Portal media terkenal dunia di United Kingdom iaitu BBC News melaporkan berita duka itu petang Selasa dengan tajuk ‘Malaysian singer dies of Covid, day after giving birth’ (Penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat Covid selepas melahirkan anak’.
Rata-rata netizen luar negara tersentuh dengan pengorbanan arwah sebagai ibu.
Mereka mengucapkan takziah dan menganggap ia sebagai satu berita yang memilukan akibat virus Covid-19 yang sedang menyerang dunia.
“Sangat menyedihkan dia tidak dapat melihat bagaimana comelnya anak yang dilahirkan. Begitu juga anak itu tidak dapat peluang merasakan pelukan seorang ibu.
Antara komen dan reaksi netizen dari luar negara.
“Tragik… tapi ibu mengorbankan hidupnya supaya bayinya boleh hidup. Inilah kasih sayang ibu… semoga anda tenang di sana.
“Ini sangat menyedihkan, anak tidak dapat mengenali ibunya. Takziah buat keluarga dan kawan-kawannya yang sedang berdepan kesedihan,” tulis beberapa netizen.
Selain BBC, berita duka itu juga dilaporkan News portal CNA Lifestyle Asia dan Liputan.6 dari negara jiran Indonesia pada Isnin.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Selain BBC News, portal liputan6 dan Chanel News Asia Lifestyle (CNA) juga melaporkan berita sama.
E! News Siar Berita Siti Sarah
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, terus mendapat liputan media antarabangsa apabila terbaharu, platfrom hiburan, gaya hidup dan budaya pop gergasi dunia, E! News menyiarkan berita kematian penyanyi popular itu.
Memetik laporan New Straits Times (NST), artikel bertajuk ‘Malaysian singer Siti Sarah Raissuddin dies of Coronavirus after giving birth (Penyanyi Malaysia Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas melahirkan anak akibat COVID-19), menyebut komuniti muzik hilang sebutir bintang dengan pemergian Siti Sarah.
Tangkap layar artikel mengenai pemergian Allahyarham Siti Sarah yang disiarkan E! News. Foto IG E! News
Paparan berita itu dan pautannya turut dikongsi di akaun rasmi Instagram (IG), E! News yang mempunyai lebih 17 juta pengikut, malam tadi.
Semakan pada ruang komen mendapati, pengikut IG E! News dari seluruh dunia meluahkan rasa sedih atas nasib yang menimpa isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu itu.
E! News menyebut komuniti muzik hilang sebutir bintang dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah. Foto IG E! News
Antara komen dilayangkan menyebut biarpun tidak mengenali Siti Sarah, berita pemergian ibu beranak empat itu selepas bertarung dengan COVID-19, meruntun hati.
Seorang pengikut meluahkan:
Rasa duka turut dikongsi seorang lagi pengikut yang mengaku terkesan dengan berita pemergian Allahyarham Siti Sarah.
“Biarpun tidak kenal, saya sangat terkesan dengan berita ini. Rasa amat sedih mengenangkan suami dan anak-anak yang masih kecil ditinggalkan.
“Harap mereka gembira dengan kenangan manis yang pernah dikongsi bersama,”
Entri dimuat naik E! News itu turut menarik perhatian selebriti Malaysia seperti Sherry Ibrahim dan Ika Nabella yang berkongsi kesedihan melalui ruang komen.
Sehingga jam 8.30 pagi tadi, entri berkenaan meraih lebih 32,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19, pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Allahyarham Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
*Sumber: Berita Harian
Pemergian Arwah Siti Sarah Disiarkan BBC News
Berita pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin akibat pandemik COVID-19 turut mendapat liputan portal berita antarabangsa, BBC News, semalam.
Laporan bertajuk ‘Malaysian singer dies of Covid days after giving birth’ (penyanyi Malaysia meninggal dunia akibat COVID-19 selepas melahirkan anak) ternyata meruntun hati pembaca.
Berita pemergian penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu akibat tewas dengan COVID-19 bukan sahaja menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia, malah ramai pelayar laman portal antarabangsa itu turut menitipkan ucapan takziah dan bersimpati menerusi Facebook (FB) rasmi portal itu.
Meninjau ruangan komen dalam FB, rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap penderitaan arwah Siti Sarah yang berjuang dan bertarung nyawa disebabkan COVID-19.
“Berita ini amat menyedihkan. Pengalaman melahirkan anak secara pembedahan empat bulan lalu membuatkan saya menangis kerana terlalu bimbang bayi tidak dapat diselamatkan. Saya sangat memahami apa yang dilalui pasangannya ini. Lebih memilukan apabila dia akhirnya tewas,” tulis seorang pelayar portal itu.
