in

Plaza Shah Alam Anjur Pencarian Wanita Melayu 2018

PENCARIAN IKON WANITA MELAYU KINI KEMBALI!

Buat tahun kelima penganjuran Pencarian Wanita Melayu – Plaza Shah Alam (PWM2018) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita 2018. Apa yang lebih istimewa kali ini, pihak Plaza Shah Alam sebagai penganjur utama membuka peluang buat gadis “Curvy” untuk turut serta mencuba nasib bergelar Ikon Wanita Melayu.

Penyertaan secara atas talian dibuka untuk peserta mendaftar sejak akhir Januari 2018 lalu di laman web rasmi www.plazashahalam.com dengan syarat lengkap penyertaan. Peserta dikehendaki mengisi setiap butiran tersedia dan mengepilkan gambar terbaik mereka sebagai rujukan pihak penganjur dan kordinator.

Plaza Shah Alam Anjur Pencarian Wanita Melayu 2018

Sesi uji bakat bakal diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu) bertempat di Plaza Shah Alam bermula jam 11 pagi bagi sesi pertama dan jam 2 petang bagi sesi kedua. Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan.

Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.

“MALAY GIRLS RULE TOO!”
Seiring dengan kempen global woman empowerment yang semakin hangat diperkatakan, pihak Plaza Shah Alam mengambil peluang serupa dangan menggunakan tag line “MALAY GIRLS RULE TOO!” yang akan menjadi tag line rasmi yang akan digunakan sepanjang tempoh penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2018 tahun ini.

MENTORING SESSION
Buat pertama kalinya sesi mentoring akan diadakan pada tahun ini buat 12 finalis yang terpilih. Empat mentor terpilih adalah pemenang Pencarian Wanita Melayu yang terdahulu terdiri daripada Ashira Kaseh (Pemenang 2014), Ayu Harris (2015), Hazwani Zaini (2016) dan Nurul Ain pemenang Pencarian Wanita Melayu tahun lalu.

Setiap mentor akan mengendalikan 3 finalis yang akan dibentuk personaliti, keyakinan serta imej mereka sebagai wanita Melayu dalam beberapa aktiviti yang telah disusun. Kelas solekan, etika, pertandingan memasak dan aktiviti luar sebagai riadah telah disusun sepanjang tempoh seminggu sebelum mereka melangkah ke sesi final PWM2018.

HABIB JEWELS SELAKU PENAJA UTAMA PENCARIAN WANITA MELAYU 2018 (PWM2018)
Seperti tahun sebelumnya, HABIB JEWELS menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2018 kali ini. Antara penaja lain yang turut memberi sokongan terhadap penganjuran PWM2018 adalah Ice-Watch, Elianto, ARCO.MY dan D’Qapas.

Berikut merupakan acara yang telah disusun untuk acara Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

 

31 Mac
Sesi Ujibakat.

5 April
Press Conference Pencarian Wanita Melayu 2018.

21 April

Semi-final Pencarian Wanita Melayu 2018

22 April

Mentoring session
– Rock Climbing
– Kelas Etika
– Perundingan Imej & Sesi fitting acara final

23 April

Kelas & Demo Solekan bersama ELIANTO
Lokasi: Elianto HQ, Mid Valley

25 April

Lawatan ke HQ Habib Jewels selaku penaja utama Pencarian Wanita Melayu 2018 (PWM2018)

26 April

Pertandingan Memasak
Lokasi: Plaza Shah Alam

28 April

Acara Kemuncak Pencarian Wanita Melayu 2018
Lokasi: Plaza Shah Alam
Masa: 2 – 5 Petang

Plaza Shah Alam Anjur Pencarian Wanita Melayu 2018

Plaza Shah Alam Anjur Pencarian Wanita Melayu 2018

TENTANG PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM
Mula dianjurkan pada tahun 2014, Pencarian Wanita Melayu diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. Sepanjang penganjuran acara ini, empat Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini dan Nurul Ain Basiron.

TENTANG PLAZA SHAH ALAM
Plaza Shah Alam berlokasi di tengah kesibukan bandar raya Shah Alam yang terletak di Seksyen 9. Lebih sepuluh tahun memberikan keterujaan serta pengalaman beli-belah buat kejiranan Shah Alam, Plaza Shah Alam hari ini sinonim sebagai sebuah hub sehenti yang menawarkan keperluan gaya hidup seharian.
Tawaran gaya hidup tidak hanya terikat pada idea seperti F&B, Fesyen dan Kecantikan. Kami juga menjadi pusat tumpuan servis dengan adanya badan kerajaan yang berpusat di sini seperti Jabatan Pendaftaran Negara, FAMA, Firma Guaman dan lain-lain.
Sehingga hari ini kami menawarkan segala bentuk pengalaman beli-belah untuk semua pengunjung daripada kelas pertengahan ke atas. Plaza Shah Alam dimiliki syarikat Evergreen Venues Sdn. Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kehebatan Sekumpulan Doktor Dalam MEDICAL TOP TEAM Isi Slot Kristal

KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS Catat Rekod Pecah Panggung