MEDIA PRIMA & DUTCH LADY MERAIKAN PEMENANG Peraduan Chief Official Correspondent
Tiga pemenang bertuah kini bakal memulakan perjalanan mereka untuk meyaksikan temasya sukan terhebat dunia setelah memenangi peraduan Chief Official Correspondent yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad dengan kerjasama Dutch Lady Malaysia.
Mereka yang memenangi peraduan ini (pasukan ibu dan anak) dipilih melalui video selama 30 saat yang dihantar tentang mengapakah mereka harus dipilih sebagai wartawan rasmi atau Chief Official Correspondent. Tiga pasukan peserta yang memenanginya dan ditawarkan hadiah berupa perjalanan meyaksikan Olimpik 2012 di mana kesemua perbelanjaan mereka ke sana akan ditanggung. Mereka adalah Nur Ain Tay Chui Chui dan Adam Aliff Tay bin Rozaki (dari Kuala Lumpur), Nurbaiti bt Mohd Zin dan Yzmeen Saniah bt Zainuddin (from Kuala Lumpur), serta Nurulainy Mohd Noor dan Nurul Deena Ellysha (dari Pulau Pinang).
Para pemenang bakal ditemani pasukan produksi Media Prima sepanjang perjalanan ke London itu nanti di mana mereka akan diberikan tugas sebagai wartawan penyiaran sebenar serta peralatan penuh untuk memberi laporan terkini kepada seluruh rakyat Malaysia melalui laporan berita harian, rancangan temubual, radio, secara blog, laman social serta laman sesawang rasmi inisiatif Olimpik Media Prima – Impian Emas Negara di www.impianemasnegara.com.my.
Selain mendapat hadiah menarik itu, para pemenang juga akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM10,000 di mana mereka harus memberi persembahan yang terbaik dalam menjalankan tugas mereka. Pemenag utama tugasan ini bakal menerima wang tunai sebanyak RM5,000. Manakala tempat ke-2 dan ke-3 akan membawa pulang RM3,000 dan RM2,000 masing-masing. Antara perlawanan atau acara sukan yang bakal mereka hadiri di Olimpik London 2012 adalah – badminton, acara terjun, tinju, renang dan bola tampar.
“Kami amat gembira bekerjasama dengan Dutch Lady Malaysia dalam menganjurkan peraduan yang istimewa untuk ibu-ibu dan anak-anak mereka. Kami berharap perjalanan dan lawatan mereka ke sana bukan sahaja menjadi pembuka malah menjadi memori yang bermakna dan bakal diingati selama-lamanya,†kata Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran Rangkaian Televisyen & Alt Media, Media Prima Berhad.
“Kami amat berasa senang hati menjadi sebahagian daripada peraduan Chief Official Correspondent kerana ianya amat bersesuaian dengan usaha Dutch Lady Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat melalui pelbagai ganjaran yang menarik. Kami berharap inisiatif yang telah dirancang melalui peraduan ini mampu memberi lebih inspirasi dan kebaikan kepada para pengguna,â€kata Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.
Selain tiga pemenangnya, Media Prima juga bakal menerbangkan seorang selebriti yang telah bergelar ibu ke London untuk menghadiri majlis buka puasa yang dikendalikan Dutch Lady Malaysia khas buat para atlet Malaysia dan ibu mereka. Aishah Sinclair yang ketika ini mengacarakan rancangan The Breakfast Show di ntv7 telah dipastikan untuk menerima mandat itu dalam melakukan tugasan tersebut.
Peraduan Chief Official Correspondent adalah salah satu diantara pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan di bawah inisiatif Olimpik Media Prima Berhad, “Impian Emas Negara†yang dilancarkan semenjak Mei lalu. Inisiatif ini bakal membawa harapan tertinggi negara dalam menggapai pingat emas Olimpik pertama selain memeberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan mereka kepada kontinjen kebangsaan di temasya sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos.
