in ,

Lagu Mana Yang Menang di Anugerah Juara Lagu AJL 30?

12 lagu ke pentas AJL30 terjawab! Penantian 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) terjawab malam tadi apabila siri ke-3 Separuh Akhir Muzik Muzik 30 mengumumkan senarai lagu yang bakal membuat percaturan akhir di pentas berperestij itu.

Untitled

Senarai lagu tersebut adalah:

NO LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. BIARKANLAH DRAMA BAND AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM AEPUL ROZA, AMAR HABIR, DAUS SRK DAN FAEEZ HALIM
2. KNOCK KNOCK ELIZABETH TAN FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
3. SAMPAI MATI HAZAMA OMAR K & AUDI MOK OMAR K
4. BUKAN HAL AKU KAKA AZRAFF & ALIFF THE GOOD FELLAS

 

THE GOOD FELLAS
5. HANYA NAMAMU CALIPH BUSKERS EDRY ABDUL HALIM

 

EDRY ABDUL HALIM
6. MALAM INI KITA PUNYA BUNKFACE SAM BUNKFACE

 

SAM BUNKFACE
7. POTRET AKIM & THE MAJISTRET HANG NADIM

 

KAMAR EMPAYAR
8. NOT FOR SALE STACY MIKE CHAN & OMAR K MIKE CHAN, OMAR K & ALTIMET
9. ANGIN KENCANG NOH SALLEH NOH SALLEH

 

NOH SALLEH
10. TAK PERNAH MENYERAH DAYANG NURFAIZAH AKID POJI SAMAD
11. ASSALAMUALAIKUM FAIZAL TAHIR FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, OMAR K, EZRA KONG, AUDI MOK
12. MANA MUNGKIN BLACK AJAI AJAI

Walau bagaimanapun, sorotan minggu ketiga malam itu menyaksikan 9 buah lagu lagi berentap. Antaranya ialah Dikoyak Waktu (Ronnie Hussein/Aepul Roza), Selalu Ada (Amir Jahari), Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah/Akid/Poji Samad), Al Nura Yang 5 dan 6 (Mawi/Hazama/Dali Filsuf/Syeikh Qalam), Assalamualaikum (Faizal Tahir/Mike Chan/Omar K/Ezra Kong/Audi Mok), Siapa Diriku(Ayda Jebat/Omar K/Ezra Kong), Kau Tercipta (Lah Ahmad), Nyawaku (Azmil/Edry Abdul Halim), Linangan Terakhir (Forteen/Edry Abdul Halim).

Malam penentuan Separuh Akhir Muzik Muzik 30 semalam dibuka rancak dengan lagu pertama Assalamualaikum. Namun seperti yang diramalkan penyanyi asalnya Faizal Tahir tidak dapat hadir lantas digantikan oleh Tomok.

Pemenang Mentor Legend, Azmil juga buat kali pertamanya membuat persembahan di pentas separuh akhir menerusi lagu Nyawaku. Vokal Amir Jahari juga tidak mengecewakan dengan lagunya Selalu Ada dengan alunan muzik tradisional.

Meneruskan persembahan malam itu ialah Lah Ahmad dengan lagu Kau Tercipta berjaya mempesonakan penonton dengan alunan muzik yang juga merupakan OST Istikharah Cinta drama terbitan TV3.

Gabungan Mawi, Hazama dan Dali Filsuf memperlihat kekuatan vokal masing-masing dengan lagu Al Nura Yang 5 dan 6. Lagu Dikoyak Waktu nyanyian Ronnie juga mendapat sambutan hebat penonton. Lagu itu yang kini mendapat perhatian di corong radio mempunyai muzik balada yang dekat dengan hati pendengar.

Pemenang Vokal Terbaik AJL29, Dayang Nurfaizah antara persembahan yang dinanti-nantikan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah menguasai pentas dengan rendisinya tersendiri menyerlahkan kematangannya sebagai seorang penyanyi profesional.

Ayda Jebat malam itu mendapat sorakan peminat dan penonton. Dia membuktikan bahawa selain berbakat dalm bidang lakonan, Ayda juga mampu menyanyi dengan baik serta menari sebagai seorang penghibur serba boleh menerusi lagu Siapa Diriku.

Walaubagaimanapun 12 buah lagu telah disenarai pendek menerusi penjurian pada tiga minggu berturut-turut dan pengumuman istimewa itu diumumkan.

Bahang Anugerah Juara Lagu kini mula terasa. Anugerah berprestij itu akan dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada Januari 2016 nanti secara eksklusif di TV3.

Untitled

Untitled

CALIPH BUSKERS

Untitled

Untitled

Dayang Nurfaizah

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Mengenai Vida Beauty

Sejak ditubuhkan pada 1998, VIDA BEAUTY masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, Vida Beauty sudah menghasilkan lebih dari seratus(100) produk kesihatan yang berkualiti dan masih mendapat permintaannya amat memberangsangkan.

Jus PAMOGA merupakan antara produk kesihatan pertama yang dihasilkan oleh VIDA BEAUTY yang mempunyai kesan yang luarbiasa yang mampu mengatasi penyakit – penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Sehingga kini Jus Pamoga masih lagi gah bertahan dipasaran tempatan selama bertahun-tahun dan kredibilitinya masih lagi mampu bersaing dengan produk kesihatan tempatan dan luar negara yang berada dipasaran.

Vida Beauty sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa. Selepas kejayaan Jus Pamoga, Vida Beauty sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, Vida Beauty telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty.

Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus. Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan.

Sejajar dengan perkembangan produk-produk Vida Beauty, Vida Beauty kini sudah mempunyai empat puluh (40) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, Vida Beauty juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei).

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/vidabeauty.hq.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Afgan Bakal Perform di Konsert Era Sayang Sarawak

Gambar Sekitar Konsert Karnival Jom Heboh Bukit Jalil 2015