Komen lain yang ditinggalkan adalah doa dititipkan ke atas roh penyanyi berusia 36 tahun itu.
“Semoga Allah mengampunkan dosanya, diangkat darjatnya dan ditempatkan di syurga.
“Moga dilapangkan kuburnya, terang bercahaya dan menjadi taman syurga.
“Semoga Allah merahmati ahli keluarganya, mengurniakan kesabaran dan keimanan melalui saat cukup getir ini,” katanya.
Keperibadian mulia yang dimiliki arwah Siti Sarah seperti yang ditulis dalam artikel turut menyentuh hati seorang pembaca FB.
“Dia seorang insan yang baik, selalu membantu orang tanpa mengharapkan publisiti. Malah, dia juga seorang ibu dan isteri penyayang,” tulis seorang pembaca.
Sejak diterbitkan lapan jam lalu, artikel berkenaan mendapat belasan ribu tanda duka dan lebih 2,000 ribu tanda suka.
Laporan BBC News itu turut menyebut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian penyanyi kesayangan ramai itu.
Arwah Siti Sarah Kongsi Amalan Surah al-Waqiah
Amalan berguna dikongsi penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan menjadi panduan kepada pelakon, Datin Lisa Surihani.
Mendedahkannya, Lisa berkata, arwah menyarankan mendengar surah al-Waqiah setiap pagi bagi memperoleh manfaat dalam kehidupan.
“Ini antara memori yang membuatkan saya terkesan membabitkan arwah dan suaminya, Shuib Sepahtu. Mereka pernah berkongsi amalan mendengar surah al-Waqiah dalam media sosial.
“Amalan ini dilakukan Shuib sebelum pergi ke konti radio, setiap pagi. Justeru, saya sempat bertanyakan mengenainya apabila arwah menjadi tetamu program yang dikendalikan saya bersama suami.
“Arwah menyarankan saya melakukan amalan mendengar surah ini setiap pagi kerana terlalu banyak manfaat dalam hidup,” katanya kepada BH Online.
Isteri pelakon dan pengarah, Datuk Yusry KRU berkongsi pengalamannya bersama arwah pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, semalam.
Majlis dihadiri lebih 600 tetamu dianjurkan khusus untuk arwah Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, semalam.
Bintang filem Legenda Budak Setan dan Istanbul Aku Datang itu berkata, apa yang membuatkannya kagum adalah keyakinan arwah terhadap amalannya itu.
“Sifat dan keyakinan arwah mengenai kalamullah menerbitkan rasa kagum saya terhadapnya.
“Arwah percaya jika saya mengamalkannya, satu perubahan besar akan berlaku dalam hidup. Kita lihatlah sendiri pengakhiran hidup arwah yang begitu manis,” katanya.
Menzahirkan simpati atas apa yang berlaku, Lisa percaya, Shuib tabah mengharungi kehidupan bersama anak-anaknya.
“Saya tahu Shuib kuat. Kerana ia datang dari semangat arwah Siti Sarah yang kuat,” ungkapnya.
Selain Lisa, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai rakan selebriti seperti Liza Hanim, Nabil Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Fad Bocey, Zul Huzaimy, Mark Adam, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.
‘Layanan Sarah Pada Shuib Begitu Taat Serta Akrab’ – Ramli MS
Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menyifatkan pelawak Shuib adalah insan yang bertuah kerana mendapat isteri seperti Allahyarham Siti Sarah Raisssuddin.
Ramli yang mengakui dia juga masih terkesan dengan berita pemergiaan Siti Sarah, 37, pada jam 5.13 pagi semalam, sangat mengejutkan seluruh negara.
Menurutnya, dia melihat sisi peribadi Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi, sangat komited pada kerjaya dan sukar untuk jumpa seorang penyanyi sepertinya.
“Saya sebenarnya sudah kenal Siti Sarah agak lama dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah yang turut terbabit dalam industri seni.
“Malah, ketika saya diundang sebagai artis jemputan dalam Sepahtu Reunion, saya juga pernah keluar makan bersama arwah dan suaminya, Shuib selepas program itu selesai.
“Saya tengok sendiri cara mereka berdua dan layanan Sarah pada Shuib begitu taat serta akrab. Ia berbeza dengan karekternya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersamanya. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya.
Ramli yang pernah bekerjasama dengan arwah Siti Sarah dalam program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) berkata dia menganggap penyanyi itu pergi dalam usia muda dan satu kehilangan besar buat suami, anak-anak serta seluruh keluarganya.
