Syabas Noryn! Sebenarnya ramai yang tak sangka penyanyi Noryn Aziz dapat menang semalam, kan? Kiranya ini satu kejutan. Satu Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertepuk sakan selepas pengumuman dibuat oleh pengacara Nabil dan Jihan Muse.
Walaupun ada yang menjangkakan Zamani dan Dia Fadila akan menang semalam.Yelah, sebenarnya dalam GV5, kita tak dapat meneka siapa yang akan ke depan menjulang trofi kemenangan juara, kan?
Noryn yang menyanyikan lagu Laskar Cinta nyanyian asal Dewa 19 duet bersama artis jemputan Awi Rafael dan Where Is The Love (Black Eyes Peas) gandingan bersama Dia Fadila telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Dia Fadilla dan Billy Zulkarnain.
Senarai Penuh Pemenang GEGAR VAGANZA Musim 5
- Juara: Noryn Aziz: 78.4%
- Naib Juara: Dia Fadila: 69.4%
- Tempat Ke-3: Zamani: 68.3%
- Amelina: 66.1%
- Maya Ruslee: 65.8%
- Billy Zulkarnain: 64.9%
Noryn Aziz berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang banyak membantu saya. Kemenangan ini sangat bermakna dan tak mungkin dilupakan dalam karier saya,” – Noryn Aziz
Naib juara, Dia Fadila berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Dia membawakan lagu Makin Aku Cinta di segmen duet bersama Ajai serta menyanyikan lagu rap Where Is The Love bersama Noryn Aziz di segmen battle.
Tempat ketiga dirangkul oleh Zamani yang membawakan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta di segmen duet bersama Ameng Spring serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Billy Zulkarnain di segmen battle.
Zamani berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Zamani juga turut memenangi gelaran Bintang CUCKOO Paling Gempak di konsert akhir ini.
Tempat keempat diraih oleh Amelina yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Amelina membawakan lagu The Power of Love di segmen duet bersama Bob Yusof serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Maya Ruslee di segmen battle.
Tempat kelima dimenangi oleh Maya Ruslee yang membawakan lagu Nisan Cinta di segmen duet bersama Ernie Zakri serta menyanyikan lagu rap Teman Pengganti bersama Amelina di segmen battle.
Maya berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Billy Zulkarnain berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
Mereka membawakan lagu Curiga di segmen duet bersama Idayu serta menyanyikan lagu rap Bunga bersama Zamani di segmen battle.
Bintang Cuckoo paling gempak menjadi milik Zamani.
Dalam pentas final, peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian duet bersama artis jemputan dan pusingan battle.
Kesemua persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala juri jemputan Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow.
GV5 bersiaran secara langsung dari Auditiorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Zamani Ronggeng Dengan Ameng dalam LAGU JIWA LAGU CINTA Final GV5
POWER! Tak Sangka Zamani Boleh Rap! Billy Zulkarnain BUNGA di Final GV5