in

Pengajaran Dalam Telemovie MADUKU TELEFON BIMBIT di TV2

Seorang suami yang terlalu menumpukan perhatian kepada telefon bimbit sehingga menyebabkan isteri rasa terabai dan seterusnya berlaku keretakan dalam keluarga dan perhubungan suami isteri. Realitinya situasi sebegini berlaku dalam masyarakat kita samaada sedar atau tidak.

MADUKU TELEFON BIMBIT

Sekadar teladan dan pedoman untuk pengajaran semua, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie bertajuk “Maduku Telefon Bimbit” yang mengangkat konflik tersebut pada 16 Ogos ini, pukul 11.00 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan gandingan mantap Keith Foo dan Siti Saleha yang membawakan watak utama sebagai suami isteri, telemovie arahan Rahila Ali terbitan Elisa Vision Sdn. Bhd ini turut dibintangi oleh Achong Sweet Child, Ieda Moin, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Salman dan Mastura adalah sepasang suami isteri muda yang baju menjalani hidup berumahtangga. Kehidupan mereka pada luarannya bahagia namun ada satu perkara yang membuatkan Mastura hilang sabar dengan sikap suaminya. Salman yang asyik menghadap telefon bimbit seolah-olah dirinya tidak wujud lagi.

Tindakan Salman itu membuatkan mereka sering bermasam muka dan bertengkar kerana Mastura berasa kurang diberi perhatian. Namun ianya tidak sedikit pun mendapat reaksi positif Salman. Dia tetap dengan hobinya menghadap telefon bimbitnya.

Apabila tiada pilihan lain Mastura menemui Shafie, seorang kaunselor rumah tangga. Melihat kepada penampilan Mastura yang membosankan, Shafie mencadangkan agar dia mengubah penampilannya. Mastura cuba penampilan serba moden tetapi tidak berhasil juga.

Sementara itu Mastura berpura-pura berhubung rapat dengan Shafie dan sering menghadap telefon bimbitnya. Ketika itu Salman mula menyedari perubahan Mastura. Dia berdepan dengan Mastura dan Mastura mengugut akan meminta cerai dan berkahwin dengan Shafie.

Salman tiada pilihan lain terpaksa berjumpa dengan Shafie dan menangis agar Shafie tidak terus menjalinkan hubungan dengan isterinya. Dia begitu kesal dengan tindakannya mengabaikan isterinya itu selama ini. ketika itu Shafie berterus-terang tentang hubungannya dengan Mastura yang sebenarnya. Adakah masih ada rasa cinta di hati Mastura untuk Salman? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

MADUKU TELEFON BIMBIT

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

MADUKU TELEFON BIMBIT

MADUKU TELEFON BIMBIT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dilema Pilih CALON ISTERI, Slot Panggung Ahad di TV1

AirAsia Wins The Edge Billion Ringgit Club Company Of The Year Award