in , ,

Pasangan Viral Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27 yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi tular di media sosial baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai pihak termasuk Hot FM Rakyat Rangers.

Pada hari Ahad, 20 Mac 2022 yang lalu pihak Hot FM Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad telah berjaya merealisasikan persandingan semula pasangan Meor & Fazliana yang ditaja sepenuhnya oleh pelbagai pihak. Menerusi #RewangRakyatRanger, Fara Fauzana, AG & Fad berjaya mencari penaja lokasi serta pelamin iaitu daripada Ruang Event Space, katering daripada Amimy Kitchen Catering, khidmat jurusolek daripada Akmal Azman Empire, jurugambar daripada R.A Pictures dan penaja busana pengantin buat kedua pasangan ini daripada Yon Ramzie Samat

Majlis yang berlangsung selama 3 jam, dari 11 pagi sehingga 2 petang cukup meriah walaupun diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan seramai hampir 150 orang iaitu daripada keluarga kedua belah pengantin, crew dan pihak Hot FM sahaja. 

Majlis persandingan cukup istimewa kerana pengantin dan para jemputan dikejutkan dengan kehadiran dan persembahan istimewa juara Anugerah Juara Lagu ke-36 iaitu Shila Amzah. Pihak pengantin tidak diberitahu berkenaan persembahan Shila Amzah ini sehinggalah ketika persembahan itu diadakan. Selain itu juga, mereka turut dihiburkan dengan persembahan akustik penyanyi terkenal Amir Jahari yang menyanyi 2 buah lagu buat pengantin dan para tetamu. Majlis persandingan ini juga turut diacarakan oleh penyampai Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana dan Fad sepanjang majlis itu berlangsung. 

Meor & Fazliana

Pasangan Meor & Fazliana berkata, “Pada mulanya Hot FM call kami dan kata ada surprise untuk kami berdua dan bagitahu kami yang kami akan dapat satu hadiah. Lepas daripada tu, minggu ke minggu Rakyat Rangers masih contact kami dan macam nak betul-betul realisasikan hajat dan impian kami ni. Perasaan pulak berbeza masa waktu nak nikah dulu sebab yang buat majlis ni bukan daripada pihak kami tapi semuanya diuruskan oleh orang lain iaitu Hot FM. Kami hanya datang dan ikut the flow sahaja. Jadi, perasaan tu memang sangat membuak-buak lah dan kami sangat terharu, bangga dan dalam masa yang sama kami sangat hargai apa yang Hot FM lakukan ini kerana kami ini hanya orang biasa saja.”

Mengimbau kembali bagaimana #RewangRakyatRangers ini terjadi adalah apabila Hot FM Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana, AG & Fad berjaya menghubungi pasangan pengantin ini buat kali pertama pada 4 Mac lepas untuk bertanya khabar dan mengetahui kisah sebenar bagaimana majlis mereka itu boleh menjadi tukar ni di media sosial. Dalam perbualan telefon berkenaan, Fara Fauzana, AG & Fad ada bertanyakan mengenai kelapangan tarikh kepada mereka berdua tanpa memberitahu tujuan sebenar kenapa mereka ini menanyakan tentang kelapangan tarikh tersebut. 

Meor & Fazliana

Kisah mereka ini tidak berakhir disitu kerana pada 7 Mac, Hot FM Rakyat Rangers sekali lagi menghubungi pasangan pengantin berkenaan dan bertanya mengenai tarikh yang dipilih, iaitu pada 20 Mac 2022, Ahad. Tanpa mengetahui tujuan mengapa mereka ini bertanya mengenai tarikh berkenaan, pasangan pengantin dikejutkan oleh Fara Fauzana, AG & Fad untuk bersanding sekali lagi dengan kehadiran kedua-dua mempelai. Majlis persandingan mereka itu diatur sepenuhnya oleh Hot FM Rakyat Rangers dan telah pun berlangsung pada Ahad lepas.

Meor & Fazliana

Pihak Hot FM sangat berbesar hati dan gembira kerana dapat merealisasikan impian pasangan pengantin  Meor & Fazliana ini kerana kisah mereka yang tidak dapat bersanding bersama disebabkan pengantin perempuan positif Covid-19 sehari sebelum majlis persandingan mereka. Inisiatif ini adalah selaras dengan misi Rakyat Rangers yang sentiasa dekat dengan pendengar dan komuniti sehinggalah terjadinya #RewangRakyatRangers ini. Pelbagai program dan pengisian yang lebih menarik akan diberikan oleh Hot FM Rakyat Rangers dan pihak Hot FM sendiri di masa akan datang selain kempen-kempen seperti Rakyat Rangers Pegang Apa Tu? yang masih berjalan sehingga 1 April 2022. Dengarkan dan ikuti Hot FM di media sosial untuk ketahui apa lagi yang bakal diberikan oleh Hot FM kepada para pendengar yang sentiasa bersama Hot FM.

Meor & Fazliana

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.  

Meor & Fazliana

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Meor & Fazliana
Meor & Fazliana

MEDIA PRIMA AUDIO

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia menerusi ketiga-tiga vernakular (BM, Inggeris dan Cina) dengan menghasilkan kandungan yang terbaik yang sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia. Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili kelima-lima jenama radio dibawahnya – Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM dan 8FM. Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong kelima-lima stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain. 

HOT FM

Hot FM kini merupakan satu pusat untuk pendengar dapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat. Dengan slogan baharu, Kini Lebih Muzik Yang Hangat, Hot FM menyasarkan interaksi dengan memfokuskan pendengar utama berusia 24 hingga 35 tahun dengan senarai lagu dan kandungan yang mampu menarik perhatian dan minat mereka. Hot FM sebagai sebuah jenama radio ingin dikenali sebagai sebuah stesen yang menghiburkan, topikal, nyata, terkini dan bertenaga sebagai DNA dalam jenamanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di luar sana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6IXTHSENSE

6ixthsense Keluar Dari Pertapaan, Kembali Dengan TREMENDOUS

Kumpul Dana Guna Duit MV KU IKHLASKAN, Ini Pesanan Shahrulezad BUAT DSV