Sesi uji bakat pertama akan diadakan pada tarikh 23 & 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam dan bagi membuka lebih peluang satu ujubakat terbuka akan diadakan pada 9 Mac 2019di Komplek Kraftangan Kuala Lumpur bermula jam 12 Tengah hari.
Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Musim Ke-6 Kini Kembali
Penyertaan secara online kini dibuka bermula 11 Februari 2019menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com berserta syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan menyertakan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.
Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasidan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2019 (PWM2019)
Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2019 kali ini bersama ICE-WATCH. Beberapa penaja lain akan diumumkan dari semasa ke semasa. Info lanjut berkaitan Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam 2019 boleh diikuti di laman Facebook, Instagram rasmi Plaza Shah Alam.
SYARAT UTAMA:
1. Tarikh tutup penyertaan 6 Mac 2019 (Rabu)
2. Wanita berusia 18 tahun sehingga 30 tahun pada tarikh tutup penyertaan.
3. Ketinggian minima 160 CM tanpa kasut.
Terdapat Empat (4) Pusingan Ujibakat akan dilakukan
i. Pengenalan Diri
ii. Sesi catwalk / Peragaan
iii. Sesi soal jawab bersama juri
iv. Persembahan bakatÂ
TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nurtine.
TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.
Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guamandan lain-lain.
Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.