in

Pementasan Teater Bangsawan Chelorong Cheloreng

PEMENTASAN: BANGSAWAN CHELORONG CHELORENG
TARIKH: 23, 24 DAN 25 MAC 2012
25 MAC 2012 : 3.30 PETANG – 5.30 PETANG & 8.30 MALAM -10.30 MALAM
JAM: 8.30 MALAM
LOKASI: PANGGUNG BANDARAYA, JALAN RAJA, KUALA LUMPUR

SENI bangsawan bertapak di Malaysia pada era 1880-an, mencetuskan kegiatan pementasan teater yang sangat popular dan mendominasi selama lebih 70 tahun dengan Pulau Pinang menjadi lokasi berkembangnya aliran seni itu.

Chelorong Cheloreng adalah antara naskhah bangsawan yang begitu popular, malah pernah difilemkan pada 1962 menampilkan Wahid Satay sebagai pelakon utama manakala Allahyarham Datuk S Roomai Noor mengambil tanggungjawab sebagai pengarah.

Bagaimanapun disebabkan tidak dikomersialkan seperti kebanyakan karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, naskhah yang sarat mesej itu hampir dilupakan malah barangkali terlalu asing kepada generasi muda hari ini.

Enggan membiarkan naskhah itu hilang ditelan masa, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mementaskan semula kisah bangsawan itu di Panggung Bandaraya Jalan Raja, Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 Mac depan, bermula jam 8.30 malam.

Pementasan yang menampilkan kolaborasi antara JKKN dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudataan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan diarahkan pengarah teater terkenal, Zaifri Husin.

Berbeza daripada kebanyakan pementasan yang menggunakan nama komersial sebagai penggerak, Chelorong Cheloreng sebaliknya membariskan pelakon terdiri daripada kakitangan JKKN yang memegang lima watak utama.

Mereka yang terbabit ialah Nik Mohd Faiszulikhwan Mohamad dan Ismarizal Zulamran sebagai Chelorong dan Cheloreng, Mohd Hanafie Mohamad (Tengku Mahkota Dharma) Kesuma, Nurul Syuhada Suhaimy (Harum Chendana) dan Puteri Seri Indah (Rozita Abdul Rahim).

Teater ini juga digerakkan 25 orang pelakon lain yang terbabit antaranya Badrul Hisham Mujib (Raja Bintat) dan Nur Ibrahim Sabri (Sultan Raja Bodol) yang disifatkan Zaifri mempunyai bakat besar, meskipun sebahagian besar mereka tidak memiliki asas lakonan.

Di tangan Zaifri, Chelorong Cheloreng diberi sedikit nafas baru tanpa mencacatkan naskhah asal malah turut meminjam satu babak menarik daripada filem Anakku Sazali untuk memperindahkan lagi pementasan itu.

“Kalau masih ingat, ada satu babak di mana P Ramlee meniup seruling, sehingga membuatkan sekumpulan wanita diserang gatal badan. Itulah itulah yang saya serapkan,” katanya memilih genre komedi untuk pementasan itu.

Chelorong Cheloreng, adalah nama seorang dua pengasuh setia kepada Tengku Mahkota Dharma Kesuma dan kisah bangsawan itu mengisahkan Dharma yang enggan berkahwin dengan puteri dari negara musuh ayahandanya melarikan diri dari istana.

Sewaktu dalam pelarian, Derma terpikat dengan Harum Chendana dan mengahwininya. Suatu hari, Harum Cendana dilarikan orang. Derma bersama-sama sahabatnya, Chelorong dan Cheloreng cuba mencarinya.

Zaifri juga melihat Chelorong Cheloreng mempunyai moral yang tersendiri kerana ia mendedahkan betapa seseorang sanggup menggunakan kekuasaan untuk menguasai orang lain.

Bagi Zaifri, pementasan ini memberikannya cabaran besar kerana latihan hanya dapat dimulakan selepas jam 5 petang disebabkan semua pelakon terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing.

Disebabkan tiada pengalaman beraksi di pentas, Zaifri akur terpaksa melatih mereka dari bawah biarpun pada masa sama terpaksa memastikan semua watak bergerak seiring dengan tuntutan pementasan itu.

