in

Pemenang Peraduan Kisahku Almera Bawa Pulang RM20,000

Berikutan maklum balas memberangsangkan daripada orang ramai terhadap kempen dalam talian mereka, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dan Star Media Group telah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah yang istimewa di Menara Star untuk meraikan pemenang peraduan ‘Kisahku Almera’ pada hari ini. Kerjasama ETCM dengan The Star Online dalam peraduan ini merupakan usaha terbaharu Nissan untuk berhubung dengan audien sosial yang muda, urban, dan pintar dengan dunia digital.

Grand Winner takes home 20K

Peraduan ini yang berlangsung dari 1 hingga 21 Oktober 2013 berhubungan tiga episod video yang menampilkan hidup seorang pemuzik yang sedang meningkat naik, ‘Eddy’ yang cuba untuk menyeimbangkan cita-cita bersama kumpulan muziknya dan kekasihnya, ‘Siti’. Kisah yang menyentuh hati itu memberi inspirasi kepada penonton untuk merenungi apa yang benar-benar penting dalam kehidupan, dan seterusnya apakah yang patut menjadi keutamaan kita.

Tiga klip video itu juga dengan bijak menyerlahkan ciri-ciri Nissan ALMERA seperti ruang kaki dan saiz but yang luas, sistem kemasukan tanpa kunci, (i-key untuk membuka pintu atau but kereta), butang push-start dan aplikasi-aplikasi Bluetooth ke dalam jalan cerita yang menarik minat penonton supaya lebih berhubung dengan kempen tersebut. Video terakhir pula sangat interaktif kerana orang ramai diberi peluang untuk menentukan nasib pasangan kekasih itu sama ada berakhir dengan susul cerita yang gembira atau menyedihkan.

Para peserta diperlukan mengunjungi microsite peraduan dalam The Star Online, tonton video tersebut dan kemudian menjawab tiga soalan berkaitan setiap video dengan tepat untuk mendapat markah. Markah tambahan diberikan kepada para peserta yang berkongsi video berkenaan di laman Facebook masing-masing dengan seramai mungkin rakan dan menjemput mereka menyertai peraduan yang sama.

Pemenang hadiah utama, Desmond Ling Chung Wei tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila menerima hadiah RM20,000 diikuti oleh pemenang tempat kedua, Halimah Binti Bachik yang membawa pulang wang berjumlah RM5,000. Pemenang tempat ketiga, Nuzul Haqimi bin Ismail menerima RM 3,000, sementara pemenang tempat keempat, Muhamad Mustafa bin Abdul Hamid menerima RM1,500. Seramai tujuh orang pemenang hadiah saguhati juga menerima RM500 setiap seorang.

Menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pemenang, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato David Chen berkata, “Peraduan ini memberikan orang ramai peluang yang unik untuk mengetahui pelbagai manfaat memiliki dan memandu sebuah Nissan ALMERA melalui cara yang lebih berhubung dan menarik, dan nyata selari dengan posisi pemasaran produk ini. ETCM amat berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Star Media Group dalam menganjurkan peraduan ini dan mengalu-alukan kerjasama pada masa akan datang.”

Peraduan ‘Kisahku Almera’ merupakan kempen paling berjaya yang pernah dianjurkan oleh The Star Online setakat ini. Ia juga telah menerima pujian daripada mereka-mereka di dalam industri pemasaran.

Nissan ALMERA kini merupakan kereta bukan nasional dalam segmen B yang paling laris di pasaran. Ia menampilkan ruang kabin dan ciri yang mendahului kelasnya. Untuk maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Delighted_Winners with ETCM and SMG

Episode 2_Eddy with his band members

Episode 1_Eddy and Siti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran Bintang 141 Siar Akustik Tegar

Showbiz Productions Mula Tunjuk Taring