Sementara itu, variasi rancangan televisyen, dokumentari dan berita terkini akan disiarkan melalui ntv7, 8TV, TV3, dan TV9 secara serentak bermula bulan Julai ini bagi membuka laluan kepada temasya sukan Olimpik itu. Informasi dan laporan terkini mengenai para atlet dan jumlah kutipan pingat acara sukan itu pastinya bakal menjadi bahan bicara hangat buat peminat sukan Malaysia ketika musim Olimpik nanti. Oleh itu, Media Prima akan memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk mendapatkan sebarang laporan atau isu menarik dengan membawakan mereka pelbagai edisi berita melalui kesemua rangkaiannya termasuklah 7 edition, Edisi 7, Mandarin 7, 8TV Mandarin News, 8TV Midday Mandarin News, Buletin Utama (TV3) dan Berita TV9.
Jika itu masih tidak mencukupi, ntv7 bakal menyiarkan edisi berita padat untuk memenuhi keinginan para peminat sukan. “Golden Dream†merupakan pakej berita padat dan komprehensif yang disiarkan selama 5 minit akan dibawakan kepada anda oleh pasukan berita ntv7 setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 9.25 malam hingga 9.30 malam bermula 27 Julai. “Gold Rush†pula merupakan slot pengisi selama 1 minit yang juga bersiaran melalui ntv7 setiap Isnin hingga Ahad dua kali sehari pada pukul 10.00 pagi dan 7.30 malam bermula 8 Julai nanti. Menerusi rancangan ini, penonton bakal melihat segala persediaan yang dijalankan, lokasi stadium, kota penganjur, mereka yang terlibat dan tentu sekali sukan yang dipertandingkan dan para atlet sehingga acara sebenar Olimpik London 2012 berlangsung.
Bagi mereka yang ingin mendalami dan mengetahui lebih lanjut mengenai temasya sukan itu, mereka bolehlah menonton beberapa rancangan dokumentari menarik yang telah disediakan. “Spirit of London†yang bersiaran di ntv7 setiap hari Ahad jam 8.30 malam – 9.30 malam bermula 8 Julai merupakan dokumentari yang bakal mencakupi soal pembangunan dan persediaan acara sukan itu pada setiap minggu. Siri dokumentari 10 episod itu akan memaparkan kisah pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan di London termasuklah sejarah penganjuran, peraturan permainan dan maklumat mengenai atlet-atlet terbabit. Sementara itu, “Host City London†merupakan dokumentari mengenai kajian yang melibatkan tuan rumah temasya sukan itu di samping meraikan kehidupan kota di London dan memaparkan aktiviti kebudayaan mereka. Siri sepanjang 10 episod ini akan ke udara di ntv7 bermula 12 Julai setiap hari Khamis pada jam 7.30 malam – 8.00 malam.
Media Prima juga bakal menyemarakkan lagi semangat kesukanan anda melalui rancangan temubualnya termasuklah The Breakfast Show, Bella, dan All About Sports; 8TV Quickie, 8TV Nite Live, 8 e-news dan Celebrity Chat; Malaysia Hari Ini (MHI), Scoreboard dan Nasi Lemak Kopi O. Rancangan Variasi dan Hiburan di 8TV juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi musim sukan ini melalui rancangan 8 Style, Ho Chak! Move It and A Date with Lu Yu bakal mempunyai kandungan istimewa untuk para penonton.
Antara lain yang menarik adalah beberapa judul berkaitan sukan akan menemui para penonton untuk meraikan lagi musim Olimpik dengan penyiaran Inazuma Eleven Musim 2 (Setiap hari Sabtu jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi) di slot kids@fgw ntv7. 8TV pula bakal hadir dengan “Let’s Go! Dream Team†(setiap hari Sabtu jam 1 petang – 2 petang), sebuah rancangan hiburan yang unik melibatkan penyertaan selebriti yang pasti menceriakan lagi hari anda dengan cabaran sukan dan aktiviti menarik. Saluran itu juga akan menayangkan filem Cina popular, “Kung Fu Dunk†(4 Ogos, 8.30 malam -10.30 malam) lakonan hebat Jay Chou, Eric Tsang, Charlene Choi, dan Bolin Chen. Selain pelbagai rancangan menarik yang disajikan, penonton juga akan dihidangkan dengan fakta dan trivia menarik mengenai Olimpik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Chief Official Correspondent dan inisiatif Impian Emas Negara, sila layari www.impianemasnegara.com.my.