in ,

Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Pada 4 Mei Ini Adalah Satu Kesilapan Yang Besar?

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bermula 4 Mei Ini Dan Juga Keputusan Kerajaan Tidak Membenarkan Kita Semua Pulang Ke Kampung Menyambut Hari Raya Aidilfitri Pada Tahun Ini. Ini Adalah Arahan Yang Dikeluarkan Oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Pada Petang Tadi, 1 Mei 2020.

Sebelum saya mengulas lanjut, ramai yang terkejut dengan pengumuman kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini. Kalau tanya saya, Saya tak berapalah nak setuju dgn kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan. Sebenarnya, kalau fikir balik, Byk kesan buruk akan berlaku memandangkan rakyat kita ni cepat panik dan ‘kiasu’.Saya yakin akan ada haru biru malah potensi kembali PKP juga akan tinggi. Kelonggaran bersyarat? Semasa kita diberi syarat ketat pun ramai yang langgar tanpa sebab yang kukuh. inikan pulak diberi kebebasan. saya lebih suka stay je kat rumah…stay at home for now sehinggalah kita declare MALAYSIA BEBAS COVID19 SEPENUHNYA.

Budiey menyeru kawan-kawan semua yang membaca berita ni, maintain je dok rumah tu, kalau takde benda penting ok, kerajaan nak bukak mall ke, apa ke, golf ke lantak pi.

Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak juga telah menyuarakan pendapat kurang setuju dengan rancangan kerajaan.

Menurut Dato Seri Najib Razak, beliau meluahkan di Facebook miliknya: Hari ini negara kita rekodkan 69 kes Covi19 baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh. Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virus Covid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan.

Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?

Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat. Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal. Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita.

Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dengan jumlah yang ramai?

Benda ini sudah berlaku di Negara Kanada dan Jepun apabila mereka telah melanggar lockdown, selepas itu, kes jangkitan meningkat secara mendadak. Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur.

Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat.

Apa kata minggu depan bermula 4 Mei dikira sebagai tempoh persediaan untuk membuka sahaja?

Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur.

Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?

Gunakan tempoh satu minggu ini juga untuk ajar Rakyat bagaimana nak amalkan SOP social distancing semasa di tempat-tempat umum.

Bagaimana nak makan berasingan dalam restoran. Bagaimana nak beratur semasa membayar kat kaunter atau naik bas. Cara untuk duduk dalam pengangkutan awam.

Kenapa perlunya pelanggan memberi nama, alamat dan nombor telefon untuk tujuan contact tracing.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Antara selebriti yang meluahkan pendapat, Faizal Tahir telah melahirkan kerisauannya berhubung pengumuman tersebut atas beberapa faktor.

Menurut Faizal Tahir, sebelum ini dia seorang berpandangan positif ke hadapan, namun bagi berita yang diumumkan Perdana Menteri petang tadi, dia bagaimanapun lebih pesimis dan kurang yakin dengan keputusan itu. Tambahnya lagi, setakat ini masih tiada penawar bagi wabak berkenaan. Langsung tiada vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak yang memberi kesan seluruh dunia itu.

faizal-tahir-2

Faizal Tahir juga turut mengutarakan sekurangnya negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60%, barulah pengumuman sebegitu mungkin boleh dibuat.

Faizal turut berkongsi infografik pandemik selsema yang melanda Sepanyol pada tahun 1918. Wabak itu melarat selama 2 tahun dengan 3 fasa.

Majoriti kematian berlaku pada fasa kedua kerana rakyat terlalu cepat meraikan kebebasan dari kuarantin dan penjarakan sosial sehingga meragut lebih puluhan juta nyawa. Menerusi ruangan komen, rata2 artis dan netizen bersetuju dengan kenyataan Faizal Tahir. 

Kita sepatutnya belajar dari negara Jepun dan negara lain, yang mana kes naik semula selepas menamatkan lockdown. 

Sementara itu, Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP seperti yang tular di media sosial.

Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya, takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau tadbir itu boleh dirakam. Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan Covid-19. INi adalah tidak benar. 

Mengambil intipati dari sidang media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tujuan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau di tempat lain.

Sebarang aktiviti rentas negeri untuk menyambut raya tidak dibenarkan sama sekali. Jelas beliau lagi, bukan itu sahaja malahan segala aktiviti yang melibatkan perhimpunan adalah dilarang sama sekali, termasuklah solat Jumaat dan kenduri-kendara.

Perlu diingat, kelonggaran ini diberikan adalah untuk mengurangkan tekanan ekonomi bukan sahaja bagi pihak kerajaan, bahkan untuk rakyat Malaysia seluruhnya selepas mengambil kira mereka yang terjejas, iaitu terputus punca pendapatan akibat perlaksanaan PKP. 

Hari ini tanggal 1 Mei, tenaga kerja di seluruh Malaysia meraikan sambutan Hari Pekerja dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pastinya ia berbeza selepas kita menempuhi pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19.

Tiada perhimpunan hari pekerja seperti kebiasaannya, sama ada yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dan ini adalah sebahagian daripada normal baharu yang perlu dilalui masyarakat Malaysia pada hari ini.

Hari Pekerja kali ini disifatkan ‘unik’ kerana berjaya menaikkan semangat pekerja untuk memberikan yang terbaik kepada kesejahteraan negara terutamanya kepada petugas barisan hadapan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka semua bekerja tanpa mengenal erti penat lelah untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

Sementara itu, pekerja yang bukan daripada sektor yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi diminta agar kekal duduk di rumah supaya dapat bersama-sama memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini.

