in , ,

Peminat B.I Berpeluang Memenangi Pelbagai Faedah Tambahan Menarik

Penyanyi K-pop, B.I bakal mementaskan konsert solo pertamanya di sini yang berjudul B.I 2024 Tour ‘HYPE UP’ di Kuala Lumpur, anjuran Lo-Fi Entertainment, pada 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024 di Mega Star Arena, KL

Menjelang hari persembahan, B.I telah membawa beberapa siri kejutan kepada peminatnya dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti”, antaranya dua rakaman video ucapan, serta pengumuman artis jemputan iaitu LEO yang di bawah naungan syarikatnya untuk konsert ini di ibu kota. Tahun lepas, LEO mengeluarkan lagu single “One Look” dan terus menarik perhatian dalam bidang hiburan.

B.I

Bukan sahaja para peminat yang telah membeli tiket berpeluang memenangi pelbagai faedah peminat atau ‘fan benefits’, mereka yang ingin membeli tiket selepas ini turut berpeluang memenangi faedah tambahan seperti berikut:

• Zon HYPE – RM788

Faedah Peminat Tambahan: Panggilan Video Eksklusif bagi 6 peminat bertuah, Sesi Goodbye untuk 100 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 90 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

B.I

• Zon UP – RM688

Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck bagi 25 peminat, Sesi Goodbye untuk 50 peminat, Gambar Berkumpulan untuk 60 peminat (Satu kumpulan 30 orang)

• Zon BE – RM538

Faedah Peminat Tambahan: Sesi Soundcheck untuk 25 peminat

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan tiket anda melalui www.ticketingtix.com. Harga tiket tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

B.I

Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan

Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Store Pertama di Malaysia Bakal Dibuka 22 Jun Hari Sabtu Ini

Perkahwinan 7 Tahun Berakhir, Nora Danish & Nedim Bercerai Talak Satu