in

Pementasan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun

Pementasan ‘Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’, di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 25-29 Ogos 2008, 8.15 malam. Tiket boleh ditempah mulai sekarang melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email [email protected]. Juga boleh menghubungi produser: HAMZAH AMIR +60172052409 atau email [email protected] atau SAIFUL DIWAN di +60175331002.
22 August 2008
 
PERISTIWA pembunuhan Sultan Alauddin Riayat Syah yang dibunuh oleh musuh-musuh politik baginda dalam satu konspirasi terancang di Pagoh menjadi inti drama pentas ‘2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’. Menurut pengarah pementasan, Dr Abu Hassan Hasbullah naskah terbaharu Faisal Tehrani (penerima Anugerah Seni Negara 2006) tersebut dipilih kerana tujuh sebab.

“Kami di Asasinema memilih teks drama ini kerana pertamanya, ia menggunakan pendekatan teater orang tertindas yang digagaskan oleh aktivis teater Argentina yang terkenal bernama Augusto Boal. Kedua, teks ini adalah gabungan pendekatan post-modern dan purbawara. Ketiga, Terdapat meta-naratif yang kuat dalam drama ini tambahan pula kebelakangan ini kita telah muak dihidangkan dengan muzikal. Keempat, kita akan menampilkan lima ethos lelaki Melayu. Keenam, ethos tersebut akan memperlihatkan bagaimana dalam politik negara kuasa maskulin selalu tewas oleh kuasa feminisme. Ketujuh, ia adalah sebuah drama politik yang sangat cocok dengan isu semasa tambah-tambah di tengah panasnya Permatang Pauh, pembentangan bajet, sesudah muktamar PAS dan semangat hari kemerdekaan.”

Untuk rekod pembaca, Sultan Alauddin Riayat Syah memerintah Melaka dari tahun 1477 hingga 1488 masehi. Baginda Sultan Alauddin disifatkan sebagai satu-satunya raja Melaka yang bersifat action oriented. Iaitu pemerintah Melaka yang melakukan setiap retoriknya. Baginda amat mengambil berat keadaan negeri sehingga turut turun padang menjaga keamanan negeri Melaka.

Baginda juga seorang yang wara’ dan alim. Baginda misalnya menitahkan kanun Melaka ditegakkan secara menyeluruh di seluruh tanah jajahan Melaka sehingga baginda ikut menghukum pembunuh Telanai Trengganu yang didalangi oleh kekandanya sendiri di Pahang. Hasrat baginda untuk menegakkan Islam ini mendapat tentangan kumpulan yang lebih liberal dalam istana dan ini sudah tentu menambahkan musuh baginda. Siapakah yang meracun Sultan Alauddin dan apakah yang berlaku dua jam sebelum baginda syahid?

Siasah menemui pelakon yang membawa watak Sultan Alauddin Riayat Syah iaitu atlet kebangsaan terkenal Mohd Robbani Hassan. Sebagai atlet tugas beralih dari trek ke pentas dengan membawa watak seorang raja tentulah mencabar. Robbani memberitahu Siasah, ”Saya nak ikut terlibat untuk mencuba, bukan untuk merubah bidang. Ini kerana saya suka mencabar diri saya.”

Robbani mengulas watak as-Syahid Sultan Alauddin yang menurutnya merupakan seorang pemerintah yang jujur, dan tegas tetapi tertipu oleh kuasa multi-rasial Melaka waktu itu.

“Memang susah melakonkan watak baginda. Saya perlu menjiwai watak tersebut sebelum menguasai peranan di pentas. Untuk itu saya membaca novel Nama Beta Sultan Alauddin karya Faisal Tehrani. Saya juga menonton beberapa buah filem lama dan memerhatikan tingkah laku politikus semasa.”

Apabila ditanya apakah beliau akan terus berlakon, Robbani yang merupakan pemegang pingat emas sukan olahraga 110 meter lompat berpagar hanya tersenyum, dan mengatakan, “Soalan yang rumit. Sekiranya saya diterima oleh khalayak saya akan menimbang untuk terlibat lebih serius.”

Teater ‘2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun’ dipentaskan di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula 25 Ogos hingga 29 Ogos ini. Tiket adalah RM 50, RM 30, RM 20 dan RM 15 untuk pelajar.

Pementasan bermula jam 8.30 malam tepat (untuk solat maghrib: tempat pementasan amat hampir dengan masjid Akademi Pengajian Islam UM). Tiket boleh ditempah mulai sekarang dengan membuat pesanan melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email [email protected]. Juga boleh menghubungi produser: HAMZAH AMIR +60172052409 atau email [email protected] atau SAIFUL DIWAN di +60175331002.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aishah Sinclair di Anugerah Skrin 2007

CINTA, SUSUK, KECANTIKAN DIANA RAFAR