Persaingan sengit segmen kopi memberi tekanan kepada pemain baru seperti Chilla Cup untuk menarik perhatian para pelanggan yang semakin bijak menilai kualiti berikutan kepelbagaian pilihan di pasaran.
Pun begitu jenama-jenama popular lain tidak menggugat semangat sepasukan usahawan tempatan dalam membawakan konsep kesederhanaan kepada penggemar kopi di Negara ini.
Bermula dengan premis pertamanya di Solaris, Mont Kiara yang dibuka pada Januari lalu, Chilla Cup memperkenalkan keharuman aroma dan kelembutan tekstur kopi panggang Arabica berkualiti tinggi, diimport dari rantau Asia selain Afrika dan Amerika Selatan kepada penduduk sekitar Petaling Jaya di Quill 7 Sentral dan premis ketiganya di Subang Avenue dalam tempoh tidak sampai setahun.
Pengurus Operasi, Dave Eng berkata, Chilla Cup diwujudkan hasil pertembungan idea sekumpulan penggemar kopi yang bukan sekadar ingin menghasilkan resipi bancuhan kopi terbaik malah menyediakan suasana terbaik untuk mengumpulkan lebih ramai peminat kopi di sesuatu kawasan.
Kata Dave, tiga lagi cawangan Chilla Cup baru akan dibuka di seluruh negara menjelang akhir tahun ini selepas pembukaan Chilla Cup keempat di Setia Walk, Puchong.
“Sambil bersantai, pengunjung berpeluang menikmati kesegaran kopi Arabica premium kami. Chilla Cup mempraktikan kaedah artisan untuk memanggang biji kopi iaitu dalam kunatiti kecil 15 kilogram pada satu-satu masa.
“Bukan itu sahaja, malah cara penyediaan kopi bagi mengekalkan kualiti dan aroma juga penting. Sebab itu lebih 50 peratus barista kami dilatih professional dari Singapura,†katanya.
Keunikan Chilla Cup bukan sekadar keserasian bancuhan kopi sempurna espresso, macchiato, Americano, cappuccino, latte (hazelnut, caramel, vanilla), green mint mocha dan affogato yang standing kafe terkemuka malah senarai menu lazat dan berkhasiat antaranya pretzel berinti, wafel, pasta, sandwich, burger, salad, sup dan smoothie yogurt.
Menurut Dave, pastri istimewa seperti roti bakar rangup dan tortilla paling ideal dinikmati bersama secawan kopi segar sebagai hidangan ringkas, lazat dan sihat. Ini sesuai bagi golongan eksekutif masa kini yang sentiasa mengejar masa dan sering lupa tentang waktu makan.
“Hidangan lengkap penting untuk memastikan kita kekal cergas dan fokus sepanjang hari. Waktu bekerja juga semakin panjang pada zaman moden ini. Malangnya ramai masih lupa untuk memilih makanan sihat dan lengkap, sebaliknya menjejaskan kesihatan dengan makanan ringan,†ujarnya.
Dalam merangka pilihan menu bersesuaian untuk memenuhi selera masyarakat tempatan, Dave menjelaskan bahawa Chilla Cup mencari jalan penyelesaian dengan menggabungkan beberapa menu popular daripada restoran luar negara yang menawarkan hidangan sihat sepanjang hari.
“Hasilnya adalah kami mampu menawarkan hidangan segar kepada pengunjung tanpa mengira waktu. Stok bekalan mentah tidak disimpan lama, maksimum dua minggu kerana kebanyakannya terpaksa diimport dari luar negara. Pun begitu, bahan-bahan utama masih didapati dari pembekal tempatan,†jelas beliau lagi.
Tambah Dave, Chilla Cup juga bersedia menerima tempahan bagi majlis persendirian dengan maksimum 100 tetamu sama ada acara korporat, parti bertema, mesyuarat, sambutan ulang tahun dan perkhidmatan catering di sekitar Lembah Klang.
Menu hidangan Chilla Cup terdiri daripada enam jenis sandwich, empat jenis burger, tujuh pilihan tortilla, lima jenis roti bakar tebal dan rangup juga enam inti pretzel yang berbeza iaitu apple cinnamon, red bean, sweet corn, sweet potato, hot dog dan pepperoni.
Selain itu, Chilla Cup turut menawarkan seleksi kek juga pasta antaranya spageti napolitan, carbonara, bolognaise, prawn agilo e olio, marinara dan spageti prawn in dill sauce.
Menu lengkap boleh dilayari menerusi www.chillacup.com atau www.facebook.com/Chillacup.