in , ,

Peminat Hantar Teks Lucah, Luqman Faiz Ajak Jumpa Bawah Jambatan Pulau Pinang

Bertindak mendedahkan paparan skrin mesej lucah yang diterimanya daripada peminat di laman Instagram miliknya, penyanyi Luqman Faiz seolah memaparkan sikap pengguna tersebut seperti tidak putus asa menggodanya.

Penyanyi Luqman Faiz memuat naik tangkap layar mesej peribadi berunsur lucah yang dihantar seorang pengguna laman sosial di Instagram baru-baru ini. Luqman ketika dihubungi berkata, dia sudah penat berhadapan situasi itu apabila sering menerima mesej sedemikian di laman sosial miliknya.

Menerusi perbualan terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita itu terlebih dahulu memulakan perbualan lucah dengannya.

Luqman Faiz

“U nak d*ck u boleh tak?,”

PEMINAT TEGAR

Bagaimanapun, Luqman dalam nada berseloroh mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang.

Luqman Faiz

“Bawah jambatan Pulau Pinang onz gak,”

Luqman

Dalam teks tersebut, pengguna berkenaan dilihat tidak segan meminta kemaluan Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali.

LUQMAN FAIZ

“Tujuan saya kongsikan mesej yang dihantar berkenaan supaya mereka takut untuk mengulanginya lagi.

“Kadang-kadang, saya rasa penat untuk melihat mesej lucah yang dihantar pemilik akaun palsu. Apa yang saya buat selalunya saya akan padam atau sekat akaun terbabit.

“Tak perlu buang masa menghantar mesej mengaibkan kepada saya kerana saya tidak akan melayan,”

– Luqman Faiz
Luqman Faiz

Namun begitu, tidak hanya berdiam diri, Luqman tampil membalas kiriman tersebut dalam nada berseloroh sambil mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang.

Terdahulu seorang pemilik akaun Instagram tidak berputus asa menggoda Luqman dengan memulakan perbualan lucah.

Menerusi teks terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita membuat permintaan tak bermoral kepada Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali.

Luqman Faiz

Menurut Luqman lagi, dia bagaimanapun berharap individu yang mempunyai niat jahat dan menggunakan akaun palsu supaya berhenti membuat kerja buruk itu.

Perkongsian Luqman itu mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kiriman balas yang ditonjolkan penyanyi muda itu.

“Apabila kerap menerima mesej seperti itu, ia boleh jadi satu gangguan. Saya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis sekiranya perkara ini keterlaluan.

“Saya  ingin mengingatkan kepada semua orang supaya menggunakan sosial media dengan perkara yang baik dan bermanfaat.

“Sebenarnya saya rasa pemilik akaun palsu ini adalah lelaki. Kalau kita tersilap langkah, mereka mula ugut. Ia boleh menjadi satu perangkap sekiranya tidak berhati-hati,” katanya.

– Luqman Faiz

Malah, ada juga yang tampil menasihatinya agar sentiasa berwaspada kerana sebelum ini juga telah banyak selebriti lelaki terkena dengan godaan seperti ini.

Perkongsian Luqman itu mencuit hati netizen yang rata-ratanya kembali menyakat penyanyi muda itu pula.

“Jambatan mana satu? Tiang ke berapa? Habaq kat dia siap-siap kesian dia tunggu nanti,” tulis seorang pengguna.

“Kasihan dia kena fakehope,”

– Netizen

Sekadar informasi, Luqman merupakan antara penyanyi Budak Baru Nak Up “BBNU” yang kian menjadi gilaan para gadis ketika ini. Lagu hitnya Kepuraanmu yang kini difahamkan hampir mencecah 30 juta tontonan di laman YouTube itu sering menjadi pilihan pendengar dan acap kali dimainkan di stesen radio tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Terus Menjauhkan Diri Dari Kumpulan Search

Fenomena 7 Hari Mencintaiku, TV3 Ikat Novel Siti Rosmizah, Bakal Diadaptasi Secara Eksklusif