Berikutan kerjasama yang cemerlang di Mobile Legends Premier League MY musim kelapan sebelum ini, NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum (RTD) sekali lagi bergabung dengan mereka untuk musim ke-sembilan sebagai penaja minuman rasmi.
Penyertaan NESCAFÉ RTD ke dalam Esports dengan Facebook Gamers dan dan pasukan permainan Mobile Legends, SMG telah membuktikan kejayaan dan menjadikannya salah satu jenama kopi pertama yang melakukannya dalam komuniti sukan berkenaan.
Bagi memperluaskan lagi perkongsiannya, NESCAFÉ RTD mendedahkan satu lagi kerjasama yang julung kali diadakan iaitu: Koleksi tin edisi terhad yang menampilkan watak permainan Mobile Legends pada varian ‘Original’-nya. Peminat tegar Mobile Legends boleh pasti tidak sabar menantikan watak kegemaran mereka seperti Badang, Brody, Valir dan Aamon sambil menikmati minuman berasaskan kopi yang popular itu.
Setiap tin NESCAFÉ x Mobile Legends edisi terhad sekarang ini boleh dibeli secara eksklusif di tiga peruncit khusus di seluruh negara: Koleksi Badang di kedai 7-Eleven, koleksi Brody di stesen minyak Petronas, koleksi Valir di stesen Shell sementara stok masih ada, dan sementara itu, koleksi Aamon dijadualkan dikeluarkan mulai bulan depan di seluruh negara.
Selain itu, kedua-dua peminat NESCAFÉ dan permainan Mobile Legends juga boleh berpeluang memenangi barangan eksklusif NESCAFÉ x Mobile Legends edisi terhad secara eksklusif di 7-Eleven, Petronas dan Shell di seluruh negara pada bulan Mei dan Jun. Layari www.nescafe.com.my untuk maklumat lanjut tentang cara dan di mana untuk mendapatkannya!
“Pengikut Esports di Malaysia memang sangat besar terutama dalam kalangan masyarakat belia di dalam negara kita dan pendemik membuatkan ia berkembang dengan lebih pesat. Mobile Legends ialah salah satu permainan Esports antarabangsa terbesar dan ia akan ditampilkan buat kali kedua di Sukan SEA Hanoi 2021 akan datang pada Mei tahun ini menjadi salah satu daripada 10 acara pingat Esports. Pelancaran tin edisi terhad NESCAFÉ x Mobile Legends bertujuan untuk menawarkan kedua-dua pemain dan peminat merasai pengalaman unik, dalam dan luar waktu permainan yang popular itu,” kata April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
“Pemain biasanya bermain selama berjam-jam dalam satu masa dan NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum adalah ideal untuk memberikan mereka rangsangan kafein pada bila-bila masa, seterusnya dapat terus kekal berwaspada dan fokus,” tambah Wong.
Untuk maklumat lanjut, layari www.nescafe.com/my.