Namun, baru-baru ini ada cerita tak sedap didengar mengenai pelakon itu apabila didakwa bersikap sombong dengan peminat ketika selepas program Big Stage pada Ahad lalu. Difahamkan, Amir muncul di konsert minggu kelima itu sebagai Presiden Netizen program berkenaan.
Bagaimanapun, tular perkongsian seorang pengguna di TikTok yang meluahkan rasa kesal apabila mendakwa permintaannya untuk gambar bersama tidak dilayan aktor berkenaan.
Menurutnya, pada awalnya permintaan untuk bergambar dengan pelakon tersebut ditolak oleh dua orang bodyguard kerana Amir sudah kepenatan.
“Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.
“Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat,” tulisnya.
Namun, individu itu mendakwa Amir membuatkan muka kurang menyenangkan dan memalingkan muka apabila dipanggil oleh rakannya.
Malah, individu itu mendakwa Amir tidak meminta maaf mahupun beri senyuman kepada mereka yang menunggu untuk bergambar.