Dari Mamula Moon ke Negara Ku & Dari Abang Tukang Bakso ke Aspalela.
Sebelum anda membaca rencana ini, sila dengar dulu lagu pertama iaitu lagu Aspalela nyanyian Saiful Apek dan kemudian bedakan dengan lagu kedua iaitu lagu Abang Tukang Bakso. Dengarkan betul-betul terutama di bahagian korus lagu Abang Tukang Bakso. Mmm… pendapat boleh dikemukakan setelah anda membaca keseluruhan artikel. Terima kasih.
Lagu Pertama: Aspalela Nyanyian Saiful Apek
Lagu Kedua: Abang Tukang Bakso
Malaysia sudah menyambut kemerdekaan ke 50 tahun, satu sambutan jubli emas yang penuh dengan kegemilangan. Sepanjang tempoh itu, industri kreatif Malaysia, terutamanya etnik Melayu telah mengalami perubahan atau asimilasi yang cukup membanggakan. Dari industri kreatif, secara amnya, negara melalui satu proses yang unik telah berjaya melahirkan anak-anak seni yang cukup kritis dan puitis dalam menghasilkan kepelbagaian produk seni mengikut ras dan budaya masing-masing.
Dalam kita memperkatakan mengenai karya-karya kreatif, patriotik dan membentuk jati diri budaya, tidak dapat tidak, persoalan dari mana asal usul sesuatu karya itu, yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan sering menjadi persoalan. tetapi, seperti pepatah lama, jika tiada angin bertiup, masakan pohon akan bergoyang, menyebabkan massa sentiasa mencari jawapan kepada sesuatu persoalan. Nilai-nilai seperti ini sememangnya telah diterap dalam pemikiran rakyat Malaysia.
Lagu kebangsaan Malaysia, Negara Ku dikatakan telah diambil dari lagu kebangsaan negeri Perak, iaitu Terang Bulan. Namun, melalui kajian sejarah yang dijalankan, mencari susur galur asal lagu Negara Ku ini, telah membawa kepada perkara yang lebih penting lagi, iaitu skor muzik bagi Negara Ku telah diasimilasikan (dalam erti kata lain, diceduk) dari lagu yang sering didendangkan di kepulauan Seychelles, iaitu tempat di mana Raja Muda Perak, Raja Abdullah Muhammad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Muazzam Shah yang telah dibuang negeri pada tahun 1877.
Apabila, beliau sering melihat kumpulan pancaragam Perancis yang sering memainkan Lagu Mamula Moon, ciptaan pengubah Perancis, Pieere Jean De Baranger, Tuanku telah berkenan dengan lagu berkenaan dan telah menjadikan lagu kebesaran negeri Perak, dengan judul Terang Bulan a.k.a “Allah Lanjutkan Usia Sultan.”
Ketika Malaysia menghadapi zaman konfrontasi dengan Indonesia pada tahun 1963-1964, Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan di coron-corong radio di Republik Indonesia, bagi satu tamparan kepada Tunku Abdul Rahman, kononnya, Malaysia sudah merdeka, tetapi tidak tahu menghasilkan lagu kebangsaan sendiri.
Itulah secebis dari kisah, bagaimana skor muzik Negara Ku didapati dan disesuaikan dengan lirik yang cukup petriotik dan harmoni menjadi lagu kebangsaan negara Malaysia yang tercinta.
Namun, kini, kontroversi berkaitan penciplakan lagu oleh pengubah-pengubah lagu di negara ini menjadi semakin hangat. Jika sebelum ini, Republik Indonesia agak terkilan kerana dalam masa Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke lima puluh tahun, melalui kempen pengalakan pelancongan yang dijalankan oleh Tourism Malaysia’s, Malaysia dikatakan menggunakan lagu rakyat Indonesia, iaitu Rasang Sayang Eh!.
Yang terbaru ialah, apabila lagu dalam album runut bunyi “Duyung” iaitu Aspalela yang dinyanyikan oleh Saiful Apek, dikatakan, skor muziknya telah diceduk hampir 75 peratus dari dua buah lagu kanak-kanak yang terkenal di Republik Indonesia iaitu Abang Tukang Bakso dan Bintang Kejora, ilham komposer Indonesia.
Jika diingat kembali, ketika isu Rasa Sayang Eh, begitu membara, ada sesetengah rakyat republik itu tidak berpuas hati dengan tindakan sehinggakan sanggup membakar jalur gemilang. Dan kini, persoalan yang sama juga timbul, apakah tindakan yang akan diambil oleh penduduk republik itu. Sedangkan, lagu Rasa Sayang Eh, sukar untuk dibuktikan siapa penciptanya, inikan pula dua lagu kanak-kanak ini, iaitu Abang Tukang Bakso dan Bintang Kejora yang mempunyai pencipta lagu berkenaan.
Jika KRU yang menghasilkan lagu tersebut, memang sengaja ingin mengadakan kontroversi supaya filem mereka terbaru iaitu “Duyung” hangat sebelum ditayangkan. Ianya cukup berjaya, atau mungkin, mereka bercadang memasarkan kerya mereka ke Indonesia. Dengan segala kontroversi ini, KRU yakin filem mereka ini akan hangat seperti kontroversi lagu Aspalela ini.
Tetapi, jika benar KRU dengan sengaja menceduk skor lagu ini, dengan harapan, kononnya tiada siapa yang perasan, ini adalah satu langkah yang silap. Jika sebelum ini, kumplan KRU dikenali dengan daya kreativiti dan intelek yang cukup tinggi dalam isu ini, tahap mereka akan tercalar. Jika dulu KRU sebagai pengasas budaya Rap di Malaysia dengan penghasilan lagu seperti Awas, Janji Tinggal Janji dan sebagainya, kini imej itu pasti tercalar.
Dalam dunia teknologi maklumat yang segalanya berada di hujung jari, kontroversi seperti ini sepatutnya tidak akan berlaku. Seperti kata pepatah “bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan tudung saji” maka KRU perlu memberikan penjelasan apa yang telah berlaku bagi memastikan tujuan sebenarnya.
Biarlah skor lagu Mamula Moon yang kini menjadi rentak Negara Ku menjadi satu sejarah, tetapi KRU perlu berindak bijak dalam memastikan sejarah tidak akan berulang.
Dengan slogan “Malaysia Boleh” yang menerjah ke pelusuk alam, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat Malaysia, melahirkan segala produk kreatif, intelek atau apa sahaja yang sememangnya hasil dari buah pemikiran dan jati diri mereka. Jika ianya satu proses asimilasi dan penyerapan atau perkongsian bijak, biarlah ianya masih mempunyai jati diri dan membentuk kebanggan kita.
Bagi penduduk Republik Indonesia serta media di sana, berilah peluang untuk pihak di sini memberikan penjelasan. Kita adalah serumpun, walau pun ada ketikanya kita tidak sefahaman.
[tags]lagu ciplak kru, lirik lagu aspalela, saiful apek cerai, gossip saiful malaysian idol, filem duyung, poster filem duyung, trailer filem duyung, sinopsis film baru, skor lagu terkini, lagu negaraku, isu terkini, perhimpunan haram, mogok lapar, keputusan pilihanraya 2008, masalah undi hantu, pas, barisan nasional, mani, jus laici, the garden mid valley, pavillion maps, kru ofis, iris sinopsis, abang tukang bakso imeem, live and loud gambar, event konsert malaysia[/tags]