in

Pementasan Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Pementasan teater ‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’).

Tujuan pementasan ini dijalankan adalah sebagai menunjukkan rasa kebimbangan mengenai situasi pembuangan bayi yang banyak berlaku.

  1. Mengangkat satu bentuk, idea, rupa dan pemikiran generasi muda yang terkandung di dalam naskah untuk dijadikan satu garisan dalam membentuk sahsiah kemanusiaan dalam setiap individu.
  2. Membantu melahirkan aktivis – aktivis teater yang mempunyai bakat yang lebih besar untuk berkarya secara intelektual mahupun didalam bidang akademik
  3. Mencipta nama sebagai pengiat seni yang menyumbang ke arah perkembangan dan kemajuan seni teater tempatan.
  4. Untuk memberi peluang kepada para pelajar berinteraksi dengan satu komuniti dalam urusan yang rasmi mahupun tidak rasmi.
  5. Sebagai medium hiburan yang bukan sekadar menghidangkan hiburan sahaja tetapi sebagai satu medium untuk menyampaikan mesej – mesej kemasyarakatan yang dijadikan teladan dan panduan.

Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Revolution Stage
Sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh graduan – graduan seni persembahan gabungan dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) antaranya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Teknologi Mara (UITM) pada Disember 2006. Atas kesedaran dan kecintaan terhadap seni budaya dan warisan negara, maka Revolution Stage dijadikan platform dan medan anak – anak muda ini melahirkan karya- karya bermutu bukan sahaja untuk kelompok penikmat seni malah kepada khalayak umum.

Secara tidak langsung, graduan-graduan yang menerajui Revolution Stage telah melibatkan diri ke peringkat yang lebih profesional. Selain itu, Revolution Stage juga turut bersama memeriahkan lagi industri seni tanah air dalam bidang teater. Berkat pengalaman selama menuntut di IPT masing-masing dan pengalaman yang dikutip daripada produksi-produksi luar, syarikat ini bergerak dengan lebih sistematik dan terkawal meskipun diterajui oleh anak-anak muda.

Pengasas Revolution Stage terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai fokus serta matlamat untuk membawa pemikiran baru yang lebih efektif dan dinamik kepada khalayak umum melalui corak persembahannya. Khalayak dapat menikmati hasil sentuhan kreatif dalam dimensi baru. Bersesuaian dengan nama ‘revolution’ yang membawa maksud perubahan, membuktikan peneraju syarikat Revolution Stage membawa perubahan daripada takok lama ke era baru yang lebih mencabar.

Revolution Stage juga mendapat kerjasama dengan penggiat seni yang tidak asing lagi dalam bidang persembahan teater iaitu Sahilin Abdan atau lebih dikenali dengan Namron. Beliau selaku penasihat serta pengkritik bagi syarikat Revolution Stage banyak membantu daripada segi kualiti dan mutu hasil kerja kreatif Revolution Stage. Hasil kerjasama tersebut, adalah diharapkan syarikat ini akan lebih berkembang pesat seiring dengan kesenian dan warisan negara.

RUMAH ANAK TEATER
Rumah Anak Teater atau nama singkatannya RAT ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda graduan ASWARA. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan. Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak.

Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Sinopsis SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS
‘Sejarah Nasib Lepas’ (‘SeNaPas’), Razak merupakan anak muda yang dikatakan berpendirian matang yang hadir dari keluarga yang mengamalkan kehidupan yang bertitik tolak dari rasa cinta. Pertemuan Razak dengan Kamariah iaitu guru tuisyennya telah memutikkan sebuah rasa cinta diantara mereka akhirnya merubahkan kehidupan Razak kepada kehidupan yang benar-benar matang. Kamariah yang lebih usia daripada Razak telah berjanji untuk bersama Razak demi cinta mereka walaupun keluarga kedua-dua pihak membantah keras, mereka akhirnya telah bersekedudukan jauh daripada keluarga dan hidup sebagai sepasang suami Isteri yang sah. Maka bermulalah KISAH CINTA BERNAFAS HARAM. Setelah lama bersekedudukan, pada suatu hari Kamariah hamil dan mereka spakat untuk menggugurkan kandungan. Pelbagai kaedah telah dilakukan tetapi semuanya gagal. Suatu hari, saudara Kamariah berjumpa Kamariah dan mengetahui keadaan Kamariah lalu memberitahu keluarganya. Razak dan Kamariah teruk dibelasah oleh keluarga masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju membenarkan pasangan ini bernikah sehingga tempoh berpantang tamat kemudian mereka dikehendaki berpisah dan anak itu diserahkan kepada pihak lain. Selepas melahirkan, Kamariah dan Razak seakan berat hati untuk menyerahkan anak mereka dan berharap agar kedua-dua orang tua mereka berubah hati dengan keputusan terdahulu apabila melihat anak mereka.

Biodata Pengarah Teater Kecil ‘SeNaPaS’
Khairunazwan Rodzy merupakan salah seorang graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teater dalam pengkhususan pengarahan dan bergiat aktif sebagai aktivis teater di sekitar kuala lumpur.

Beliau merupakan seorang pengarah muda yang sangat berbakat dan mendapat perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak. Antaranya, ASWARA yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau menjadi pengarah teater muzikal bertajuk ‘Muzikal Tun Abdul Razak’ (2008) yang telah di pentaskan di Panggung Eksperimental Aswara. Di samping itu, beliau juga mendapat kepercayaan tinggi dari pengarah filem popular terkenal iaitu Erma Fatima yang melantik beliau sebagai penolong pengarah kepada teater arahan Erma Fatima sendiri di Istana Budaya dalam pementasan ‘Teater Sirah Junjungan’, ‘Sirah Junjungan Tahajud Cinta’ Dan ‘Teater Natrah’.

Selain daripada itu, Khairunazwan Rodzy merupakan seorang pendidik yang berkaliber. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar untuk rancangan realiti TV ‘Pilih KASIH 1 dan 2’ terbitan RTM. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam pengarahan teater. Antara teater yang pernah diarahkan oleh beliau ialah ‘Pegawai Khalwat (ASWARA)’ , ‘Teater Eksperimental; Manusia Hina (ASWARA)’ , ‘Muzikal Uda dan Dara (ASWARA)’, ‘No Exit (ASWARA)’, ‘Romeo dan Juliet (ASWARA)’, ‘Gema Merdeka – Perjuangan Belum Selesai (ASWARA)’, ‘Waktu – Sebuah Eksperimen Merdeka (MTC)’, ‘Gema Merdeka – Muzikal Tun Abdul Razak (ASWARA. 2008 )’, ‘TyIcKoUnS – Tycoon (ASWARA)’, ‘Projek Koken – Pokok Kelapa Sayang (Stor DBP)’, ‘Projek Koken – Tanda – Ikan Paus (PJLa)’ , ‘Selamat Jalan Anak Kafir (Stor DBP)’ , ‘Pokok Kelapa Sayang (UM, SOLARIS, ASWARA)’, ‘Menyerahnya Seorang Perempuan (PeTA ASWARA)’ dan banyak lagi.
Baru-baru ini, beliau telah diberi kepercayaan oleh Istana Budaya untuk menjadi pengarah kepada pementasan ‘Teater Badai Semalam’ yang bakal dipentaskan pada bulan November 2011 di Panggung Sari Istana Budaya.

Pelakon Teater ‘SeNaPaS’
AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Beliau banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan Kenapa Ayah Tak Tanam Pisang, Gadoh. Filem, Karaoke, Jimbo, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan Bunohan. Bagi rancangan televisyen, Amerul terlibat dalam rancangan Rona Roni Makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha dan Opah.

