in , ,

Pencipta Kandungan Antarabangsa Berkongsi Apa yang ‘Best’ Mengenai Malaysia

Kita sentiasa ingin tahu bagaimana budaya kita dipandang masyarakat luar, kita menyokong mereka yang mahu belajar tentang budaya kita serta kami adalah antara yang paling peramah – inilah antara sebab-sebab warga Malaysia dianggap “best” oleh empat pencipta YouTube antarabangsa dari Jepun, Amerika Syarikat, dan Korea Selatan di dalam sesi “Bestnya Malaysia!” Generasi YouTube oleh YouTube Malaysia.

Sempena Hari Malaysia, YouTube Malaysia mengetengahkan cerita dan perspektif ​Motoaki Hara ​dari saluran ​Aki from Japan,​ ​Jade, Yerim dan Dasol ​dari saluran ​Blimey​, ​Adam Potter ​dari saluran MotoMatsalleh​, dan ​Changmin Lee ​dari saluran ​Teh Tarik Oppa.​ Para pencipta tersebut berkongskan cara mereka menemui ceruk keistimewaan mereka yang meliputi segalanya tentang Malaysia dan perkara-perkara yang menyentuh hati mereka tentang budaya dan penduduk negara kita.yang dikunjungnya, Aki menemui penempatan yang ideal di Malaysia yang menawarkan gabungan rakyat yang fasih berbahasa Inggeris serta cara hidup yang dicari-carinya.

Aki from Japan_1
Motoaki Hara

“Saya pada mulanya membina saluran YouTube saya untuk meningkatkan peluang saya untuk melatih diri berbahasa Inggeris, serta belajar dan mengajar Bahasa Inggeris kepada warga Jepun yang ingin mempelajari bahasa ini – tetapi saya menyedari apabila saya memuat naik video tentang Malaysia, ramai rakyat Malaysia mengunjungi saluran saya – lebih ramai daripada penonton dari Jepun,”

– Aki

Aki berkongsi beberapa kandungan utama dari salurannya, mengetengahkan bagaimana video komentari budayanya menjadi tarikan kepada penonton Malaysia

Aki, yang memperoleh populariti tempatan daripada video komentari budayanya, mengatakan

“Saya gementar untuk mencipta kandungan yang menyentuh topik seperti budaya dan agama, kerana saya takut untuk fikirkan: apa akan terjadi jika saya menyebar maklumat yang salah, ataupun mengatakan atau membuat sesuatu yang boleh meyinggungkan perasaan penonton?

Saya amat bertuah kerana penonton saya memberi banyak dorongan. Maklum balas dan komen mereka merupakan dorongan terbesar saya untuk terus mencipta video, dan tanpa mereka, memang saya tidak dapat berbuat sedemikian.”

– Aki
GenYT - Blimey 1
Jade, Yerim, dan Dasol 

Jade, Yerim, dan Dasol – tiga orang kawan yang sudah berkenalan sejak zaman universiti – memulakan saluran Blimey di atas minat yang sama dalam bidang media, penyiaran dan kewartawanan.

Seawal 2010 di Korea Selatan, mereka menyedari bahawa lebih ramai orang mengalih pandangan kepada platform atas talian seperti YouTube untuk hiburan. Ini menjadikan YouTube pilihan yang nyata bagi mereka untuk mencipta kandungan.

Dengan lebih 500,000 pelanggan, pengikut Blimey, yang dikenali sebagai Blimers, suka mengikuti kandungan mereka yang meliputi pembelajaran budaya dan perbualan antara warga Malaysia dan Korea Selatan.

Blimey_1

Seperti para pencipta lain dalam sesi ini, Jade yang mengulas bagi pihak Blimey berkongsi bahawa salah satu video di mana mereka mencuba mi segara Maggi Cup telah menyebabkan mereka dihurungi penonton dari Malaysia yang berminat untuk mendengar pendapat mereka mengenai mi segera itu.

Melihat sokongan yang sungguh menggalakkan serta penyertaan mereka dalam memberi komen, Blimey mengambil kesempatan untuk mencipta kandungan lanjut tentang Malaysia.

“Kami rasa amat berbesar hati apabila mendapat komen-komen seperti – ‘kandungan awak patut disiarkan di stesen TV.’ Itu yang memberikan kami petunjuk mengenai kandungan mana yang sesuai untuk penonton kami – dengan memberi perhatian kepada maklum balas begitu, kami merancang untuk terus menghasilkan kandungan-kandungan berkualiti seperti ini,”

– Jade

“YouTube menjadi antara cara terbaik untuk berhubung dengan penonton kami – ikatan yang telah terbentuk dengan pengikut kami, dan kepercayaan yang terjalin antara kami amat kuat.

Kami amat menghargai peluang ini. Ia juga bagus bahawa kami boleh membuat kandungan sebegini tanpa memerlukan pensijilan khas atau penglibatan studio siaran yang besar – ia hanya antara kami dan penonton kami,”

– Jade
GenYT - Moto MatSalleh 2

Membawa sudut tersendiri kepada barisan pencipta pada sesi ini merupakan ​Adam​, seorang peminat motosikal berpusat di Pulau Pinang yang telah berjaya mewujudkan pengikut setia yang mempunyai minat yang sama sepertinya.

