Pada hari Jumaat lalu, telah berlangsungnya majlis pelancaran program Singgah Sahur di Sri Pentas.
Singgah Sahur 2012 menampilkan hos yang terdiri daripada barisan personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Fiza Sabjahan, Nurul Shuhada Nurul Ain, Teh Syuhada, Zainal Ariffin dan ramai lagi!
“Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima”. Berpaksikan konsep itu program Singgah Sahur kembali memasuki edisi ke-9 bagi meneruskan kesinambunganya melalui pendekatan terhadap kumppulan ataupun individu yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan sedikit sumbangan dan seterusnya mengerjakan ibadah sunnah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka.
Kalau selama ini Singgah Sahur ke rumah anak-anak yatim juga keluarga kurang bernasib baik, tahun ini program yang sukses mencatat rating 600 ribu ni tampil dengan pengisian lebih menarik-bersahur bersama insan-insan yang bertugas 24 jam.
Dengan penglibatan secara langsung personaliti dan warga kerja TV3 seramai 30 orang, rombongan Singgah Sahur akan berkunjung ke pelbagai lokasi terpilih seperti Selangor, Perlis, Perak, Melaka, Muar, Johor Bahru dan Pahang untuk menyelamai pengalaman dan berkongsi cerita sambil menikmati juadah sahur bersama-sama dengan insan-insan yang diraikan.
Antara agenda yang menjadi tumpuan warga kerja produksi seperti operasi bersama pegawai soo perhilitan memburu binantang, kes juvana perempuan, mangsa kusta, pusat dan rumah anak yatim, golongan OKU, ibu-ibu tunggal, keluarga dalam kesempitan, rumah warga tua dan anggota keselamatan negara.
“Tahun ini kami lebih menarik kerana fokus kami kepada penglibatan mereka-mereka yang bertugas 24 jam. Misalnya kita akan menjengah pasukan marin yang bertugas dalam operasi menangkap nelayan haram. Kami akan melawat anggota perhilitan yang bertugas megawasi keselamatan 24 jam”. Di Perlis, kita akan bersahur sekaligus merasai pengalaman berpuasa berjauhan keluarga bersama-sama anggota pasukan yang menjaga keselamatan di sempadan. Mungkin ramai yang tak tahu, di sungai buloh ditempatkan para pesakit kusta dan Singgah Sahur akan melawat mereka di sana. Kita juga akan melawat serta bertanya khabar para artis veteran seperti seniwati Latifah Omar dan seniman Datuk Aziz Satar”, ujar Hatijah Yusof selaku Penerbit Eksekutif program Singgah Sahur.
Selain itu sebuah episod khas akan di siarkan pada 12 Ogos dan bertempat di Muar yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran VIP dan selebriti terkenal tanah air seperti Johan Asari, Aiman Hakim Ridza, Izarah Aishah dan Dato’ Eizlan Yusof.
Istimewanya episod ini, penonton disajikan dengan paparan aktiviti tradisional seperti rewang, berbuka puasa, marhaban dan moreh oleh penduduk kampung bersama warga kerja yang terlibat. Sementara itu pihak Mamee dan duta mereka, Shaheizy Sam akan turut serta memeriahkan rombongan Singgah Sahur dengan menyerahkan hamper dan duit raya kepada anak yatim dan pelajar tahfiz.
Sebanyak 8 episod, rancangan selama 30 minit ini akan mula bersiaran pada 22 Julai 2012 (malam ini), setiap Sabtu dan Ahad jam 12.35 tengah malam. Sementara siaran ulangannya pada hari Sabtu dan Ahad, jam 5.30 petang