Yakin dengan jenama JKKN yang sudah cukup kuat untuk menarik orang ramai berdasarkan sambutan tahun sebelumnya, Zaifri percaya Chelorong Cheloreng bakal diterima oleh kelompok yang pernah mengikuti hasil kerjanya.

Bagi yang ingin menyaksikan pementasan Chelorong Cheloreng hanya mengenakan kadar bayaran RM5. Maklumat lanjut sila hubungi JKKN di talian 03-20523600 (sambungan 3646/3724).

SINOPSIS BANGSAWAN CHELORONG CHELORENG
Tengku Mahkota Dharma Kesuma yang enggan berkahwin dengan puteri dari negara musuh ayahndanya melarikan diri dari istana. Sewaktu dalam pelarian, Dharma Kesuma telah berjumpa dengan seorang wanita bernama Harum Chendana. Beliau terpikat dengan Harum Chendana dan mengahwininya. Suatu hari, Harum Chendana dilarikan orang. Dharma Kesuma bersama-sama sahabatnya, Chelorong dan Cheloreng cuba mencarinya. Adakah Dharma Kesuma bersama Chelorong dan Cheloreng berjaya menjumpai Harum Chendana?

PELAKON UTAMA:
PUTERA MAHKOTA DHARMA KESUMA
Mohd Hanafie Mohamad

HARUM CHENDANA
Nurul Syuhada Suhaimy

PUTERI SERI INDAH
Rozita Abdul Rahim

CHELORONG
Nik Mohd Faiszulikhwan Mohamad

CHELORENG
Ismarizal Zulamran

PELAKON PEMBANTU / KORUS –

RATU
Nor Sahlina Aida Mohd Shah

RAJA BINTAT
Badrul Hisham Mujib

SULTAN RAJA BODOL
Nur Ibrahim Sabri

PERMAISURI RAJA BODOL
Sabarina Masadi

BENDAHARA
Mohamad Irfandy Samsuri

IBU CHENDANA
Zawiyah Abdullah

ORANG BERTAPA
Hasryn Izuddin Mohd Khairy

PONTIANAK 1
Abdul Halim Toha

PONTIANAK 2
Norfazliyati Ismail

PENCULIK 1
Shahrizal Abdan

UTUSAN / PENCULIK 2
Rayner Bin Mailap

PENCULIK 3
Mohd Termizi Mohd Kairuddin
AHLI NUJUM
Mat Pandi Awang

MENTERI 1
Muhammad Hamidi Mustapha

MENTERI 2
Mohd Firdaus Jasni

KETUA ORANG HUTAN
Hafizal Ramlan

MAK INANG
Junaidah Salleh

PENGIKUT RATU 1
Siti Juliana Rosdi

PENGIKUT RATU 2
Nurazwani Azmi

PENGIKUT RATU 3
Che Suraiya Mohamad

PENGIKUT RATU 4
Siti Aishah Mohd Azlan

PENGIKUT RATU 5
Norhayati Othman

ASKAR RAJA BODOL / ORANG HUTAN 1
Mohd Izzuwan Ishak

ASKAR RAJA BODOL / ORANG HUTAN 2
Muhamad Yusri Mohamad Khair

ASKAR RAJA BODOL / ORANG HUTAN 3
Mohd Firdaus Jasni

ASKAR RAJA BODOL / ORANG HUTAN 4
Supian Abdul Sani

ASKAR RAJA BODOL / ORANG HUTAN 5
Mohamad Irfandy Samsuri

DAYANG ISTANA 1
JEMILAH

DAYANG ISTANA 2
ROSDIANAH ROMAN

DAYANG ISTANA 3
NORSYARUL SAIDATINA ISMAIL

EXTRA TURN

TARIAN KUMPULAN PEGAWAI JKKN
Abdul Halim Toha

PERSEMBAHAN NYANYIAN
David Nielsen – Nilai College Universiti

TARIAN
Kumpulan Kesenian JKKN

PERSEMBAHAN NYANYIAN
Peter Haryson Nianti

PERSEMBAHAN SPONTAN
Encik Mohd Rizal Hamdan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Mania Minggu Pertama

Video Tips Najwa Latif Dapat Inspirasi dari Internet