in ,

Pemenang Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink

Hotlink menyediakan sambungan internet dan ‘tips’ seperti latihan vokal, solekan dan fesyen semasa uji bakat. Lebih daripada 5,000 uji bakat #HotlinkAF2015 Instagram telah diterima. Muat turun Hotlink RED App untuk peluang memenangi tiket ke konsert mingguan Akademi Fantasia (AF) antara 9 Ogos dan 27 September.

Hotlink dengan sukacitanya mengumumkan bahawa empat peserta yang mengambil bahagian dalam ‘Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink’ telah berjaya dipilih sebagai sebahagian daripada 16 peserta teratas tahun ini. *

Para peserta yang telah berjaya dalam uji bakat Instagram diberi ‘pas ekspres’ untuk mara ke uji bakat peringkat kedua di KL, yang telah diadakan pada 30 dan 31 Mei. Hotlink telah menerima lebih 5,000 penyertaan bagi uji bakat Instagram, termasuk penyertaan dari uji bakat roadshow serta penyertaan yang dihantar secara langsung melalui Instagram menggunakan hashtag #hotlinkAF2015.

EMPAT PESERTA UJIBAKAT INSTA AF2015 BERSAMA HOTLINK ANTARA 16 BAKAL PELAJAR AF TAHUN INI

Sebagai penaja telekomunikasi AF 2015, Hotlink telah melancarkan ‘Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink’, yang memberikan pelanggan peluang untuk merakamkan pra-uji bakat mereka melalui Instagram di satu roadshow khas yang diadakan di Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching mulai 18 April yang lalu. Hotlink menyediakan sambungan internet semasa uji bakat supaya pelanggan dapat mengemukakan uji bakat mereka melalui platform media sosial, dan mengambil satu langkah terhadap merealisasikan impian mereka.

“Internet adalah satu platform yang amat berkuasa. Kami bukan sahaja dapat menggunakannya untuk mendekati ramai penonton, tetapi ia juga membolehkan kami untuk membawa AF dengan lebih dekat lagi kepada rakyat Malaysia yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk mempamerkan bakat mereka melalui proses uji bakat tradisional. Melalui program ‘Ujibakat Insta AF2015 Bersama Hotlink’, kami memperkenalkan cara baru dan menarik untuk membolehkan pelanggan mengambil bahagian dalam uji bakat tahun ini. Kami amat teruja bahawa empat daripada peserta uji bakat ini berjaya ke Top 16, dan kami akan memberi mereka sokongan yang padu sepanjang perjalanan mereka di AF!” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.

Bagi AF tahun ini, Hotlink juga akan menawarkan pelanggan dan juga peserta AF pengalaman eksklusif dan ganjaran peribadi melalui Hotlink RED App. Untuk memenangi tiket ke konsert mingguan AF yang akan berlangsung antara 9 Ogos dan 27 September, pelanggan hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:

1) Muat turun App Hotlink RED di hotlink.com.my/red
2) Jawab satu soalan mudah mengenai AF2015
3) Di RED App, pilih ‘Maklum Balas’ dan pilih kategori ‘Live.Life.Loud’
4) Hantarkan jawapan mereka dengan menaip “HotlinkAF2015 ”
5) Klik ‘Hantar’

Setiap pemenang akan menerima dua tiket ke konsert mingguan AF2015. Sepuluh penyertaan yang pertama dengan jawapan yang betul akan digelar pemenang. Peraduan ini akan berakhir pada 16 September.

Hotlink RED App (yang kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia) membolehkan para pelanggan menambah nilai, menyemak baki, menambah data mudah alih mereka dan banyak lagi. Untuk masa yang terhad, pelanggan yang memuat turun aplikasi tersebut juga akan mendapat 1GB data percuma. Hotlink RED App boleh dimuat turun di Google Play untuk pengguna Android atau di App Store untuk pengguna iOS.

Konsert Mingguan AF2015 akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam mulai 9 Ogos menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Untuk maklumat lanjut mengenai penglibatan Hotlink dalam AF, sila layari www.hotlink.com.my

* Nota: Sila rujuk kepada Lampiran untuk maklumat lanjut mengenai empat peserta uji bakat Instagram yang berjaya ke Top 16.

OPENG

IQWAN

LISA

BILA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video HATI MATI Ezad Trending di Carian Youtube Malaysia

Elfira Loy Jadi Pelumba Basikal Kebangsaan Dalam Drama Bersiri KAYUHAN CINTA