Kandungan pelancongan dan gaya hidupnya berlatarbelakangkan Malaysia, meliputi ulasan motosikal, pemakaian dan peralatan motosikal yang mendalam, serta pandu uji di samping kandungan lain.

“Malaysia merupakan tempat yang sempurna untuk peminat motosikal – 365 hari dalam setahun, sekurang-kuragnya sebahagian hari, anda pasti akan mengalami cuaca baik. Tiada salji lebat atau unsur cuaca lain yang akan menghalang anda. Sebahagian besar warga Malaysia juga gemar menunggang motosikal – ini memberikan saya peluang untuk berkongsi minat bersama mereka.”

– Adam

Dalam sesi ini, Adam berkongsi bahawa minat motosikalnya bermula lama sebelum beliau menggunakan media sosial – di tanah airnya, Amerika Syarikat, minat motosikal lebih berunsur hobi manakala di Malaysia, motosikal merupakan sebuah pengangkutan yang penting.

Bercerita tentang perjalanan penciptaan kandungannya, Adam berkata “Pertumbuhan di YouTube kadangkala susah untuk dijangka – kadang-kala kandungan anda menepati citarasa penonton dan algoritma, kadang-kala, tidak.

Tetapi, itulah keindahan YouTube – algoritmanya mempunyai kuasa untuk menhubungkan kandungan anda dengan penonton yang mendapati kandungan anda berguna, menghiburkan dan bermanfaat.

Jika anda boleh menyampaikan informasi berguna atau hiburan berkualiti, YouTube mengganjarkan anda. YouTube mempunyai potensi untuk mempamerkan kandungan anda kepada penonton yang belum pernah dihubungkan sebelum ini.”

Teh Tarik Oppa_1

Changmin,​ seorang lagi pencipta kandungan daripada Korea Selatan di salurannya Teh Tarik Oppa, baru sahaja memulakan perjalanan YouTubenya pada bulan Mei tahun lepas – namun begitu, beliau sudah mencapai kemajuan yang hebat dalam mengembangkan jumlah pengikutnya yang kini mencecah 259,000. Hampir 95% penontonnya merupakan warga Malaysia yang suka menontonnya bertutur dalam Bahasa Melayu dan juga menikmati pengajaran Bahasa Koreanya yang diterangkan dalam Bahasa Melayu.

Changmin berkongsi bahawa beliau menikmati rasa komuniti yang datang bersama kewujudan salurannya. Mencipta kandungannya dalam Bahasa Melayu membolehkannya menjalin ikatan yang lebih mendalam dengan penontonnya – mereka menghargai keunikan dan usaha yang dilihat ketika beliau belajar dan bertutur dalam bahasa tersebut.

Changmin datang ke Malaysia untuk kali pertama sebagai seorang pelajar pertukaran dan jangka masa yang pendek itu memberikan kesan yang sangat positif dan mendalam kepadanya, mendorongnya untuk terus membuat kandungan tentang Malaysia untuk dijadikan kenangan hidupnya di Malaysia. Bukan itu sahaja, Changmin juga berjurusan dalam Bahasa Melayu di universiti dan mengambil nama Asyraf di Malaysia.

“Mungkin saya belum mampu memiliki kereta mewah ataupun duit yang banyak melalui pendapatan YouTube saya, tetapi terdapat perubahan yang amat penting dalam hidup saya – kini saya mempunyai ramai kawan-kawan Malaysia melalui YouTube.

Impian saya adalah untuk hidup di Malaysia di masa hadapan bersama isteri dan anak-anak saya dan untuk menjadi personaliti TV di Malaysia.

Nama saya Teh Tarik Oppa kerana saya percaya teh tarik adalah antara minuman yang paling sempurna di dunia – mungkin teh tarik itu sendiri boleh menjadi cara saya berkolaborasi dengan jenama-jenama di Malaysia,”

– Changmin

Generasi YouTube merupakan sebuah inisiatif YouTube Malaysia untuk memaparkan para pencipta berbakat yang sedang menempa nama berdasarkan impak yang mereka lakukan pada pelantar tersebut.

Panel-panel pencipta sebelum ini telah mengetengahkan budaya ‘geek’ tempatan, komuniti fesyen Malaysia, ‘vlogger’ milenial dan juga pencipta YouTube wanita yang memecah stereotaip.

Untuk hasil-hasil kerja terbaru dari para pencipta tersebut, layari saluran mereka: ​Aki from Japan​, ​Blimey​, MotoMatsalleh​ dan ​Teh Tarik Oppa.​

YouTube merupakan komuniti video dalam talian yang terpopular di dunia. Ia membolehkan berjuta-juta pengguna untuk menerokai, menonton dan berkongsi video asli yang diciptakan. YouTube menyediakan forum untuk pengguna berhubung, mendapat maklumat dan memberi inspirasi kepada pengguna lain di seluruh dunia, selain bertindak sebagai platform agihan bagi kandungan asli serta pengiklan kecil dan besar. YouTube, LLC berpengkalan di San Bruno, California dan merupakan anak syarikat Google Inc.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Que Haidar & Ogy Ahmad Daud Dalam Telefilem YANG TERSEMBUNYI

Shuib Hadiahkan Siti Sarah Jam Tangan Harga Puluhan Ribu Ringgit