Budiey nak ucapkan berjuta tahniah kepada semua filem dan calon dan juga artis yang tercalon dalam Festival Filem Malaysia Ke-28.
Tahniah dan selamat maju jaya juga kepada filem Ola Bola yang telah menerima pencalonan terbanyak dalam Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) iaitu sebanyak 14 pencalonan. Wow! Filem yang berjaya mengutip RM15.85 juta sepanjang ditayangkan di pawagam itu dicalonkan menerusi kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia termasuk Pengarah Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan Lakon Layar Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.
Ola Bola juga menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Shivatharan Nambiar), Pelakon Baharu Wanita Terbaik (Marianne Tan), Pelakon Baharu Lelaki Terbaik (Saran Kumar) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Sri Balasubramaniam).
Sementara filem Polis Evo menerima 10 pencalonan. Jom kita lihat senarai penuhnya kat bawah ni okay? Good luck kepada semua yang berjaya dicalonkan.
Pengumuman itu dibuat pada sidang media FFM 28 yang diadakan di Platinum Sentral di sini malam Rabu.
Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.
Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Penyertaan syarikat-syarikat produksi yang layak menghantar pencalonan adalah dari 1 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2016.
1. Ola Bola (14 Kategori)
Kesan Visual Khas Terbaik – Bak Chee Hong
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Shivatharan Nambiar
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Marianne Tan
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Saran Kumar
Lagu Tema Asal Terbaik Zee Avi & Rendrsa Zawawi – Arena Cahaya (Zee Avi)
Skor Muzik Asal Terbaik – San Weng Onn / San Wai Lik (Alex San)
Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow
Penyunting Terbaik – Gywneth Lee
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Elainee Ng / Weng Shum
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Chan Yoke Yeng / Tan Pik Yee
Cerita Asal Terbaik – Chiu Keng Guan / Chan Yoke Yeng / Tan Pik Yee
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sri Balasubramaniam
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Chiu Keng Guan
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Astro Shaw Sdn.Bhd /Golden Screen Cinema Sdn.Bhd/Multimedia Entertainment Sdn.Bhd
2. Polis Evo (10)
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Penyunting Terbaik – Nazim Shah
Sinematografi Terbaik – Haris Hue Abdullah
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Nasirah Ramlan
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Joel Soh / Kyle Goonting /Anwari Ashraf Hashim / Adib Zaini
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hushairi Husain
Pelakon Lelaki Terbaik – Zizan Razak
Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam
Pengarah Terbaik Ffm28 – Ghaz Abu Bakar
Filem Terbaik Ffm28 – Astro Shaw Sdn.Bhd
3. Jagat (9)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Harvind Raj
Pengarah Baharu Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal
Penataan Seni Terbaik – Esvaran Krishnan
Penyunting Terbaik – Kumaran Arumugam
Sinematografi Terbaik – Senthil Kumaran Muniandy
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Shanjhey Kumar Perumal
Cerita Asal Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Shanjhey Kumar Perumal
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Skyzen(M) Sdn.Bhd
4. Munafik (9)
Kesan Visual Khas Terbaik – Viper Studios Sdn Bhd
Lagu Tema Asal Terbaik – Syamsul Yusuf – Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof & Mawi)
Skor Muzik Asal Terbaik – Syamsul Yusof
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Penyunting Terbaik – Syamsul Yusof
Sinematografi Terbaik – Rahimi Maidin
Pelakon Wanita Terbaik – Nabila Huda
Pengarah Terbaik Ffm28 – Syamsul Yusof
Filem Terbaik Ffm28 – Skop Productions Sdn.Bhd
5. The Kid From The Big Apple (9)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik- Tan Qin Lin
Pengarah Baharu Terbaik- Jess Teong
Penataan Seni Terbaik- Ray Tan Yew Swee
Penyunting Terbaik – Loon Chean Hoong
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Jess Teong
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Jess Teong
Cerita Asal Terbaik Jess Teong
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Jess Teong
