Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid teruja untuk menyokong inisiatif dilakukan penggiat seni sempena memperingati pemergian seniman ternama itu.
“Saya menyokong penuh inisiatif dilakukan oleh Enfinity Group dalam mempromosikan pementasan teater muzikal yang pernah mencipta fenomena iaitu P Ramlee The Musical yang kini boleh dilayari dan ditonton eksklusif secara atas talian di pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
“Saya juga salah seorang peminat tegar Allahyarham P Ramlee dan sesungguhnya jasa, pengorbanan dan perjuangan seni beliau akan terus terpahat dalam lipatan sejarah serta di kenang sepanjang zaman,”
– Zakaria Abdul Hamid
Menurut Zakaria, kisah suka duka seniman berkenaan yang pernah diterjemahkan secara indah melalui medium teater ini boleh kita semua nikmati sekali lagi pada platform digital.
Ujarnya, diharapkan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan sebagai dokumentasi
khazanah seni negara dan pada masa sama, hasil langganan akses ini dapat dikongsi sebahagiannya kepada tabung sumbangan untuk waris arwah dan membantu penggiat seni memerlukan. Termasuk, boleh diguna untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan industri seni tanah air.
Zakaria menggalas jawatan Pengerusi Finas yang baru berkuat kuasa pada 23 Mei lalu mengganti posisi ditinggalkan Datuk Hans Isaac.