in

Peminat EXO Rempuh Polis Jepun di Lapangan Terbang Haneda

Saat ini, kalau ditanya kumpulan idol Korea mana sedang melonjak-lonjak popularitinya sekaligus jadi kegilaan ramai? Tak lain tak bukan, kumpulan EXO. Jika sekiranya ada yang ‘perkenalkan’ diri mereka sebagai peminat tegar EXO, jadi… jangan halang mereka. Sebab kalau dihalang, lagi lah mereka ‘menggiler. Tapi kalau tak dihalang, berbahaya pula situasinya.

Buktinya, seperti situasi yang berlaku di lapangan terbang Haneda, Jepun semalam. Di saat kumpulan yang popular dengan lagu ‘Wolf’ dan Mama ini muncul dari balai ketibaan, segerombolan peminat terus menerpa ke arah mereka.

EXO

Tanpa menghiraukan kawalan daripada pihak polis, peminat-peminat fanatik terus menerpa ke arah semua anggota kumpulan tersebut. Masing-masing mahu jadi orang pertama yang mengucapkan ‘Selamat Datang’. Atau paling tidak pun, inilah peluangnya mereka nak mencuba nasib ‘berselfie’ dengan anggota kegemaran mereka.

Walaupun rempuhan tersebut kelihatan dasyat namun setakat ini tiada laopran mengatakan mana-mana anggota kumpulan EXO mengalami kecederaan. Mujur.

Bagaimanapun situasi ‘rempuhan peminat’ sebenarnya adalah situasi yang biasa berlaku setiap kali kemunculan EXO walaupun di mana jua. Almaklum lah, tengah meletop-letop popular.

EXO terdiri daripada 12 anak muda iaitu Suho, Baekhyun, Chanyeol, D.O., Kai, Sehun, Xiumin, Luhan, Kris, Lay, Chen dan Tao.

EXO

Ini merupakan kali pertama EXO ke Jepun berjumpa peminat-peminat mereka menerusi “‘EXO Greeting party in Japan “Hello”‘ yang akan berlangsung di Saitama Super Arena, Tokyo pada 12 dan 13 April ini. Sumber: Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Che Ta Mahu Hadiah Kereta Audi R8 Harga RM660,000

Peraduan Menang Tiket Back Stage Konsert Taylor Swift