PENCINTA LUX BERHIMPUN UNTUK PENAMPILAN GLOBAL PERTAMA HOUSE OF LUX
Daya tarikan, glamor dan keasyikan menyelubungi apabila kepuasan sensasi Lux dirasai di pelancaran House of Lux, yang dihadiri oleh Komposer Lux baru, Mia Maestro
Sinonim dengan kemewahan dan kehebatan, hotel ikonik Singapura, Raffles baru-baru ini menjadi hos kepada ‘House of Lux’ yang pertama di dunia. Dunia penuh keasyikan House of Lux dicipta bagi mengalu-alukan kehadiran Lux Lovers di seluruh dunia bagi merasai kepuasan sensasi, hasil kerja tangan dan kisah sabun kecantikan berjenama Lux yang tiada penghujungnya.
‘Lux Composers’ Didefinisikan
Media global berhimpun di House of Lux untuk akses eksklusif dan menyelami visi jenama itu, yang menyaksikan Lux buat pertama kalinya, mendedahkan konsep baru dan menarik ‘Composers’ – pakar-pakar dalam bidang haruman, seni, muzik, filem dan fotografi, yang biasa bekerjasama dengan beberapa jenama kecantikan dan fesyen yang paling mewah dan menjadi aspirasi di seluruh dunia.
Walaupun jenama Lux sudah pernah mengukir sejarah apabila menjalin kerjasama dengan sebilangan bintang paling glamor, ikonik dan tidak lapuk dek zaman, konsep ‘Composer’ pula membawa hubungan ini ke satu tahap yang lebih akrab, dengan memberikan bakat-bakat yang dipilih khas ini peluang unik untuk sama-sama mencipta produk-produk luar biasa dan kempen yang menarik perhatian, sekali gus membantu memberi inspirasi kepada para wanita di seluruh dunia untuk berasa seperti sejuta dolar setiap hari.
Mia Maestro dan Kempen Magical Spell
Senarai Composers ini dimulakan dengan aktres dan penyanyi terkenal Hollywood Mia Maestro, bintang The Twilight Saga: Breaking Dawn, yang menjadi tumpuan bagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan itu. Acara magis ini menyaksikan jelitawan antarabangsa pujaan ramai itu diberi layanan dengan tontonan perdana kempen mandian badan Lux Magical Spell iaitu “Bewitch”, yang merupakan kempen pengiklanan terkini dari mandian badan Lux di mana Mia bukan sahaja tampil di dalamnya, malah beliau turut mencipta runut bunyinya.
Diperkenalkan oleh Pengarah Jean-Claude Thibaut melalui pautan video dari Perancis dan Mia sendiri, acara diteruskan dengan sesi Q&A bersama bintang itu.
Iklan itu memperlihatkan Mia dipindahkan dari bilik air kegemarannya, menggunakan mandian badan Lux Magical Spell, ke dalam belantara indah penuh mistik yang dipenuhi dengan orkid ungu yang cantik. Beliau yang mengenakan gaun sutera ungu berunsurkan mistik, terapung-terapung bebas, seperti suasana di alam mimpi, memikat dan memukau sekumpulan lelaki yang tidak menyangka kehadirannya yang tampil dengan haruman penuh daya tarikan yang menggoda dan kekal berpanjangan.
Mengulas tentang pengalaman bekerja bersama Lux, Mia berkata, “Saya percaya bahawa wangian dan muzik adalah lebih berkuasa dari kata-kata, ia lebih terbuka bagi ditafsirkan oleh orang ramai dan ia membawa memori yang terpahat kukuh. Saya begitu teruja kerana dapat menulis lagu untuk iklan ini, diberi lesen kreatif bagi membawa keasyikan haruman indah ini dalam kehidupan.”
Sementara itu, Thibaut ghairah mahu mencipta pengalaman sensasi produk ini untuk para penonton. Beliau menjelaskan: “Mandian badan Lux Magical Spell memiliki wangian hebat yang menggoda dan mempesonakan yang mempunyai kuasa bagi menawan emosi. Bagi saya, karakter utama iklan ini adalah wangian beliau dan saya mahu memastikan bahawa ia hidup, untuk menyerlahkan pengalaman yang dapat dirasai oleh para wanita apabila menggunakan produk ini.”
Dengan tema utama chic seduction menjadi teras bagi semua karyanya, Pengarah terkemuka Komposer Lux, Jean-Claude Thibaut dipilih dengan teliti bagi membawa naratif Magical Spell yang mempesonakan itu kepada kehidupan di layar.
Layanan wangian terpilih
Diketuai oleh pengeluar minyak nombor satu Givaudan, tetamu House of Lux dibawa menelusuri komposisi wangian-wangian terpilih ini – dari asasnya, kepada lapisan kompleks, kepada lapisan teratas – untuk benar-benar menghargai mutu hasil kerja di sebalik komposisi haruman sensasi dan berbilang aspek ini yang menjadi teras dalam semua produk penjagaan kulit Lux.
Lux Magical Spell pula semestinya, tanpa pengecualian, dirumus penuh kepakaran dengan penumpuan yang serupa. Jadi, bermula dari detik anda menjejakkan kaki ke ruang pancuran, Magical Spell berjanji memberikan kepada para wanita di seluruh dunia dengan manjaan pada kulit yang sebenar-benarnya, dengan adunan wangian terbaik yang penuh pesona.
Pakar haruman terbaik Ann Gottlieb, figura di sebalik wangian Lola dari Marc Jacob dan haruman ikonik Obsession oleh Calvin Klein, menggunakan kemahiran kerja tangannya yang dikagumi ramai untuk mencipta lapan ramuan mistik dan unik yang diadun kompleks untuk mandian badan Lux Magical Spell. Dijamin menghasilkan impak sensasi, wangian kompleks ini menumpukan pada bunga-bungaan romantik dan sensasi berasaskan orkid hitam yang jarang ditemui. Adunan minyak juniper, dark woods, ambar keemasan dan kacang vanila yang mempesonakan dilapiskan di atasnya penuh teliti lalu menghasilkan wangian hebat yang kekal berpanjangan selepas mandi.
Sebaik parti beredar ke Sky on 57 di Marina Bay Sands Hotel untuk koktel lewat petang dan seterusnya malam yang penuh keasyikan, Naib Presiden Jenama Lux Anne Radmacher menutup acara itu dengan kata-kata: “Ini menandakan satu pencapaian penting untuk Lux. Kami menyatukan bakat-bakat luar biasa yang dikagumi di seluruh dunia bagi sama-sama mencipta produk dan kempen yang memberikan pengalaman menakjubkan dan penuh sensasi yang tidak serupa dengan yang lain.”
“Kami teruja untuk mempersembahkan kempen Magical Spell baru ini kepada para pencinta kecantikan yang begitu berkaliber dalam persekitaran yang menakjubkan ini. Dengan menggunakan hanya sedikit Lux, wanita di mana-mana sahaja dapat berasa jelita dan yakin,” tambah beliau.