Pada saya, hos-hosnya agak kurang menyengat pada tahun ini tanpa Adi Rahman dan Nirina Zubir yang mana pernah buat saya gelak sakan pada tahun yang sudah. Tetapi tahun ini, hanya Aznil yang buat APM lebih ceria… itu pun dengan idea-idea yang dah basi. Sekali sekala Suhaimi buat lawak, tetapi tidak berapa menjadi walaupun beberapa kali menukar fesyen rambut.
Entahlah, saya kurang merasai semua lawak-lawak mereka. Argh… lawak Adi yang poyo tu jugak yang aku tunggu-tunggu… ye lah, nak tunggu apa kata Adi lepas Siti Nurhaliza dah jadi isteri orang. Sensasi Selebriti mengucapkan syabas dan sekalung tahniah buat semua pemenang.
Persembahan dari artis juga bolehlah tahan. Ada yang tidak berapa okay namun masih boleh diterima sebagai hiburan.
Berikut adalah senarai pemenang APM 2007.:
Anugerah Cinta APM 2007: Lagu Hijau – Zainal Abidin
Anugerah Khas: Kris Dayanti
Artis Lelaki Baru Terbaik:
- Faizal AF4 – Best Of Faizal AF4
- Imran Ajmain – Dengan Secara kebetulan
- Irwansyah – OST Heart
- Izwan Pilus – Erti Kasih
Pemenang: Imran Ajmain – Dengan Secara kebetulan
Artis Wanita Baru Terbaik:
- Acha Septriasa – Heart
- Farhan AF4 – Best Of Farhan
- Noryn Aziz – Alam Maya
- Reika Roslan – Bercerita
- Terry – Terry
Pemenang: Noryn Aziz – Alam Maya
Duo/Kumpulan Baru Terbaik:
- Kerispatih – Kerispatih
- Letto – Truth, Cry & Lie
- Nidji – Breakthru
- Rea – 1/2 Gila
- Samsons – Naluri Lelaki
Pemenang: Letto – Truth, Cry & Lie
Artis Lelaki Terbaik
- Ari Lasso – Selalu Ada
- Glenn Fredly – Aku & Wanita
- Iwan Fals – Iwan Fals In Love
- Marcell – Marcell
- M Nasir – Sang Pencinta
Pemenang: M Nasir – Sang Pencinta
Artis Wanita Terbaik
- Agnes Monica – Whaddup A?
- Audy – 2303
- Jaclyn Victor – Inilah Jac
- Noryn Aziz – Alam Maya
- Siti Nurhaliza -Transkripsi
Pemenang: Siti Nurhaliza -Transkripsi
Duo/Kumpulan Terbaik
- Dewa 19 – Republik Cinta
- Kerispatih – Kerispatih
- Letto – Truth, Lie & Cry
- Samsons – Naluri Lelaki
- Ungu – Melayang
Pemenang: Dewa 19 – Republik Cinta
Lagu Terbaik
- Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza) – Melly Goeslaw/Siti Nurhaliza
- Cinta Terakhir (Ari Lasso) – Irfan (Samsons)/Ari Lasso
- Demi Waktu (Ungu) – Enda
- Juwita (Citra Terindah) (M Nasir) – M Nasir
- Kenangan Terindah (Samsons) – Irfan
Pemenang: Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Album Terbaik
- Breakthru – Nidji
- Kerispatih – Kerispatih
- Naluri Lelaki – Samsons
- Republik Cinta – Dewa 19
- Sang Pencinta – M Nasir
- Transkripsi – Siti Nurhaliza
Pemenang: Naluri Lelaki – Samsons
Lagu Terbaik Singapura
- Goda – Bhumiband
- Kau – Merah
- Sombong – Taufik Batisah
- Sudah Tu Sudah – Imran Ajmain
- Usah Lepaskan – Taufik Batisah
Pemenang: Usah Lepaskan (Taufik Batisah)
Artis Terbaik Singapura
- Bhumiband
- Imran Ajmain
- Iskandar Ismail
- Norazela Rosli
- Sound Salvation
Pemenang: Imran Ajmain
Album Terbaik Singapura
- Dengan Secara Kebetulan – Imran Ajmain
- Dengar Dan Lihat – Iskandar Ismail
- Di Sini Menanti – Norazela Rosli
- Konspirasi Dunia – Bhumiband
- Wira Cosmo – Malex
Pemenang: Konspirasi Dunia (Bhumiband)
Kategori Popular
Artis Lelaki Paling Popular
- Ajai
- Awie
- Faizal AF4
- Glenn Fredly
- Irwansyah
- Iwan Fals
- Hady Mirza
- Marcell
- Mawi
- M Nasir
- Once
- Taufik Batisah
Pemenang: Mawi
Artis Wanita Paling Popular
- Acha Septriasa
- Adibah Noor
- Agnes Monica
- Audy
- Ella
- Jaclyn Victor
- Krisdayanti
- Melly Goeslaw
- Misha Omar
- Ning Baizura
- Rossa
- Siti Nurhaliza
Pemenang: Siti Nurhaliza
Kumpulan Paling Popular
- Ahli Fiqir
- Dewa 19
- Gigi
- Letto
- Nidji
- Peterpan
- Pretty Ugly
- Radja
- Samsons
- Search
- Sofaz
- Ungu
Pemenang: Sofaz
Lagu Paling Popular
- Aku Ada Karena Kau Ada – Radja
- Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
