Pada petang tadi telah berlangsung Sidang Media dan Pelancaran Anugerah MeleTOP 2018 di ZETA Lounge, KL Hilton. Pastinya, ramai yang ingin mengetahui siapakah selebriti popular yang tercalon kali ini.
Edisi yang kelima untuk mengiktiraf para penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital telah bikin kontroversi apabila beberapa nama selebriti popular tidak tersenarai dalam senarai pencalonan awal ini.
Yang penting, ‘AME 2018’ masih mengekalkan format asal dengan memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kesemua kategori yang dipertandingkan. Haa inilah masanya untuk mengerah tenaga untuk mengundi selebriti dan artis kesayangan korang. Ada artis dah siang-siang untuk bersiap sedia buat whatsapp dan mesengger grup untuk peminat bagi menguatkan lagi jentera bagi peminat mengundi secara berterusan. Bagus betul. Inilah masanya untuk peminat menghargai artis kesayangan mereka. Macam nak menghadapi pilihanraya pulak.
Selain mengumumkan Barisan Hos Utama & Calon Top 20, sidang media tadi menjadi lebih gamat dan meriah kerana dikatakan telah dihadiri oleh lebih 50 orang selebriti yang hadir. Wow, gempak betul. Antaranya, Zizan Razak, Mira Filzah, Abam, Siti Nordiana, Syamel, Altimet, Hael Husaini, As’ad Motawh, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Ara Aziz, Tajul, Aiman Tino, Ismail Izzani, Nabila Razali, Projector Band, Floor88, Atmosfera, Caliph Busker, Hyper Act, Sakura Band, Xpose, Estranged, Cherpen Band, Putera Band, Siti Elizad, Shukri Yahaya, Aaira Ameena Azad Jazmin, Amarra Sofea, Farah Nabilah, Ariff Jiwa, Airit Rayyan Rizqin, Syatilla Melvin, SherivSamheizy, Amerul Affendi, Fendy Bakri, Yaya Zahir serta ramai lagi.
Senarai Penuh encalonan Awal Anugerah MeleTOP 2018