Pelajar Mempamerkan Kebolehan Luar Biasa di National Science Show 2012
Selepas persaingan sengit selama dua bulan di seluruh Malaysia, Petrosains National Science Show Competition 2012 telah melabuhkan tirainya selepas pertembungan sengit antara lapan sekolah yang bersaing untuk kemasyhuran di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Enam pasukan yang memenangi Pertandingan Peringkat Zon dan dua pasukan tambahan khas yang telah dipilih oleh panel hakim telah bersaing di antara satu sama lain untuk mempersembahkan konsep sains masing-masing dalam cara yang inovatif dan menghiburkan.
Selepas melalui siri pertunjukkan sains, Adrian Paul Lajium dan Lazarus Thomas dari SMK St. Mary, Sabah (Papar) telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Petrosains National Science Show 2012. Kedua-dua pelajar terkejut apabila mereka diumumkan bahawa mereka berada di tempat pertama kerana kemenangan itu tidak dijangkai oleh mereka.
Berada di tempat kedua adalah Muhd Nadzmi b. Abd Rahim dan Nurul Ashikin bt. Abd Rahman dari SMK Panchor, Seremban, Negeri Sembilan dan Nurulain bt. Abdul Razak and Siti Nur A’Aqila Aimi bt. Md Jailani dari SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor telah memenangi tempat ketiga .
“Peringkat akhir ini telah menunjukkan peningkatan taraf selepas bertahun-tahun dan persaingan semakin sengit,” jelas Ketua Pegawai Operasi Petrosains Sdn. Bhd., Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim. “Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru penasihat mereka memang menyentuh hati, terutama sekali mereka bekerjasama dalam pertandingan ini, saling memberi galakan melalui perkongsian dan penyertaan,” tambahnya lagi.
Tengku Nasariah turut berkongsi kegembiraan Petronas disebabkan minat dan penyertaan terhadap pertandingan ini semakin meningkat berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima pada tahun ini. Dia meluahkan rasa kagumnya bahawa dalam masa lima bulan, dia dapat menyaksikan pelajar dan guru-guru begitu bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik bagi memastikan sekolah mereka menang.
“Peningkatan penyertaan dan minat terhadap pertandingan ini adalah bukti kepercayaan kami dalam memberi platform alternatif untuk para pelajar memahami dan menggunakan pengetahuan terhadap sains yang diperoleh di dalam bilik darjah. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan di atas sokongan yang telah kami terima dan pelajar, guru dan sekolah yang telah memberikan yang terbaik,” ujar Tengku Nasariah. Turut hadir di acara tersebut, mewakili Menteri Pendidikan adalah Pengarah Ko-kurikulum dan Bahagian Kesenian, Tuan Haji Muamat Roli bin Hj Hassan.
Sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh Petrosains Sdn. Bhd., ia adalah pertandingan sains peringkat kebangsaan yang diperkenalkan pada tahun 2009 sebagai inisiatif untuk menggalakkan kaedah pembelajaran memberansangkan dan efektif buat pelajar sekolah menengah. Dengan sokongan Menteri Pendidikan, pertandingan sains ini memerlukan pelajar mempamerkan konsep dan kandungan sains dalam cara inovatif dan menghiburkan.
Terbuka untuk semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 6 di seluruh negara, terdapat 736 penyertaan video diterima sebelum tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2012. Selepas proses pemilihan yang ketat oleh panel hakim yang meneliti setiap video penyertaan, 60 pasukan berjaya ke peringkat zon. Pasukan-pasukan ini kemudiannya bersaing dalam enam zon, dan hanya satu pasukan daripada setiap zon bersama dua pasukan khas dipilih oleh panel hakim dan layak untuk bersaing di peringkat akhir.
“Pembelajaran secara amali mempunyai potensi untuk membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan. Memandangkan kejayaan pertandingan pada tahun ini, kami tidak sabar untuk memperbaharui dan menganjurkan pertandingan tahun hadapan, lantas membawanya ke peringkat yang lain,” jelas Tengku Nasariah.
FAKTA-FAKTA PETROSAINS SCIENCE SHOW COMPETITION 2012
1. Jumlah keseluruhan video yang dihantar adalah 736 video.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh Malaysia.
3. Penyertaan terdiri daripada individu atau pasangan, bersama seorang guru penasihat.
4. Hanya 1 pasukan dipilih untuk mewakili setiap zon dan 2 pasukan dipilih oleh hakim dengan markah tertinggi di peringkat kelayakan zon untuk ke peringkat akhir.
5. Jumlah markah adalah 100%. Penekanan diberikan kepada elemen saintifik.
Kriteria Pemarkahan
Kriteria Markah
1 Kerja/Skrip 10
2 Pertunjukan Sains 25
3 Bahasa dan Persembahan 15
4 Elemen Sains 40
5 Barang dan kesan khas (audio/visual) 10
Jumlah 100%
Senarai pasukan yang bersaing di peringkat akhir NSSC 2012:
1 Zon 1 SMK KUBONG , SARAWAK (LIMBANG) 1
2 Zon 2 (PAPAR ) SMK ST. MARY , SABAH 1
3 Zon 3 SMK (P) TEMENGGUNG IBRAHIM , JOHOR 1
4 Zon 4 SMK PANCHOR, SEREMBAN , N9 1
5 Zon 5 MRSM PENDANG , KEDAH 1
6 Zon 6 SEKOLAH SERI PUTERI, CYBERJAYA, SELANGOR 1
7 Wildcard 1 SMK TAMAN TASIK, KUALA LUMPUR 1
8 Wildcard 2 SMK ST FRANCIS, MELAKA 1
Jumlah 8
Hadiah Petrosains National Science Show Competition 2012:
Tempat Pertama
• RM3,000
• Trofi Cabaran
• Plak
• Sijil
• Program Perkembangan Sains
• Barangan Petrosains
Tempat Kedua
• RM2,000
• Plak
• Sijil
• Program Perkembangan Sains
• Barangan Petrosains
Tempat Ketika
• RM1,000
• Plak
• Sijil
• Program Perkembangan Sains
• Barangan Petrosains
TENTANG PETROSAINS:
Petrosains, The Discovery Centre adalah pusat pembelajaran tidak formal yang menarik dan menampilkan pameran interaktif dan mempesonakan di samping program-program saintifik. Pusat sains kontemporari ini dihasilkan oleh PETRONAS dalam usahanya untuk memberikan persekitaran yang menarik dan menggalakkan untuk meningkatkan daya fikiran dan penghargaan terhadap sains di dalam masyarakat dan di seluruh negara. Petrosains terletak di Menara Berkembar PETRONAS di Tingkat 4, Suria KLCC. Ia dibuka kepada orang awam dari hari Selasa hingga Ahad dan ditutup pada hari Isnin. Waktu beroperasi adalah dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari biasa, dan 9.30 pagi hingga 6.30 petang pada hujung minggu.