Jelitawan Borneo, ini adalah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan ratu cantik paling berprestij di dunia. Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) akan mengadakan uji bakat secara tertutup Jun ini di Kota Kinabalu, Sabah untuk mencari ratu cantik baru Miss Universe Malaysia 2018.
Bagi pemohon di Malaysia Timur yang merasakan bahawa mereka berpotensi dan memiliki ciri-ciri untuk menjadi wakil Malaysia di pertandingan Miss Universe, anda dijemput ke uji bakat berkenaan pada Sabtu, 17 Jun 2017 dari jam 8 pagi hingga 6 petang di Le Meridien Kota Kinabalu bersama Pengarah Kebangsaan, Datin Elaine Daly. Memberi sokongan tahun ini, stesen radio tempatan, Kupikupifm 96.3 FM akan berperanan sebagai Radio Rasmi.
Uji bakat akan berlangsung di Kota Kinabalu diikuti dengan roadshow di Kuala Lumpur
Uji bakat ini terbuka kepada wanita bukan Muslim, warganegara Malaysia yang belum berkahwin, tidak pernah diceraikan, atau tidak mempunyai anak. Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan berumur 26 tahun sebelum 1 Januari 2018 pada tahun pertandingan yang ingin disertai, sekurang-kurangnya 168cm dan berkebolehan berkomunikasi dalam salah satu Bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Bahasa Tamil.
Pemohon perlu melambangkan nilai dan sifat seorang Miss Universe Malaysia, antaranya berkeyakinan, etika kerja yang kuat, komited, profesional, berbakat, ayu dan elegan. Mereka juga perlu tampil rapi berdandan dan bertumit tinggi. Pemohon juga dikehendaki membawa MyKad asal dan salinan beserta tiga keping gambar wajah yang diambil termasuk wajah muka, shot penuh dan shot separuh badan.
Bagi mereka di Semenanjung Malaysia yang berminat bolehlah menghadiri roadshow Miss Universe Malaysia yang bertempat di Aras 4, Pavilion Elite Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Julai dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Roadshow berkenaan akan menampilkan pemenang terdahulu dan finalis selain kehadiran Miss Universe Malaysia 2017 Samantha Katie James untuk sesi bertemu degan peminat. Selain itu soal jawab akan turut diadakan berserta barangan menarik untuk dimenangi. Datin Elaine Daly juga akan berkongsi pengalaman peribadinya sebagai bekas Miss Universe serta apa yang boleh dinantikan di pertandingan Miss Universe Malaysia.
Bagi pemohon yang tidak dapat hadir di kedua-dua acara di atas, anda boleh mendaftar secara online di www.missuniversemalaysia.com.my/registration untuk menyertai pertandingan ini. Juga ikuti laman sosial media Miss Universe Malaysia Organization bagi mendapatkan maklumat terkini.
Pemegang gelaran Miss Universe Malaysia bakal menerima pengalaman seumur hidup yang menakjubkan sebaik sahaja dimahkotakan. Sebagai Miss Universe Malaysia, beliau akan membawa gelaran itu setiap masa dan menjadi perhatian umum. Beliau juga akan diberi peluang mengukuhkan jenama sendiri dan minatnya. Pemegang gelaran turut berkesempatan bekerjasama dengan orang-orang ternama di dalam industri, individu terkenal dan berpengaruh seluruh dunia. Pada masa sama, pemegang gelaran ini akan diuji secara emosi, mental dan fizikal.
Pemenang yang dimahkotakan akan berpeluang ke luar negara dan mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe yang akan diadakan pada tahun 2018. Beliau juga akan menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan hadiah tajaan bernilai lebih RM150,000.
Wanita muda berkelayakan yang ingin menyahut cabaran berkenaan dijemput untuk menghadiri uji bakat atau roadshow untuk peluang memenangi gelaran paling berprestij dalam mana-mana pertandingan ratu cantik seumpamanya. Sebarang pertanyaan mengenai garis panduan pertandingan, sila e-mel [email protected].
Untuk maklumat terkini mengenai Miss Universe Malaysia, ikuti kami di: Laman web rasmi www.missuniversemalaysia.com.my
Facebook MissUniverseMalaysia
Twitter @MissUniverseMY
Instagram missuniversemalaysia
Megenai MISS UNIVERSE MALAYSIA ORGANIZATION (MUMO)
Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) adalah pertandingan ratu cantik utama negara dan TV realiti yang dianjurkan setiap tahun. Diasaskan pada tahun 1962 dan dijenamakan semula pada tahun 2010, ia diilhamkan sebagai platform kepada wanita muda Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara ke peringkat antarabangsa iaitu Miss Universe.
Berdaftar di bawah BEYOND ENTITY Sdn. Bhd. [808537-D], MUMO adalah wakil tempatan yang dilantik oleh Miss Universe L.P., LLLP [A WME | IMG ownership]. WME | IMG adalah jenama global dalam hiburan, sukan, majlis, media dan fesyen. Beroperasi di lebih 30 buah negara, syarikat ini mengkhususkan kepada perwakilan dan pengurusan bakat; latihan sukan; pembangunan liga; dan pemasaran, media dan pelesenan untuk jenama, organisasi sukan dan institusi pendidikan.