Program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu menyaksikan 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR. Dengan identiti yang dirahsiakan, hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan.
Dengan setiap pertandingan, tentu ada yang tewas, dan itulah yang terjadi apabila kostum Reno, ABC dan Nasi Lemak dinamakan tiga selebriti ‘bottom three’ di minggu pertama.
Menerima markah terendah dengan 59.33%, kostum Nasi Lemak yang mendendangkan lagu Anak Kampung oleh Jimmy Pelikat terpaksa akur dengan keputusan juri untuk menyingkirkannya dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens.
Tinggal lagi 11 sahaja selebriti di sebalik topeng – Musang King, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rimau, Rafflesia dan Bunga Raya – yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia!
Siapakah mereka? Saksikan program penuh kejutan ini di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.