in

Penerbit A.Aida Tuntut Cerai Kerana Tiada Persefahaman

Penerbit A.Aida Tuntut Cerai Kerana Tiada Persefahaman

Pelakon dan penerbit drama A. Aida memberitahu keputusannya untuk bercerai dengan pegawai polis, Deputy Superintenden (DSP), Suffian Sulaiman adalah muktamad selepas mendapat persetujuan keluarga.

A.Aida, 42, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, keputusan itu dilakukan kerana tiada lagi persefahaman di antara dia dengan Suffian, 44, sejak sekian lama.

A. Aida

“Saya mahu meminta cerai dengan cara baik. Ia adalah keputusan muktamad saya selepas memikirkan sejak sekian lama. Semuanya disebabkan tiada lagi persefahaman di antara saya dengan suami saya itu. Sebab-sebab lain, biarlah ia menjadi rahsia kami sahaja.”

Terdahulu A. Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis kira-kira pukul 2 petang bagi memfailkan permohonan cerai terhadap Suffian.

suffiann bekas suami A.Aida

Suffian Sulaiman
Pihak mahkamah menetapkan 8 Oktober depan bagi sebutan kes tersebut.

A. Aida berkahwin dengan Suffian yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 20 April 2007.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul yang kini berusia empat tahun.

Suffian yang merupakan sorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha yang berusia 11 tahun. Sumber Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sham Kamikaze & Farazila Disahkan Bercerai Setahun Lalu

Wan Zaleha Radzi Bertudung Pengacara Islam Today