- Demi Waktu – Ungu
- Diari Seorang Lelaki – Pretty Ugly
- Juwita (Citra Terindah) – M Nasir
- Kenangan Terindah – Samsons
- Kian – Mawi
- My Heart – Irwansyah & Acha Septriasa
- Sedang Ingin Bercinta – Dewa 19
- Sudah Tu Sudah – Imran Ajmain
- Tak Ada Logika – Agnes Monica
- Terlalu Istimewa – Adibah Noor
Pemenang: Kian – Mawi
Lapan anugerah milik Malaysia
Oleh Farihad Shalla Mahmud Berita Harian
Siti Nurhaliza, M Nasir, Mawi, terus cipta kejayaan pada Anugerah Planet Muzik
BUKAN lagi milik karyawan Indonesia. Sebaliknya Anugerah Planet Muzik 2007 (APM 2007) yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, Jumaat lalu menyaksikan Malaysia mendominasi lapan daripada 12 anugerah dipertandingkan. Jika sebelum ini Malaysia hanya mampu berbangga dengan anugerah Paling Popular, kali ini situasi amat berbeza. Malam itu, karyawan tanah air meraih empat kategori terbaik dan membolot semua kategori popular. Datuk Siti Nurhaliza yang sebelum ini cukup sinonim dengan gelaran Paling Popular selama enam tahun berturut-turut, tahun ini terus mengekalkan gelaran sama. Paling manis, Siti turut dinobatkan sebagai Artis Wanita Terbaik, merampas takhta yang pernah disandang Jaclyn Victor tahun lalu. Isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa itu turut melakar sejarah peribadi apabila lagu nyanyiannya, Biarlah Rahsia memenangi kategori Lagu Terbaik.
Komposer, penyanyi, pelakon dan pengarah tersohor, M Nasir meneruskan kecemerlangan Siti apabila diumumkan sebagai Artis Lelaki Terbaik manakala Noryn Aziz pula mengungguli kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Tahun ini rezeki terus berpihak kepada Mawi apabila lagu nyanyiannya, Kian ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Lukhman S, Kian memenangi kategori Lagu Paling Popular, mengulangi kejayaan sama musim lalu. Mawi juga muncul sebagai Artis Lelaki Paling Popular, sekali gus menewaskan Irwansyah, Taufik Batisah termasuk sifu M.Nasir dalam kategori itu. Paling mengejutkan, kumpulan yang semakin meningkat naik di Malaysia, Sofaz mengungguli kategori Kumpulan Paling Popular. Satu keputusan di luar jangkaan kerana nama lain bertanding dalam kategori ini bukan calang-calang. Artis berkumpulan nyata menjadi penyelamat maruah Indonesia apabila mereka mengungguli gelaran Terbaik iaitu Letto yang memenangi kategori Duo/Kumpulan Baru Terbaik, Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsons yang memenangi anugerah Album Terbaik. Acara hasil kerjasama MediaCorp Radio Warna 94.2fm, Ria 89.7fm dan Beyond DBB Malaysia/Beyond Event turut memberi pengiktirafan kepada Krisdayanti apabila dia dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Planet Muzik, manakala penyanyi lagi Hijau, Zainal Abidin menjadi penerima pertama Anugerah Cinta Planet Muzik atau sumbangan beliau menerusi lagu nyanyiannya. Bagi kategori yang dikhaskan untuk penggiat seni Singapura, bekas juara Singapore Idol, Taufik Batisah mendominasi tiga daripada lima anugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Terbaik (Usah Lepaskan), Artis Paling Popular, Lagu Paling Popular (tempat kedua). Satu-satunya calon tunggal Singapura yang memenangi anugerah Terbaik ialah Imran Ajmain menerusi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik. Barangkali, inilah keputusan yang amat ditunggu-tunggu selepas beberapa tahun terpaksa tunduk dengan penguasaan artis dari Indonesia dalam anugerah yang menghimpunkan penggiat seni dari tiga negara ini. Sewajarnya karyawan muzik Malaysia patut berbangga dengan pencapaian ini kerana ketika di awal pencalonan di buka, Malaysia hanya menghantar 66 penyertaan berbanding Indonesia sebanyak 247 penyertaan dan 120 pencalonan dari Singapura.