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Three Production Sdn.Bhd
6. Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ((8)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Falisha Crosley
Pengarah Baharu Terbaik – Pekin Ibrahim
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Sinematografi Terbaik – Raja Mukhriz
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Pekin Ibrahim
Cerita Asal Terbaik – Pekin Ibrahim
Pelakon Lelaki Terbaik – Pekin Ibrahim
Filem Terbaik Ffm28 – Skop Productions Sdn.Bhd / Viper Studios Sdn Bhd
7. Rembat (5)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Zara Zya
Penataan Bunyi Terbaik – Addaudio Sdn Bhd / (Foo Yueh Yee)
Cerita Asal Terbaik – Lina Tan / Amri Rohayat / Tan Boon Huat
Pelakon Lelaki Terbaik – Aniu
Pengarah Terbaik Ffm28 – Shamyl Othman
8. Suamiku Encik Perfect (5)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Raja Ilya
Pengarah Baharu Terbaik – Feroz Kader
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Feroz Kader
Pelakon Lelaki Terbaik – Aaron Aziz
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani
9. Love Supermoon (4)
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Anne Ngasri
Pelakon Wanita Terbaik – Nadiya Nisaa
Pengarah Terbaik Ffm28 – Wan Hasliza Wan Zainuddin
10. Nota (4)
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Bea Tanaka
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Ramli Hassan
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin
Filem Terbaik Ffm28 – 42Nd. Pictures Sdn.Bhd
11. Huat The Fish (4)
Penataan Seni Terbaik – Wong Jee Meng / Nick Wong
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Lim Teik Yin / Jack Lim / Wong Jee Meng / Nick Wong
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Yee Kwan Huah / Silver
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – The Film Engine Sdn Bhd
12. Cicakman 3 (4)
Kesan Visual Khas Terbaik – Yusry Abdul Halim
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Ryqal Iskandar
Lagu Tema Asal Terbaik Edry Abdul Halim – Adiwira (Zizan Razak & Kru)
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaacob
13. Jejak Warrior (3)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Aliff Firdaus
Pengarah Terbaik Ffm28 – Saw Teong Hin
Filem Terbaik Ffm28 – U2 Media Sdn.Bhd
14. Maravan (3)
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Puvanendran A/L Selvaraja
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Puvanendran A/L Selvaraja
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Golden Peacock Film Production Sdn.Bhd
15. Girlfriend Kontrak (3)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Nur Risteena
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Keith Foo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Azad Jazmin
16. Bravo 5 (3)
Penataan Seni Terbaik – Mohd Khairul Md Dan
Sinematografi Terbaik – Md Nor Kassim
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaacob
17. Jwanita (3)
Skor Muzik Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Christina Suzanne
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin
18. Chowrasta (3)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Che Amar
Skor Muzik Asal Terbaik – Azmeer
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Aminah Rhapor
19. Pilot Café (2)
Lagu Tema Asal Terbaik Nur Zaidi Abd Rahman – Untuk Cinta (Dayang Nurfaizah)
Skor Muzik Asal Terbaik – Nurzaidi Abd Rahman
20. Juvana 2 – Terperangkap Dalam Kebebasan (2)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hasnul Rahmat
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Adam Shahz
21. Langit Cinta (2)
Lagu Tema Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman – Langit Cinta (Dayang Nurfaizah)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Fauziah Dato’ Ahmad Daud
22. Gamatisme (1)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Adeline Tsen
23. Kapsul (1)
Kesan Visual Khas Terbaik – Amru Najmi Osman
24. Villa Nabila (1)
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
25. Cctv (1)
Pengarah Terbaru Terbaik – Daven Raghavan
26. The Noise (1)
Kesan Visual Terbaik – Bliminal Studio Sdn Bhd
27. Biasan (1)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Mas Khan
28. Langit Cinta (1)
Lagu Tema Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman – Langit Cinta (Dayang Nurfaizah)