“Apapun, saya sangat mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini kerana apa yang sudah berlaku itu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa.
“Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik oleh Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat. Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga,” katanya.
Ramli berkata tiada ayat untuk dia menggambarkan berita duka mengenai pemergian mengejut Siti Sarah itu. Malah, dia juga tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial mengenai arwah.
“Saya cuma sampaikan doa serta ucapan takziah kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Allahyarham. Sebelum itu, isteri saya Alyah ada memberitahu saya mengenai keadaan arwah yang disahkan positif Covid-19,” katanya.
Semalam, seluruh negara bersedih dengan pemergian Allahyarham Siti Sarah selepas bertarung dengan jangkitan Covid-19. Arwah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).
Mark Adam Kenang Jasa Arwah Siti Sarah
Pemergian penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi Mark Adam dan isteri, Nor Azad Redzuan.
Bukan hanya bersahabat sebagai rakan industri, malah perhubungan mereka sudah seperti adik beradik, malah pernah bersama menunaikan umrah di Makkah pada 2018.
“Sukar meluahkan kesedihan dan kesayuan atas pemergian arwah. Namun, saya dan isteri reda apabila arwah dijemput Ilahi dengan keadaan yang baik.
“Kami pasti merindui keluhuran hati dan keletah arwah. Kami berterima kasih kepada keluarga arwah.
“Mereka banyak mengalirkan kasih sayang, erti persahabatan antara kami cukup istimewa dan luar biasa,”
Mark berkata, pasangan suami isteri itu tidak lokek berkongsi banyak perkara yang bermanfaat.
“Shuib banyak ajar mengenai ilmu agama. Saya akui, mereka banyak berjasa dalam hidup saya.
“Arwah ikhlas dan sangat jujur dalam memberi pandangan serta nasihat. Tentulah, saya paling rindu mendengar suara arwah menyanyi.
“Jika berkunjung ke rumahnya, pasti ada aktiviti nyanyian. Jika tak menyanyi satu hari, memang tak sah. Walaupun lebih senior dalam dunia seni, arwah dengan merendah hati minta ilmu nyanyian daripada saya.
“Saya pasti berkongsi ilmu yang diketahui,” katanya.
Katanya, erti kerinduan terhadap seseorang luas pengertiannya.
“Saya belajar perkara baharu atas pemergian arwah. Kita kena merindui seseorang disayangi ketika masih hidup. Tiada guna merinduinya jika sudah tiada.
“Shuib selalu berkongsi keadaan arwah sejak tenat. Satu perkara amat memeritkan apabila saya dan isteri tidak boleh bertemu atau melawat arwah.
“Namun, sebagai sahabat, saya tidak henti berdoa yang baik-baik untuk arwah, Shuib dan anak-anaknya,” katanya.
Sementara itu, Rahim Sepahtu menyifatkan arwah seorang yang mudah didekati.
“Arwah seorang yang baik. Kita lihat sahaja bagaimana pemergiannya meninggalkan kesan besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Selalu orang cakap, jika nak tahu seseorang itu baik atau tidak, lihat sahaja cara pemergiannya yang membuatkan ramai orang sedih.
“Setiap kali menemani suaminya jika terbabit dengan Sepahtu, arwah suka memudahkan kerja orang lain,” katanya yang membantu Shuib menghantar jenazah hingga ke liang lahad pada hari pengebumian, semalam.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, semalam.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
“Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf
Pendakwah bebas, Imam Muda Asyraf menyifatkan pemergiannya itu sebagai syahid akhirat.
Sebelum ini, Allahyarhamah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pra-matang setelah dinasihatkan doktor dan perkara ini tergolong dalam syahid ketiga iaitu syahid akhirat kata Imam Muda Asyraf.
Syahid akhirat apabila kematian disebabkan melahirkan anak, terbakar, wabak seperti taun serta COVID-19, lemas dan sebagainya. Allahyarhamah dikatakan boleh tergolong dalam syahid akhirat kerana meninggal dunia disebabkan wabak yang melanda dan selepas melahirkan anak.
– Imam Muda Asyraf
Menurut Asyraf lagi, ganjaran dan kemuliaan Allah SWT akan diberikan kepada individu yang tergolong dalam syahid akhirat ini.
Jenazah mereka diuruskan seperti biasa. Cuma diberikan kemuliaan khusus di akhirat nanti. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allahyarham tergolong dalam syahid akhirat.
