Ramai yang kata, pengarah yang dimaksudkan ialah Piere Andre, pengarah filem Jangan Tegur dan penerbit itu pula ialah Mr. David Teo. Betul ke?
GUA dengar ada seorang pengarah filem muda ini telah terasa hati dengan seorang penerbit filem kerana tidak menjemputnya untuk menghadiri tayangan filem arahannya sendiri. Menurut sumber terdekat, pengarah itu terkilan kerana selain tidak dijemput ke tayangan filem, dia juga tidak dimaklumkan sebarang berita tentang filem arahannya itu sedangkan filem itu akan berada di pawagam tidak lama lagi.
Persoalannya mengapa perkara ini boleh berlaku? Sebelum ini penerbit tersebut menafikan dia ada bergaduh dengan pengarah filem itu. Kalau tidak ada sebarang perselisihan, mengapa pengarah filem itu disisihkan? Bagi GUA, kedua belah pihak perlu bertindak professional bagi memastikan filem yang bakal ditayangkan nanti mendapat sambutan yang baik.
Semasa tayangan filem tempoh hari pun, ramai wartawan yang bertanya ke mana menghilangnya pengarah filem. Agak pelik apabila sidang media sebuah filem tidak dihadiri oleh pengarahnya bukan? [sumber]