Aznah Binti Mohamed Ramli Anak jati Negeri Perak ini merupakan seorang anak muda yang berjiwa besar dalam industry seni teater. Beliau menyandang gelaran graduan diploma teater Aswara dalam pengkhususan lakonan. Sepanjang pengajian di Aswara, Aznah telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang kerja seperti krew pentas untuk The Crusible dan The Castle, Bahagian Mekap untuk Bangsawan Raden Galoh dan West Side Story dan lain-lain. Antara pementasan teater yang mendapat sentuhan lakonan dari beliau adalah Opera Primadona, Teater Eksperimental Kapital Mall, Teater Klasik Lysistrata, Teater Kanak-kanak Bila Zoo di tutup dan lain-lain. Di samping itu, beliau juga pernah terlibat sebagai pelakon extra dalam drama Pria terbitan Astro dan KL Menjerit.

Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Tenaga Produksi

Penerbit Eksekutif
Faisal Mustaffa

Penerbit untuk The Actor’s Studio
Dato Faridah Merican

Pengarah Produksi
Khairunazwan Rodzy

Pengurus Produksi
Nadira bt Mohd Ibrahim

Pengurus Pemasaran
Faisal Mustaffa

Pemuzik
‘Pelangi Chenta’

KOMPONEN PROJEK

Teater SEJARAH NASIB LEPAS SENAPAS

Pementasan ini akan berlangsung pada 16 -19 Mei 2012 bermula 8.30 malam. Persediaan panggung akan dibuat pada 14 Mei 2012. Pada 15 Mei 2012 akan diadakan preview untuk rakan media. Durasi pementasan sekitar 45 minit. Berikut adalah cadangan tarikh bagi persediaan dan pementasan ‘SeNaPas’.

Tarikh Hari Tujuan
14 Mei Isnin Persiapan panggung
15 Mei Selasa Preview media
16 Mei Rabu Pementasan
17 September Khamis Pementasan
18 September Jumaat Pementasan
19 September Sabtu Pementasan
20 September Ahad (matinee) Pementasan

Penjualan tiket

Tiket dijual dengan harga RM30 bagi orang dewasan dan RM20 bagi pelajar, warga emas dan OKU.

KUMPULAN SASARAN
Sasaran golongan penonton terbesar yang bakal datang menonton adalah dari kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta seluruh Malaysia.
Jemputan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah memandangkan pementasa ini sesuai ditonton oleh semua lapisan umur dan masyarakat

Jemputan akan ditujukan kepada penggiat-penggiat seni persembahan di setiap institusi sama ada melalui platform kelab, persatuan, pertubuhan ataupun penggiat persendirian. Penggiat seni tersebut termasuklah penggiat teater, tarian, lakonan, persembahan kreatif, seni sastera, grafik dan lain-lain. Jemputan juga akan diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan yang berkaitan seperti seni lakonan, pengarahan, journalisme, penerbitan dan sebagainya.

Sasaran penonton dari kalangan pengkritik teater dan ahli akademik memandangkan isu yang dibawa dalam Teater Senapas sememangnya besar dan signifikan.

PENUTUP
Pementasan Teater SeNaPas ini diharap dapat memberi mesej yang cukup jelas kepada masyarakat mengenai isu kemanusiaan dan masalah social dalam kalangan masyarakat muda masa kini. Selain itu, ia juga bertujuan peluang kepada graduan yang sukar mendapat pekerjaan untuk mencipta peluang pekerjaan mereka sendiri di samping memartabatkan industri seni tanah air. Gabungan graduan dan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta seluruh Malaysia juga merupakan suatu platform yang baik untuk mengeratkan lagi jaringan kerjasama dan perhubungan antara warga IPT dalam menguruskan sesuatu projek mahupun acara. Keterlibatan secara langsung ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan kepada graduan malah dapat member nilai tambah kepada para pelajar yang masih menuntut di IPT sebelum mereka keluar menempuh dunia kerjaya yang sebenar. Dengan itu, sokongan padu oleh semua pihak amatlah diharapkan dan didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pensonic Sambut Ulang Tahun ke-30

Merchandise One Direction