasan. Tak pelik, sebab ramaiiiiiii orang nampak keganasan fizikal iaitu tindakan lempang atau tumbuk, tetapi majoriti orang tak nampak keganasan emosi yang telahpun Chris lakukan dengan menjenakakan kepala botak seorang wanita.
Saya tak tahulah apa yang bermain dalam fikiran Chris yang menjadikan botak akibat penyakit itu sebagai bahan jenaka. Dia botak sebab penyakit. Bukan fesyen.
Kisahnya begini… Pentas Oscar yang merupakan majlis berprestij itu dihiasi gelak ketawa gembira oleh semua orang dalam majlis itu bahkan juga para penonton di TV dan online. Siapa tak kenal, Chris Rock kan pelawak…
Tiba-tiba Chris menyebut nama Jada Pinkett Smith, dan mengaitkannya dengan GI Jane. GI Jane adalah tajuk sebuah filem aksi terbitan 1997 lakonan selebriti wanita hebat bernama Demi Moore yang sanggup membotakkan kepalanya untuk melakonkan watak seorang tentera bernama Jordan O’Neill.
Terkilan, semestinya, Jada senyum kelat dengan jenaka yang dibuat. Dan secara tiba-tiba, Will Smith yang merupakan suami kepada Jada, berjalan naik ke pentas lalu melempang Chris. Semua orang kaget, terdiam, semestinya terkejut dengan tindakan Will yang sepak atau smack muka Chris. Chris pun terkejut.
Will turun dari pentas, dan Chris meneruskan majlis.
Ramaiiiii orang memuji Chris yang bersikap professional. Dah kena lempang pun tetap tenang meneruskan majlis. Hmmmm… Bagi saya ini ibaratnya seorang pencuri yang kantoi dan ditangkap sedang mencuri lalu dia berjalan depan orang ramai bukan berlari, dia dianggap cool, profesional dan hero. Whatttt?
Sama ada kita setuju atau membantah apa yang tindakan refleks yang dilakukan oleh Will, saya tak rasa kita patut memuji Chris walaupun kita tahu dia bagus mengendalikan dan meneruskan majlis. Hello, dah kena lempang tu, sebutkanlah “I apologise” sekurang-kurangnya 1 kali sebelum meneruskan majlis, barulah betul. Dia tak sedar dia buat salah, ketika itu dia anggap jenaka itu masih satu jenaka dan sebenarnya ramaiiiii orang macam dia, contohnya orang yang buat bad marketing yang tak sedar menjatuhkan air muka sendiri, menjaja aib sendiri, memburukkan orang lain dan buat lawak double meaning-lucah itu semua adalah salah tetapi ehhhhh mereka ni tak sedar-sedar bahkan berbangga dengannya.
Sama ada kita setuju dengan Will atau tidak, untuk berkata Chris itu bagus adalah, bagi saya, tidak patut. Apa benda menggunakan kesakitan, kekurangan dan ketidaksempurnaan fizikal orang lain sebagai modal sembang atau buat lawak, ehhhhhh mengarut betul.
Chris itu bagus sebab meneruskan majlis dengan tenang? Samalah di Malaysia ni, maki-hamun kutuk orang, buat bad marketing, jatuhkan maruah sendiri, berbangga dengan maksiat, alasan ‘itu lakonan je’ dan pelbagaiiiiii lagi apabila dimarahi, dikritik dan dikecam masyarakat, dengan tenang mereka mengeluarkan respon “Saya minta maaf” lalu kes ditutup, bilangan followers bertambah, ‘drama’ mereka ditontoni, bla bla bla, like nothing happened. Samalah macam menyokong Chris tu.
Tak boleh.
Hormatilah manusia depan mata kita, dan jangan menjadikan orang lain sebagai bahan ketawa walaupun niat kita hanya nak bergurau.
Secara tegas saya membantah jenaka yang Chris buat, dan secara tegas saya tidak menyatakan saya menyetujui atau tidak menyetujui tindakan keras Will.
“Tonight is the greatest night in the history of television..” Exactly, malam di mana seseorang dilempang secara Live kerana jenaka keterlaluan melibatkan keadan penyakit seseorang, you think you’re funny?
Tak pasal-pasal keno napar tawar 😅😅😅
FB Syahr MusafirIsnin 28/03/2022