Dalam masa yang sama, tidak dilupakan juga terdapat pekerja yang pendapatan mereka terjejas sewaktu wabak ini menyerang, antaranya seperti sektor pelancongan dan juga sektor perniagaan kecil-kecilan contohnya makanan. Walaupun ada yang masih boleh beroperasi, tetapi terhad dengan kekangan PKP.

Statistik menunjukkan penularan ini berjaya diratakan dan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka dalam tempoh 14 hari berturut-turut sejak 17 April yang lalu. Ia menyaksikan Malaysia kini memberikan sedikit kelonggaran dalam peraturan sekatan pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

Rata-rata netizen memberi pendapat berbeza tentang isu Rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, menurut kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Pekerja, pada hari Jumaat lalu

Muhyiddin berkata, ia antara langkah yang digariskan selepas kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.

Menurutnya, kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal dan berhati-hati mengikut syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi

“Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal,” kata Muhyiddin.

Berikut antara yang dibenarkan atau tidak dibenarkan sepanjang PKPB:

– Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran tidak dibenarkan.

– Aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan.

– Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.

– Boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

– Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

– Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

– Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

– Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

PKP Bersyarat ni maksudnya dalam bahasa mudah ialah “kita nampak macam dah BEBAS TAPI sebenarnya tak MERDEKA”…

Ada SOP ketat bagi setiap kelonggaran yang diberikan..

Maknanya – KALAU NAK BEROPERASI

1. Scanner suhu kau kena ADA untuk scan suhu badan setiap orang.

2. Tegas dalam hal Penjarakan Sosial.

3. Dah takde dah waktu wajib ofis 9-5 atau 8-4 atau 9-6 untuk ofis. 

4. KEDAI MAKAN – Walaupun boleh makan di premis makanan, dihadkan 4 orang sahaja boleh duduk semeja 

a. Suhu badan kena check.

b. Daftar nama dan no telefon yang betul perlu diberikan. 

c. Meja untuk 2 orang jadi untuk 1 orang. Meja untuk 4, jadi untuk 2 orang.  Meja makan tak boleh rapat ala mamak atau medan selera ya.. Jarak antara satu meja dengam satu meja lain adalah mesti 2 meter.

d. Garisan penjarakan Sosial yang jelas, hand sanitiser perku disediakan

KAU NAK SELAMAT lagi?

1. Tak payah la keluar kalau tak perlu.

2. Kalau nak bawak anak beranak keluar tu. Lupakan je la..

4. Kau nampak orang langgar arahan.. SILALAH Laporkan ke MKN atau Polis, femeskan dia di media sosial. JANGAN BAGI MUKA.

Orang dah cuba memudahkan, pastikan Kita Jaga Kita dengan menjaga kelonggaran yang dah diberikan. Bukan melanggarnya.

Gais, kehidupan di Malaysia dan di seluruh dunia telah berubah secara drastik. 

Secara fizikal, kita menjauhkan diri dari orang tersayang, tidak lagi pergi ke tempat-tempat awam, dan ramai di antara kita terkesan secara kewangan dan tidak dapat bekerja.

Tindak balas terhadap pandemik Covid-19 menyusup ke dalam setiap aspek kehidupan dan kita semua rasanya sudah tidak sabar lagi untuk semua ini berakhir. 

Tetapi perjuangan ini mungkin tidak akan berakhir selama berbulan-bulan atau mungkin setahun atau lebih.

Kita berada dalam situasi sebegini kerana para pakar kesihatan awam percaya bahawa menjauhkan diri secara sosial adalah cara terbaik untuk mencegah krisis yang benar-benar mengerikan ini.

Sekarang ini, kita melalui saat-saat yang sukar. Ia terkesan bukan hanya seorang dua ya. Beratus ribu keluarga, dan mungkin berjuta dari 33 juta rakyat Malaysia merasa kesan yang amat besar ini.

Pampers anak sudah habis, susu juga tinggal serdak, bil api, bil air, sewa rumah, sewa bilik, beras garam semua dipenghujung nyawa.

Nak kerja, tak boleh. Tak ada kerja, Tak ada duit, kelaparan dan kesusahan. Banyak tertunggak hutang situ sini. Tekanan untuk dihalau keluar bilik, keluar rumah sewa pasti ada.

Surat merah bil untuk dipotong pasti akan tiba. Maka apa jalan penyelesaiannya?

Saat ini memang getir. Getir kita, getir lagi orang lain. Susah kita, perit lagi orang lain.

Kita kena saling sokong menyokong. Saling bantu membantu. Tolong cakna pada jiran-jiran sekeliling. Apa sudah makan mereka semua? Apa susu anak masih tersisa?

Syarikat besar, majikan-majikan, dan bos-bos semua. Tolong beri sedikit imbuhan pada pekerja kalian yang tidak boleh lagi keluar bekerja.

Kini mereka tersepit. Alangkah elok jika ada sumbangan/bonus/peruntukan khas untuk mereka saat gawat ini. Mungkin RM100-RM300 sudah cukup untuk membuat mereka lega.

Boleh juga beri pinjaman dan pendahuluan awal. Nanti selepas gawat, potonglah gaji mereka.

Saat ini saat kita dilanda musibah. Kena ada rasa empati, kena ada simpatu, kena bantu siapa sahaja yang boleh kita bantu.

Yang kerja sendiri tiada majikan, mungkin jiran-jiran yang lebih berada boleh bantu sekampit beras dan setin susu anak.

Saat ini saat sukar. Saat ini saat gawat. Kerjasama, tolong menolong, perpaduan dan saling membantu antara sesama sangat perlu kita utama.

Hari ini kita membantu orang, mungkin suatu masa kita pula perlukan bantuan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Bank Negara Buat U-Turn, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Kemelut Gagal Lunas Baki Bayaran, Akhirnya Ogy Bagi Penjelasan Isu Block Pelakon di IG