Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah bantuan dalam bentuk tunai yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat bagi mengurangkan beban menghadapi penularan wabak COVID-19. Ada yang bijak, akan menggunakan wang ini sebagai peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Muhammad Azizi Azizan, 29 tahun berasal dari Kepada Batas, Kedah. Beliau menjadikan wang BPN sebagai modal tambahan kepada perniagaan buahnya.
Biarpun terpaksa berniaga dari rumah itu langsung tidak menjejaskan perniagaannya. Beliau menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Azizi mengambil pesanan pelanggan melalui WhatsApp dan juga Facebook.
“Ada sesetengan orang kata PKP ini menutup periuk nasi, tapi bagi saya setakat ini cukup bersyukur kepada Allah diberikan rezeki sepanjang PKP ini” katanya kepada Astro Awani.
Semoga kisah ini memberi manfaat dan memberi idea kepada korang semua supaya menggunakan wang BPN sebaiknya.