– Imam Muda Asyraf
Salam takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan diharapkan agar semuanya tabah menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Sebelum Koma, Arwah Sedekah Tudung Kepada Jururawat
Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir.
Segala kebaikan dilakukan arwah Siti Sarah secara senyap mula terbongkar satu persatu selepas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat pandemik COVID-19, semalam.
Pengurusnya, Nana Mohammad Rom berkata, arwah sentiasa berusaha membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan dalam diam dan enggan dihebahkan.
Malah, Nana mendedahkan, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu banyak menghulurkan bantuan kepada rakan industri, bekas wartawan dan pengikut dalam laman sosial.
“Arwah dikenali sebagai insan paling suka bersedekah. Sangat pemurah dan banyak menderma. Arwah tidak pernah tolak sekiranya ada pengikut menghantar mesej langsung dalam Instagram (IG) memerlukan bantuan.
“Namun, arwah tidak suka orang tahu dan bercerita. Namun, pihak pengurusan, Indigital Music tahu mengenai perkara ini.
“Terbaharu, sebelum menaiki ambulans untuk ke hospital, arwah memindahkan wang kepada ibu tirinya minta dipanjangkan sedekahnya.
“Sebelum ditidurkan, arwah minta pembantu peribadi ambil semua produk tudung keluaran syarikatnya untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital,”
Ditanya tahap kesihatan arwah, Nana berkata, arwah tidak memiliki sejarah penyakit kronik.
“Arwah tiada penyakit kronik. Arwah sangat menjaga pemakanan, malah sering mendapatkan rujukan doktor peribadi ketika semasa melakukan kuarantin kendiri di rumah.
“Saya menghubungi arwah setiap hari sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Arwah kata keadaannya okay dan minta jangan risau.
“Namun, arwah memberitahu kena ke hospital selepas paras oksigen jatuh pada hari kelapan. Ketika itu, arwah mula batuk, namun memikirkannya hanya gejala biasa,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, semalam.
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
Shuib Dapat Kiriman Video Solat Jenazah Isteri Di Mekah
Sementara terbaru, menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram, Shuib berkongsi rasa terharu dan sebak sebaik mengetahui bahawa solat jnzah ghaib buat isterinya telah dibuat di Masjidil Haram, Mekah.
Berkongsi rakaman vdeo perbualan bersama sahabat termasuk Nabil, Shuib terkjut apabila mendapat kiriman mesej mengatakan warga Malaysia yang berada di sana telah meminta imam di masjid di wilayah Mekah untuk mengadakan solat jnzah ghaib Allahyhrm Siti Sarah.
Manakala dalam vdeo berasingan pula, Shuib memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi kerana tidak menjangka isteri turut mendapat penghormatan solat jnzah ghaib yang dilakukan di Masjidil Haram.
”Allahuakbar, Allah Maha Besar.
”Dapat kiriman vdeo solat ghaib jenzah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang you Ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah”, tulis Shuib.
Perkongsian Shuib itu mendapat reaksi orang ramai termasuk rakan artis yang meluahkan rasa syukur kerana sungguh bertuah insan bernama Siti Sarah.
Ustaz Abdullah Khairi komen
Turut menulis di ruang komen adalah pendakwah popular Ustaz Abdullah Khairi.
Kata Ustaz Abdullah, beliau turut cemburu dengan pemrgian Siti Sarah meskipun bukanlah ulama terkenal tetapi mendapat penghormatan sehingga ke Mekah.
”Hebat insan yg bernama Siti Sarah Raissudin. Dia bukan ulamak atau ustaz terkenal atau pemimpin negara, tapi auranya sampai ke Masjid Haram. Inilah contoh untuk para isteri. Cemburu saya dengan kebaikan apakah yang dilakukan..” tulis Ustaz Abdullah Khairi.
Semalam, pada pukul 1.20 tengah hari ini, jnzah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Shuib dan adik bongsu Siti Sarah, Ahmad Yazeed mengiringi jenazah sehingga ke liang Iahad dengan lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE).
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubvr arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggI dnia pada 26 Jun 2013.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkvburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis, media serta peminat.
Siti Sarah disahkan meninggI dnia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, hari ini.
Sebelum itu, Allahyrham dimasukkan ke lCU hospital berkenaan selepas tahap oksi.gen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.
Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembdahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwh selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.
Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif COVlD-I9 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Al-Fatihah buat Allahyrham Siti Sarah Raisuddin, semoga ditempatkan dikalangan para syuhada. Aamiin.
Sumber: Kosmo, BH Online.dan IG Shuib